terkhilaf | tersalah (kerana kurang teliti, kurang pengalaman, dll), terkeliru, tersilap: harap maaf kiranya saya ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkeliru | tersalah (pd membuat anggapan atau kesimpulan), terkhilaf, tersesat: sangkaannya itu ~ semata-mata; beliau menuduh komunis menggunakan pelajar-pelajar yg ~ utk menyebarkan faham komunis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersilap | (telah) melakukan kesalahan dgn tidak sengaja, tersalah, terkhilaf; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khilaf | salah (kerana kecuaian, kurang pengalaman, dll), keliru, silap: adalah juga beberapa kesalahan di dalamnya drpd ~ atau lupa; terkhilaf tersalah (kerana kurang teliti, kurang pengalaman, dll), terkeliru, tersilap: harap maaf kiranya saya ~; kekhilafan kesalahan (kerana kurang teliti, kurang pengalaman, dll), kekeliruan, kesilapan: beberapa ~ yg terdapat dlm laporan itu telah dibetulkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keliru | 1. salah (menganggap atau membuat kesimpulan), khilaf, sesat (tanggapan): sikap masyarakat yg ~ mengenai pergaulan pemuda-pemudi adalah dikesalkan; ~ tangkap salah tangkap; 2. tertukar (kerana menyangkakan yg lain itu miliknya): ~ dgn barang orang lain; mengelirukan 1. menyebabkan keliru, mengacaukan, menyesatkan (tanggapan): penggunaan istilah ini selalu ~ kerana ertinya luas; ucapannya itu boleh ~ orang-orang kampung di situ; 2. mengatakan keliru (khilaf dll), menyalahkan: orang itu ~ ucapannya; terkeliru tersalah (pd membuat anggapan atau kesimpulan), terkhilaf, tersesat: sangkaannya itu ~ semata-mata; beliau menuduh komunis menggunakan pelajar-pelajar yg ~ utk menyebarkan faham komunis; kekeliruan kesalahan (pd membuat anggapan atau kesimpulan), kekhilafan, kekusutan: penjelasannya telah menghilangkan ~ mengenai rancangan itu; pengeliruan perbuatan mengelirukan: penyelewengan, pendustaan, dan ~ oleh musuh-musuh Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silap | 1. salah pandangan atau perasaan (dgn yg sebenarnya); ~ faham tidak memahami apa yg sebenarnya; 2. sl sulap, sunglap: tukang ~; 3. = ~ hati tidak ingat apa-apa (kerana terlalu marah dll); 4. salah yg tidak disengajakan, khilaf: kalau saya tidak ~, umurnya baru tiga puluh tahun; ~ gayung Kl telah melakukan sesuatu yg salah; ~ langkah tidak mengambil tindakan, keputusan dsb yg betul sehingga boleh mendatangkan kesan yg buruk; ~ mata a) sj permainan yg mengelirukan pandangan orang lain (membuat sesuatu yg aneh-aneh dll), sulap, sunglap; b) salah pandangan; c) silau; d) agak lupa, tidak sedar; ~ cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja prb memperkatakan sesuatu perkara hendaklah hati-hati benar kerana buruk padahnya; ~ mata, pecah kepala prb kalau kurang hati-hati tentu akan mendapat bencana; menyilap menjadikan silap (pandangan dll), mengelirukan, menipu; tersilap (telah) melakukan kesalahan dgn tidak sengaja, tersalah, terkhilaf; kesilapan perihal silap, kekeliruan, kekhilafan; penyilap 1. tukang silap mata, tukang sunglap; 2. penipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |