termasyhur | tersiar ke mana-mana (bkn sesuatu khabar, kejadian dll); diketahui orang ramai; terkenal; ternama: ~lah keindahan tempat itu ke seluruh negara. Hang Tuah ialah pahlawan Melayu yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
termasyhur | Ar 1. tersebar ke se-rata tempat (berita, peristiwa, dll), ketahuan ke tempat-tempat lain: maka khabar yg de-mikian itu pun termasyhurlah ke negeri-negeri yg lain; 2. terkenal, ternama: mereka gemar membaca buku-buku yg mengisah-kan kehidupan seseorang yg ~; kami nikmati lukisan dan pahatan bermacam-macam seniman yg termasyhur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masyhur | = termasyhur Ar 1. tersebar ke se-rata tempat (berita, peristiwa, dll), ketahuan ke tempat-tempat lain: maka khabar yg de-mikian itu pun termasyhurlah ke negeri-negeri yg lain; 2. terkenal, ternama: mereka gemar membaca buku-buku yg mengisah-kan kehidupan seseorang yg ~; kami nikmati lukisan dan pahatan bermacam-macam seniman yg termasyhur; memasyhurkan 1. sl menyebarkan ke serata tempat (berita, peristiwa, ajaran, dll), menyiarkan: cuma sahaja dimasyhurkan khabar demikian supaya jangan orang tahu; 2. membuat supaya menjadi masyhur (terkenal, ternama): Persatuan Belia akan me-mentaskan semula drama yg telah ~ nama kampungnya ke serata tanah air; kemasyhuran perihal masyhur (terkenal): ~ Melaka sbg pusat perdagangan utama tersebar luas; pemasyhuran perihal memasyhurkan (menyiarkan berita dll): ~ kemerdekaan Per-sekutuan Tanah Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masyhur | = termasyhur tersiar ke mana-mana (bkn sesuatu khabar, kejadian dll); diketahui orang ramai; terkenal; ternama: ~lah keindahan tempat itu ke seluruh negara. Hang Tuah ialah pahlawan Melayu yg ~. memasyhurkan menyebarkan (menyiarkan) ke merata-rata tempat utk diketahui umum; membuat supaya masyhur; menjadikan masyhur: Kemenangan itu telah ~ nama negara kita. kemasyhuran perihal (keadaan) masyhur: ~ Kuala Lumpur tersebar luas. pemasyhuran perbuatan atau hal memasyhurkan; perihal menyebarkan atau menyiarkan berita dsb: ~ kemerdekaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terpegah | termasyhur, terkenal; ®megah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersohor | bp termasyhur, terkenal: dialah yg paling kesohor antara mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesohor | bp termasyhur, terkenal: dialah yg paling kesohor antara mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ternama | terkenal, termasyhur: Greenberg, seorang ahli bahasa yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesohor | Jk termasyhur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ternama | dikenali ramai; termasyhur; terkenal: Picasso ialah pelukis yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |