terpapar | 1 terbentang; tergambar: Perhatikan bentuk yg ~ pd skrin itu. 2 (telah, sudah) dipaparkan: Kisah yg menggemparkan masyarakat itu ~ di akhbar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terpapar | (telah) dipaparkan, terbentang, tergambar, tertera: di dlm rajah ini ada ~ dua jenis skala; hal seumpama itu sering ~ dlm akhbar dan majalah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpapar | terbentang; tergambar: Perhatikan bentuk yg ~ pd skrin itu. | Kamus Pelajar |
terpampang | kelihatan jelas terbentang, terpapar dll di depan mata: namanya ~ dlm surat khabar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghampar | 1. terbuka luas, terpapar: tanah sawahnya rata bagai tikar ~; padi ~ pokok padi sedang tumbuh yg merata nampaknya; 2. membentangkan (tikar dll): ~ permaidani; 3. ki membentangkan, menerangkan (dgn panjang lebar): ia ~ soal itu di dlm mesyuarat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghampar | terbuka dgn luas dan rata; terpapar: Sawahnya rata bagai tikar ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hampar | ; menghampar terbuka dgn luas dan rata; terpapar: Sawahnya rata bagai tikar ~. menghampari membentangkan (sesuatu) pd: Lantai itu dihampari tikar mengkuang yg halus buatannya. menghamparkan 1 membuka sesuatu yg bergulung atau yg berlipat lebar-lebar; membentangkan: ~ tikar. 2 menerangkan sesuatu dgn panjang lebar. terhampar 1 terbuka luas dan rata; terbentang: Di lantai, ~ permaidani yg indah. 2 bertaburan; bertebaran merata-rata: Darah pun banyak ~ di bumi. hamparan 1 sesuatu (spt permaidani, tikar) yg dihamparkan: Berapa meter persegikah ~ yg dikehendaki utk bilik yg besarnya 5 meter dgn 4 meter? 2 sesuatu yg terbentang luas (sawah dll): ~ sawah yg menghijau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Hampar | menghampar terbuka dgn luas dan rata; terpapar: Sawahnya rata bagai tikar ~. menghampari membentangkan (sesuatu) pd: Lantai itu dihampari tikar mengkuang yg halus buatannya. menghamparkan 1. membuka sesuatu yg bergulung atau yg berlipat lebar-lebar; membentangkan: ~ tikar. 2. menerangkan sesuatu dgn panjang lebar. terhampar 1. terbuka luas dan rata; terbentang: Di lantai, ~ permaidani yg indah. 2. bertaburan; bertebaran merata-rata: Darah pun banyak ~ di bumi. hamparan 1. sesuatu (spt permaidani, tikar dll) yg dihamparkan: Berapa meter persegikah ~ yg dikehendaki utk bilik yg besarnya 5 meter dgn 4 meter? 2. sesuatu yg terbentang luas (spt sawah dll): ~ sawah yg menghijau. | Kamus Pelajar |
pampang I | ; memampangkan membentangkan, memaparkan; terpampang kelihatan jelas terbentang, terpapar dll di depan mata: namanya ~ dlm surat khabar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papar | ; memaparkan membuka atau menunjukkan supaya dpt dilihat dsb; mendedahkan; membentangkan. terpapar 1 terbentang; tergambar: Perhatikan bentuk yg ~ pd skrin itu. 2 (telah, sudah) dipaparkan: Kisah yg menggemparkan masyarakat itu ~ di akhbar. paparan 1 maklumat, spt teks, gambar, simbol yg dipaparkan pd skrin komputer dsb: ~ yg terdapat pd komputer itu sangat menarik. 2 sesuatu kejadian, penjelasan, kenyataan dsb yg dipaparkan di televisyen, akhbar dsb: ~ penderitaan dua beranak itu telah mendapat simpati orang ramai. ~ hablur cecair ist peranti paparan yg terdiri drpd dua keping bahan pengutub yg melapisi larutan suatu jenis hablur cecair, biasanya terdapat pd komputer riba, mesin kira, dsb. pemaparan perbuatan atau tindakan memaparkan sesuatu (gambar, kisah dsb). pemapar 1 alat, unsur dsb yg memaparkan sesuatu: Telefon bimbit itu mempunyai unit ~ grafik berwarna utk penggunaan yg menarik. 2 orang atau pihak yg memaparkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |