terpangkas | memangkas atau dipangkas dgn tidak sengaja: dia ~ dahan anak rambutan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pangkas | ; toko ~ kedai gunting rambut; tukang ~ tukang gunting (cukur); berpangkas bergunting rambut: janganlah tuan-tuan bersorak dahulu, anak raja ~ gambak; memangkas 1. menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; 2. memotong hujung (rumput, pokok, dll), mencantas: jikalau ia tidak dipangkas atau ditutuh, nescaya ia tumbuh menjadi pokok yg besar; ~ kata ki meringkaskan cerita; terpangkas memangkas atau dipangkas dgn tidak sengaja: dia ~ dahan anak rambutan itu; pemangkasan perbuatan (kerja dsb) memangkas: ~ perlu dilakukan utk membuang daun atau dahan yg rosak; pemangkas 1. perkakas atau alat utk memangkas (memotong): ~ rumput; 2. orang yg memangkas, tukang pangkas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |