terlingkar | dlm keadaan berlingkar, tergelung, terlingkung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tergelung-gelung | terlingkar-lingkar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbelit | 1. terlilit, terlingkar; 2. terbebat, terjebak, terlibat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelung I | 1. lingkar, lengkung, gulung (tali, rotan, ular, dll); 2. kelok, ikal (rambut dll); sanggul ~ kondai, sanggul; bergelung melengkung, berlingkar: ular ~; dawai yg ~ itu mesti diluruskan sebelum dipakai; menggelung 1. melengkung hingga menjadi gelung (rotan dll); 2. membuat sanggul;menggelungkan melingkarkan, melengkungkan;tergelung-gelung terlingkar-lingkar;gelungan lingkaran (dawai, rotan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belit | 1. lilit (lingkaran tali, ular, dll); 2. belok-belok, kelok-kelok (jalan, sungai, dll); putar ~ = pusing ~ = belat-~ bp berputar-putar (tidak jujur);berbelit berlilit: seekor ular ~ di dahan itu; berbelit-belit 1. berlilit-lilit: sulur-suluran ~ pd tiang pagar itu; 2. berkelok-kelok, berpusing-pusing: jalan ke pergunungan itu sangat ~; 3. berjalin-jalin, bersambung-sambung, bersangkut paut, kacau: fikiran yg timbul begitu kusut, yg datang berkacau-kacau, ~;membelit 1. melilit, melingkar: di pergelangan tangannya ~ dua urat gelang halus; 2. membebat, melibat, menjebak: dgn jalan begini mereka hendak ~ anak negeri supaya dapat diperhambakan; membeliti melingkari, mengelilingi: sebuah jalan ~ kawasan itu;membelitkan melilitkan (sesuatu): anak gajah itu ~ belalainya pd ekor ibunya;terbelit 1. terlilit, terlingkar; 2. terbebat, terjebak, terlibat;belitan hasil drpd membelit (melilit), lilitan, lingkaran: membuka ~ tali pd tiang itu; pembelit 1. tali (kain dsb) yg digunakan utk membelit sesuatu; 2. ki penipu, pendusta: kau memang manusia kejam, tidak setia, penipu, dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lingkar | 1. gulung (spt ular tidur, tali yg digulung, dll), belit, gelung: di dlm petak jubung, di dlm ~ tali sauh; 2. rim atau birai (pd roda dll), bingkai: ~ roda; 3. lilit (keliling) bulatan; berlingkar 1. berada dlm bulatan kecil yg berpusing-pusing (spt keadaan ular tidur dll), berbelit, bergelung: ular itu ~ spt busut yg besar rupanya; 2. ki berbaring-baring di tempat tidur: aku ~ spt gelugur kering di atas tilam; melingkar 1. dlm keadaan berlingkar (bergelung dll): ular yg diburu semalam didapati ~ kekenyangan di dlm reban ayam; 2. menggulung tali dll supaya berlingkar: ~ rotan; 3. mengikat berlingkar-lingkar, membelit, melilit: seekor ular ~ di badannya; melingkari 1. melingkar pd, melilit pd, membelit pd: sulur pokok memanjat itu ~ dahan nangka; 2. mengelilingi atau melingkungi: ia berjalan ~ rumah; melingkarkan menjadikan berlingkar, melilitkan, menggelungkan: logam ini dilingkarkan beberapa lapis dan berbentuk silinder; terlingkar dlm keadaan berlingkar, tergelung, terlingkung; lingkaran 1. sesuatu yg berlingkar, gelungan: ~ dawai dibuka dan diregangkan; 2. daerah (kawasan, lingkungan, dll) sesuatu kuasa: dunia yg bulat meneruskan gulingan dlm ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |