terperi | dpt digambarkan; dpt dikatakan: Gadis itu ketakutan tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terperi | terkatakan, terceritakan, tergambarkan; tidak ~ tidak terkatakan (tergambarkan): adinda suka tidak ~; sedih hatinya bukan kepalang, tak terperikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terperi | dpt digambarkan; dpt dikatakan: Gadis itu ketakutan tidak ~. | Kamus Pelajar |
tidak terperi | tidak terkatakan (tergambarkan): adinda suka tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiada sangka | sl tiada terkira (terperi, terkhabar, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terteleng-teleng | terteleng berulang kali: kepalanya ~ spt menahan kemarahan yg tidak terperi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangka I | 1. pendapat yg hanya diagak-agak sahaja, dugaan, kira: pd ~nya tuan hamba berani; mak cik ~ saya yg mencuri getah mak cik?; tiada ~ sl tiada terkira (terperi, terkhabar, dll); 2. keraguan, kekhuatiran, syak, waham: timbul syak dan ~ dlm hatinya; bersangka 1. mengira, menaksir, menduga, mengagak: janganlah sekali-kali tuan-tuan yg membaca surat ~ bahawa aku memuji diriku; 2. menaruh syak, berasa sangsi, ragu-ragu, waswas: jangan kita mudah ~ buruk terhadap orang lain; menyangka 1. menduga, mengira: ada orang ~ bahawa kanak-kanak lebih senang meng-ingat sesuatu drpd orang dewasa; 2. menaruh syak, mencurigai: biarlah orang lain ~ jahat akan ibu; 3. menganggap spt, mengira sbg; yg disangka tidak menjadi, yg diam boleh ke dia prb orang lain yg berikhtiar, orang lain pula yg memungut hasilnya; tersangka 1. diduga, dikira; 2. disyaki, dicurigai; sangkaan, persangka, persangkaan apa yg disangka, dugaan, kira-kiraan, curiga, syak: janganlah kamu menaruh ~ yg buruk-buruk; apa dipedulikan pd persangkaan orang terhadap kita; penyangka orang yg menyangka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peri II | ; berperi mengeluarkan kata-kata; berkata. berperi-peri bersungguh-sungguh; beria-ia: Yazid ~ mengajak saya ke rumahnya. memerikan menceritakan sesuatu hal; mengatakan; mengisahkan: buku-buku yg ~ kisah-kisah cinta. terperi dpt digambarkan; dpt dikatakan: Gadis itu ketakutan tidak ~. pemerian hal atau cara memerikan sesuatu; penghuraian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peri II | berperi mengeluarkan kata-kata; berkata. berperi-peri bersungguh-sungguh; beria-ia: Yazid ~ mengajak saya ke rumahnya. memerikan menceritakan sesuatu hal; mengatakan; mengisahkan: buku-buku yg ~ kisah-kisah cinta. terperi dpt digambarkan; dpt dikatakan: Gadis itu ketakutan tidak ~. pemerian hal atau cara memerikan sesuatu; penghuraian. | Kamus Pelajar |
peri II | sl kata; berperi berkata, berucap: bukan beta bijak ~, pandai menggubah madah dan syair; berperi-peri bersungguh-sungguh (mengatakan sesuatu dll): Yazid ~ mengajak kami minum di kedai kopi; ia ~ benar mengatakan berita itu palsu; hujah yg ~ dikemukakan oleh panglima-panglima tentera Rusia; memerikan 1. mengatakan, menceritakan, mengisahkan, menggambarkan (sesuatu hal): saya selalu membaca buku-buku cerita yg ~ kisah-kisah cinta; tidak dapat diperikan bagaimana hancurnya hatinya oleh perbuatan kekasihnya; 2. menerangkan, menghuraikan, menjelaskan; terperi, terperikan terkatakan, terceritakan, tergambarkan; tidak ~ tidak terkatakan (tergambarkan): adinda suka tidak ~; sedih hatinya bukan kepalang, tak terperikan; pemerian 1. perihal memerikan (mengisahkan), pengisahan; 2. penjelasan, penerangan, penghuraian: masalah pertama yg dihadapi oleh penyusun kamus dlm ~ makna ialah pemilihan atau penentuan makna sesuatu kata; pemeri yg menerangkan (menghuraikan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |