Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : terkena tipu daya (muslihat), tertipu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tertipu: Perempuan itu telah ~ oleh rayuan dan pujukan lelaki yg tidak bertanggungjawab itu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terperdaya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terperdayatertipu: Perempuan itu telah ~ oleh rayuan dan pujukan lelaki yg tidak bertanggungjawab ituKamus Pelajar Edisi Kedua
terperdayaterkena tipu daya (muslihat), tertipu;Kamus Dewan Edisi Keempat
terkecohtertipu, terperdaya;Kamus Dewan Edisi Keempat
terkena1 menderita atau tertimpa sesuatu: Badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit itu. 2 tersentuh pd: Dia pengsan kerana ~ karan elektrik. 3 tertipu; terperdaya: Kali ini dia lebih berhati-hati supaya tidak ~ lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kecoh I(kécoh) tipu (spt curang dlm mengukur atau menimbang barang, menipu tentang mutu barang dll): dlm perdagangan, banyak ~; mengecoh menipu (dgn kecurangan-kecurangan), memperdayakan: saudagar-saudagar selalu hendak ~ mereka; terkecoh tertipu, terperdaya; pengecohan penipuan: ~ berlaku dr segi timbang dan harga pasaran yg ditetapkan lebih rendah drpd yg sepatutnya; pengecoh penipu.Kamus Dewan Edisi Keempat
daya1 tenaga; kekuatan; kemampuan: Dia kehabisan ~ utk mendaki bukit itu. 2 akal; ikhtiar; muslihat: Dia mencari ~ hendak menipu orang itu. ~ cipta kebolehan mencipta. ~ fikir keupayaan atau kekuatan utk menggunakan akal fikiran. ~ ghaib kuasa ghaib. ~ graviti kuasa (tarikan) antara dua benda, terutamanya kuasa yg menarik benda-benda ke bumi. ~ guna kemampuan utk mendatangkan hasil atau faedah: Peladang dan pesawah berusaha utk meningkatkan ~ guna tanah mereka. ~ ingatan keupayaan atau kekuatan utk mengingat sesuatu atau seseorang. ~ juang kemampuan utk mempertahankan atau mencapai sesuatu dgn sungguh-sungguh. ~ kuda satuan utk mengukur tenaga enjin dll. ~ penarik a. kebolehan utk menarik sesuatu. b. kebolehan utk menarik hati orang lain. ~ sawat kuasa atau tenaga yg dikeluarkan (dihasilkan) oleh sesuatu pesawat. ~ utama (usaha) kegiatan atau usaha utk memulakan sesuatu. berdaya bertenaga; berupaya; mampu: Samad tidak ~ hendak mengangkat peti itu. Dia tidak ~ hendak membayar hutang-hutangnya. mendayai 1 memberi daya (kekuatan) kpd. 2 mengenakan pengaruh pd; mempengaruhi. 3 mengenakan tipu helah pd; mengakali. memperdaya melakukan tipu helah (muslihat); menipu: Dlm cerita kanak-kanak, sang kancil selalu ~ binatang-binatang hutan yg lain. terdaya berkemampuan membuat sesuatu; berupaya; bertenaga; terbuat: Tidak ~ olehnya mengangkat tong yg berat itu. terperdaya tertipu: Perempuan itu telah ~ oleh rayuan dan pujukan lelaki yg tidak bertanggungjawab itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
daya I1. kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan: ~ pengangkutan lori itu dua tan sahaja; usaha-usaha utk meninggikan ~ pengeluaran; ~ berfikir; 2. akal, ikhtiar, jalan (utk sesuatu); habis segala ~ habis ikhtiar; seribu ~ bermacam-macam akal (ikhtiar); 3. muslihat, tipu; tipu ~ tipu muslihat; ~ batin kekuatan batin; ~ cipta keupayaan (kebolehan) mencipta; ~ fikir kekuatan atau keupayaan utk menggunakan akal fikiran; ~ ghaib kuasa ghaib (spt kesaktian dsb); ~ gerak kekuatan utk bergerak; ~ ingatan kekuatan atau keupayaan fikiran utk mengingat sesuatu atau seseorang; ~ juang kemampuan utk berjuang atau memperjuangkan sesuatu dgn gigih; ~ kuda (Fiz) unit utk mengukur tenaga (enjin dll), kuasa kuda; ~ penarik (tarik) kekuatan (kebolehan) utk menarik sesuatu (benda, orang, dll); ~ tahan kemampuan utk mempertahankan diri atau bertahan drpd sesuatu ancaman (bahaya, penyakit dsb); ~ usaha = ~ utama kegiatan (usaha) utk memelopori sesuatu; sedaya = sedaya upaya; berdaya 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan (keupayaan): aku tidak ~ membalas budi­nya; tujuannya supaya kita berdisiplin, ber­sistem dan ~ menyelesaikan sesuatu per­soalan yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); memperdaya, memperdayakan, men­daya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan; mendayai 1. menipu, mengakali; 2. mem­pengaruhi; 3. memberi tenaga (kekuatan dsb); terdaya termampu, bertenaga, ber­ke­mam­puan, berkeupayaan: jangan-jangan dia tidak ~ hendak menjalankan kerjanya nanti; hanya lima sen minyak utk pelita itu sahaja yg ~ oleh mereka setiap petang; terperdaya terkena tipu daya (muslihat), tertipu; kedayaan kebolehan membuat sesuatu; perdayaan tipu daya, tipu muslihat: tidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti; pendayaan perihal (perbuatan) mendayai atau mendayakan, penipuan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kena1 bersentuh dgn; berlanggar dgn; terhantuk pd: Kapal itu tenggelam ~ batu karang. 2 tidak menyimpang dr sasarannya (bkn tembakan dll): Tembakannya tidak ~ pd sasarannya. 3 menderita sesuatu; ditimpa sesuatu (penyakit dll): Sudah sebulan ia ~ penyakit itu. ~ hujan ditimpa hujan; ~ sampuk diganggu atau disakiti oleh hantu, syaitan dsb. 4 tidak dikecualikan drpd mematuhi peraturan; tidak bebas drpd bayaran dll: Semua jenis minuman keras ~ cukai baru itu. 5 menanggung sesuatu perbuatan: ~ tahan ditahan; ~ tipu tertipu. 6 terpaksa membuat sesuatu: Dia merungut kerana tiap-tiap hari ~ mencari kayu api. 7 cocok atau sesuai (dgn jiwa, tempat dll); sepadan (antara dua benda); berpadanan; berpatutan (bkn harga): Dia menjadi berang kalau ada sesuatu yg tidak ~ di hatinya. Pakaian yg sopan itu ~ pd tempatnya. berkenaan, = ~ dgn ada kaitannya dgn; berhubungan dgn; berkaitan dgn: Dlm bab yg lalu, kamu telah membaca huraian ~ kapal terbang jet. mengena 1 kena tepat (pd yg dituju atau sasarannya): Tembakannya ~ dan perompak itu jatuh lalu mati. 2 memberi hasil; mendapat hasil: Jeratnya ~. Pancingnya ~. kena-mengena 1 (ada) sangkut pautnya; (ada) hubungannya atau (ada) kaitannya: Saya tidak ada ~ dgn perkara itu. 2 bersaudara-mara; berkeluarga; berkerabat: Dia ~ dgn saya kerana datuknya sepupu datuk saya. mengenai 1 kena pd yg dituju: Batu yg dihumbankannya ~ kepala orang yg lalu di situ. 2 berkaitan dgn; berhubungan dgn; bersabit; tentang: Mereka mencari suatu penyelesaian ~ perkara tsb. mengenakan 1 memakai (pakaian dll); menyarungkan (cincin dll): Dialah yg ~ pakaian pd pengantin itu. 2 mewajibkan seseorang mematuhi atau mengikut sesuatu (peraturan dll); membebani seseorang dgn sesuatu: Kerajaan ~ cukai pd barang-barang yg dibawa masuk ke dlm negara kita ini. 3 = mengena-ngenakan menipu; memperdaya: Mereka sengaja hendak ~ orang tua itu. terkena 1 menderita atau tertimpa sesuatu: Badannya menjadi kurus setelah ~ penyakit itu. 2 tersentuh pd: Dia pengsan kerana ~ karan elektrik. 3 tertipu; terperdaya: Kali ini dia lebih berhati-hati supaya tidak ~ lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas