Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kunci (kata nama)
1. Bersinonim dengan kancing: tutup, selak, katup, ketap, penutup,

2. Bersinonim dengan petua: formula, rumusan,

Kata Terbitan : mengunci, pengunci, terkunci,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kunci1 alat yg terdiri drpd mangga (induknya) dan pembukanya utk mengancing pintu dll. 2 = anak ~ alat yg dimasukkan ke dlm lubang pd pintu atau pd mangga dan diputarkan utk mengancing atau utk membukanya. 3 = ibu ~ alat yg dipasangkan pd pintu dll dan dpt dibuka dgn anak kunci; mangga. 4 alat yg membuat sesuatu (spt jam, barang mainan) berjalan. ~ kira-kira penyata yg menunjukkan kedudukan atau keadaan harta dan tanggungan (hutang piutang) pemilik pd sesuatu tarikh. berkunci 1 memakai kunci. 2 ditutup atau dikancing dgn kunci: Saya tidak dpt memasuki rumah itu sebab pintunya ~. mengunci menutup pintu (peti dll) dgn kunci; mengancing: Masing-masing ~ pintu dan tidak berani keluar rumah. terkunci 1 tertutup dan berkunci (bkn pintu dll); terkancing. 2 terperangkap dlm bilik dll yg berkunci. 3 ki tidak dpt melakukan sesuatu: mulutnya ~ tidak dpt berkata-kata (kerana terkejut dll). pengunci alat utk mengunci; pengancing.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terkunci1 tertutup dan berkunci (bkn pintu dll); terkancing. 2 terperangkap dlm bilik dll yg berkunci. 3 ki tidak dpt melakukan sesuatu: mulutnya ~ tidak dpt berkata-kata (kerana terkejut dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
terkunci1. tertutup dgn kunci (bkn pintu dll), terkancing: pintu yg tidak ~ itu dibuka dgn penuh hati-hati; mulutnya ~ ki kaku rahangnya (tidak dapat berkata-kata kerana terkejut, kebingungan, dll); 2. telah diakhiri atau disudahi;Kamus Dewan Edisi Keempat
tertutup1 sudah ditutup; terkunci: Tingkapnya ~ saja kerana hari hujan. 2 ki tidak bebas; terhad: Pintu rezeki mereka belum ~ lagi. 3 ki bukan utk umum: sidang ~ sidang mesyuarat utk anggota-anggota saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tertutup1. tidak terbuka, terkatup, terkunci: sehari-hari ini pintunya ~ sahaja; 2. ki tidak bebas lagi, tidak terbuka utk mendapat atau menerima sesuatu: malangnya ketika demi-kian, peluang bagi mengisi perut telah ~ bagi mereka;Kamus Dewan Edisi Keempat
tutup1 sudah ditutup; terkunci: Tingkapnya ~ saja kerana hari hujan.Kamus Pelajar
tertutup1 sudah ditutup; terkunci: Tingkapnya ~ saja kerana hari hujan.Kamus Pelajar
kunci I1. alat yg terdiri drpd mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) utk mengancing sesuatu (spt pintu, peti, beg, dll): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yg dimasukkan ke dlm lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) utk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dll), alat yg dikancingkan atau dipasang pd pintu dll dan dapat dibuka dgn anak kunci; 4. sesuatu alat yg berupa atau yg digunakan sbg anak kunci atau mangga; ~ jam (arloji) alat utk memutar jam (supaya berjalan jarum­nya); 5. ki a) sesuatu yg menjadi atau yg digunakan sbg alat (formula, petua) utk mencapai sesuatu tujuan dll atau utk menyelesaikan masalah dll: Yusuf sedang mengadakan imbangan dlm pucuk pimpinan dgn ~nya terletak pd dirinya; surat yg baru dijumpainya itulah yg akan menjadi ~ bagi membongkar segala rahsia; rajin, usaha, tekun dan jimat cermat ialah ~ kekayaan dan kesenangan; b) jawaban bagi soalan­soalan atau ujian-ujian mengenai sesuatu pelajaran: berbagai-bagai buku yg mengandungi soalan-soalan dlm peperiksaan Sijil Persekolahan disertai dgn ~nya membantu murid dlm pelajaran; c) penutup (karangan, perdebatan, dll): kata-kata ini diucapkan sbg ~ ceramahnya itu; 6. ki kedudukan (jawatan dll) penting atau berpengaruh: ~-~ dlm kerajaan dipegang oleh parti yg berkuasa; 7. rentetan nada yg berhubungan antara satu sama lain dan berdasarkan sesuatu nada utama; 8. = kunci-kunci Mn sendi tulang, tempat bertemu (bersambung) dua kerat (bahagian) tulang; ~ paha tempat pertemuan antara paha dgn bahagian bawah perut; kunci-kunci lutut sendi pd lutut, tempurung lutut; 9. bp terkancing; ~ air sj sekat atau alat penahan air utk mengendalikan aliran air (dlm tali air dll); ~ gantung = ~ kura mangga (ibu kunci) yg tergantung; ~ kereta = ~ kontrak Id alat utk menghubungkan arus elektrik pd enjin (mo­tor) supaya dapat dihidupkan (enjinnya); ~ kira-kira penutup kira-kira (perniagaan dll) yg menunjukkan nilai segala harta dan hutang piutang; ~ maling Id anak kunci palsu (boleh digunakan utk membuka berbagai-bagai mangga); ~ mati a) rahsia yg tersimpan baik; b) jalan buntu (kegagalan mencapai per­setujuan dll dlm perundingan dll); ~ sekrup Id alat utk melonggarkan atau mengetatkan skru; ~ senapang (pistol) alat pengancing senapang (pistol); ~ wasiat a) rahsia; b) sesuatu yg dipakai utk mencapai sesuatu tujuan (mem­bongkar rahsia dll); anak ~ jahat, peti derhaka prb suami yg jahat akhirnya akan ditentang oleh isterinya; mengeluarkan ~ hati prb mengucapkan kata atau pendirian yg muktamad; berkunci 1. memakai kunci; 2. ditutup dgn kunci, (sudah) dikunci: semua rumah di situ kosong dan sesetengahnya ~ pintu dan tingkapnya; mengunci 1. menutup (pintu dll) dgn kunci, mengancing atau menyelak (pintu dll): masing-masing ~ pintu dan tingkap dan tidak ada yg berani keluar rumah; 2. meng­akhiri (ucapan dll), menyudahi: ia ~ ceramahnya dgn kata-kata nasihat; 3. mengetapkan (mengatupkan); ~ bibir mengatupkan bibir; ~ mulut ki menutup mulut (tidak atau tidak mahu berkata apa-apa), mendiamkan diri; terkunci 1. tertutup dgn kunci (bkn pintu dll), terkancing: pintu yg tidak ~ itu dibuka dgn penuh hati-hati; mulutnya ~ ki kaku rahangnya (tidak dapat berkata-kata kerana terkejut, kebingungan, dll); 2. telah diakhiri atau disudahi; pengunci 1. alat utk mengunci (pintu dll), pengancing (pintu dll): berdentum pintu itu ditarik kuat oleh Normah, tetapi tidak juga lekat ~nya; 2. penutup (perbincangan dll), kata pemutus: akan ~ rundingan itu, Ramli terpaksa menegaskan keazamannya hendak berkahwin dgn perempuan yg dicintainya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kancing I1 benda pipih yg dibuat drpd tulang, logam dll dan digunakan utk menutup bahagian pakaian yg berbelah; butang. 2 = pengancing alat (spt selak) utk mengunci pintu dsb. ~ gigi (mulut) penyakit kaku atau kejang mulut disebabkan oleh sj bakteria. berkancing 1 memakai kancing. 2 berkunci dgn kancing. mengancing menutup baju, pintu dll dgn kancing. terkancing tertutup; terkunci.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kancing I1. alat (spt cangkuk) utk menutup (merapatkan) baju dll yg berbelah; 2. butang (baju dll); 3. = pengancing alat spt selak dll utk mengunci (menutup) pintu (tingkap dll); ~ gigi (mulut) penyakit kaku atau kejang mulut (penyakit tetanus); berkancing 1. memakai kancing; 2. berkunci dgn kancing: pintu yg tak ~ itu kutolak; mengancing menutup dgn kancing; ~ baju kemejanya; semua pintu astana dikancingnya; mengancingkan menutupkan (baju, pintu, dll) dgn kancing; terkancing terkunci, tertutup.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas