Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pe.ran.jat] | ترڤرنجت

Definisi : kaget, terkejut: pengemis itu ~ dan kagum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pe.ran.jat] | ترڤرنجت

Definisi : tiba-tiba tergamam, terlompat dsb kerana melihat sesuatu yg tidak disangka-sangka; terkejut: Dia ~ melihat ayahnya berlumuran darah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peranjat
Kata Terbitan : memeranjatkan, terperanjat,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kekejutan1. perihal terkejut (terperanjat); 2. terkejut, terperanjat: Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul;Kamus Dewan Edisi Keempat
terperanjattiba-tiba tergamam, terlompat dsb kerana melihat sesuatu yg tidak disangka-sangka; terkejut: Dia ~ melihat ayahnya berlumuran darah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terperanjatkaget, terkejut: pengemis itu ~ dan kagum;Kamus Dewan Edisi Keempat
terperanjattiba-tiba tergamam atau terlompat kerana melihat sesuatu yg tidak disangka-sangka; terkejut: Dia ~ melihat ayahnya berlumuran darah.Kamus Pelajar
terkejut1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat ter­kejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnyaKamus Dewan Edisi Keempat
renjat; renjatan 1. = ~ elektrik rasa sakit apabila bahagian tubuh terkena arus elektrik; 2. perasaan amat terperanjat spt seketika selepas mengalami sesuatu kemalangan; kerenjatan, terenjat (berada dlm keadaan) terperanjat dan kebingunan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kejutkaku (anggota, urat) disebabkan ter­peranjat atau ketakutan; berkejut; ~ telinga menegakkan telinga (spt kuda ketakutan); berkejutan berlari-lari tidak berketentuan kerana terperanjat; mengejut tidak semena-mena datangnya (ber­lakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak di­jangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu; mengejut-ngejut 1. tersentak-sentak, ber­goncang-goncang (tubuh): badannya kelihatan bergerak-gerak dan ~ sambil ia menangis; 2. pendek-pendek keras dan putus-putus (bkn bunyi binatang, tangisan, dll): sekali-sekala sedannya ~; sayup-sayup terdengar gonggongan anjing ~ dan memanjang-manjang; mengejutkan 1. = mengejuti menyedar­kan dr tidur (khayalan, menungan, dll), mem­bangkitkan (dr tidur): bunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim drpd tidurnya; akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang; 2. memeranjatkan, sangat menghairan­kan, mengagetkan, menyebabkan (orang) ter­sentak: berita kematiannya sungguh ~ Bidin; 3. ki menyedarkan (supaya bertindak, maju, dll), membangkitkan semangat, memberang­sangkan: perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam; terkejut 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat ter­kejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya; kejutan sesuatu yg mengejutkan (meme­ranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda; ~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; kekejutan 1. perihal terkejut (terperanjat); 2. terkejut, terperanjat: Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul; keterkejutan keadaan atau perihal terkejut: lelaki itu terbanting oleh ~ yg maha dahsyat; pengejut mudah terkejut (terperanjat).Kamus Dewan Edisi Keempat
terkesiapterperanjat, terkejut.Kamus Dewan Edisi Keempat
geramangterperanjat, gamang, gugup, gamam.Kamus Dewan Edisi Keempat
getapanmudah terperanjat, lekas sakit hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas