pateri | sj perekat drpd aloi timah dan timah hitam (utk melekatkan perkakas ayan dll); berpateri berlekat (bersambung) dgn pateri, mempunyai pateri; mematerikan 1. melekatkan dgn pateri: udaranya telah dikeluarkan sebelum tin itu dipaterikan; 2. ki melekatkan, menyambungkan (menyatukan dll) erat-erat: ~ perjanjian dgn sumpah; terpateri 1. sudah dipaterikan, sudah dilekatkan; 2. ki sudah dilekatkan (diperkukuh dll) erat-erat: sukar utk melupakan cinta yg telah ~ sekian lama; pematerian perihal (proses atau perbuatan) mematerikan: ~ kekisi besi yg patah; pemateri alat utk mematerikan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpateri | 1. sudah dipaterikan, sudah dilekatkan; 2. ki sudah dilekatkan (diperkukuh dll) erat-erat: sukar utk melupakan cinta yg telah ~ sekian lama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersemat | 1. telah disemat atau disematkan, telah tercantum: di dadanya ~ sebuah pingat yg menjadi kebanggaannya; 2. ki terletak, terpateri (dlm hati, ingatan, dll), terasa: tidak seorang pun antara kawan-kawannya yg mengetahui apa yg ~ di hatinya itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semat | benda (jarum peniti, peniti cantil, dll) yg digunakan utk mencucuk dua benda yg hendak dicantumkan; menyemat mencantumkan dua benda dgn semat, menusukkan semat (supaya bercantum dll): ibu sedang ~ atap; menyematkan 1. mencantumkan (dua benda) dgn semat: sematkan tiap-tiap keping kertas tebal itu pd satu bongkah kayu; 2. me-letakkan dgn semat: Seri Paduka Baginda telah ~ pingat-pingat itu ke dada mereka; 3. mencucukkan sesuatu sbg semat: lilitkan benang ini pd kepala dan hujung peniti yg disematkan menegak; 4. ki menyertakan, melampirkan: bersama surat ini disematkan sekeping cek utk ayahanda; tersemat 1. telah disemat atau disematkan, telah tercantum: di dadanya ~ sebuah pingat yg menjadi kebanggaannya; 2. ki terletak, terpateri (dlm hati, ingatan, dll), terasa: tidak seorang pun antara kawan-kawannya yg mengetahui apa yg ~ di hatinya itu; sematan 1. sesuatu yg disemat atau disemat-kan; 2. lampiran, tambahan (yg disertakan); penyematan perihal menyemat atau me-nyematkan; penyemat alat utk menyemat: jarum ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |