Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. yg merupakan batas, yg terakhir, hujung; 2. stesen atau bahagian bangunan di lapangan terbang dll tempat penumpang tiba (pada akhir perjalanan) atau berlepas (me­mulakan perjalanan); 3. pangkalan tempat barang-barang mentah dipunggah dan disimpan (dan kadangkala diproses): ~ minyak Iran di Pulau Rharg; 4. alat atau pesawat komputer yg mempunyai hubungan atau talian menerima dan mengeluarkan data dgn pesawat induk komputer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 stesen tempat bermulanya atau tempat berakhirnya sesuatu perkhidmatan bas, kapal terbang dll di sesebuah bandar. 2 tempat arus elektrik keluar atau masuk pd sesuatu alat, spt bateri atau litar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terminal (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan hujung: terakhir, batas,

2. Bersinonim dengan stesen: pangkalan, perhentian,

3. Dalam konteks tempat pemunggahan
bersinonim dengan depo.



Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terminal cerdas(intelligent terminal)Terminal komputer yang mempunyai kuasa pemprosesan dan ingatan untuk menjalankan pemprosesan tanpa mengharapkan sistem komputer utama atau terminal lain.Kamus Komputer
terminal pengguna(user terminal)Terminal komputer yang dikhaskan untuk penggunaan biasa dan bukan untuk tujuan pengawalan atau penyeliaan.Kamus Komputer
terminal paparan(display terminal)Terminal komputer yang digunakan untuk memaparkan data visual.Kamus Komputer
terminal dungu(dumb terminal)Unit terminal komputer yang mempunyai ciri input dan output tetapi tidak mempunyai kebolehan untuk memproses data secara sendiri.Kamus Komputer
terminal paparan video(video display terminal)Terminal input/output yang digunakan untuk memaparkan data video daripada komputer atau peranti penjana video. Singkatan VDT.Kamus Komputer
terminal tempat jualan(point-of-sale terminal)Terminal komputer yang digunakan dalam urus niaga runcit, seperti pasar raya, untuk menerima dan merakamkan maklumat jualan secara langsung.Kamus Komputer
e-mel/i-mél/ maklumat, mesej dsb yg dihantar secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain. meng-e-melkan menghantar maklumat, mesej dsb secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain: Dia ~ kisah sedih itu kpd rakannya. peng-e-melan perihal atau perbuatan meng-e-melkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
VDTSingkatan bagi video display terminal. Lihat terminal paparan video.Kamus Komputer
kesediaan terminal data(data terminal ready)1. Salah satu nama isyarat dalam piawaian antara muka EIA RS-232-C/ V.28 untuk litar kawalan terminal atau komputer memberitahu modemnya bahawa litar kawalan sedia untuk tugas penghantaran atau penerimaan data. 2. Salah satu pin isyarat kawalan pada piawaian penghantaran data tak segerak, RS-232C. Singkatan DTR.Kamus Komputer
kecerdasan setempat(local intelligence)Kuasa pemprosesan dan ingatan yang disediakan dalam terminal komputer supaya terminal itu dapat menjalankan pemprosesan tanpa mengharapkan sistem komputer utama atau terminal lain.Kamus Komputer
1234567

Kembali ke atas