terpulang | terserah: Hal itu ~ kpd anakanda sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terpulang | terserah: semuanya ~ kpd kemahuan mak, saya menurut saja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpulang | terserah: Hal itu ~ kpd anakanda sendiri. | Kamus Pelajar |
terserah | terpulang kpd; tinggal bergantung pd: Perkara itu ~ kpd tuan utk menyelesaikannya. | Kamus Pelajar |
tersila | terserah (terpulang) kpd. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serah I; berserah | terserah terpulang kpd; tinggal bergantung pd: Perkara itu ~ kpd tuan utk menyelesaikannya. | Kamus Pelajar |
tersimpan | 1. (sudah) disimpan, terkandung: kekayaan yg ~ dlm perbendaharaan bahasa; 2. sl terserah (terpulang) kpd: kami sekalian pun tiada akan dapat kami mengubat, ~ pelihara tuan kita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terserah | 1. diserahkan (diberikan) kpd: dan lagi ada pula kuasa yg besar ~ ke dlm tangannya; 2. bergantung kpd, terpulang kpd (pertimbangan, pemikiran, dll): bagi men-tafsirkan undang-undang itu sudah tentu ~ kpd aliran fikiran orang yg mentafsirkan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kacak I | 1. kelihatan gagah, segak, tampan: seorang pemuda yg ~; 2. angkuh, bongkak; bulang sali ~ sama, tinggal lagi mujur malang prb sama kuat dlm pertandingan dll dan kalah menangnya terpulang pd nasib; mengacakkan menyebabkan seseorang menjadi kacak: pakaian Melayunya yg lengkap yg garang warna merahnya, ~ lagi rupa parasnya; kekacakan keadaan atau sifat kacak: Tuhan juga menganugerahkan ~ kpd kaum Adam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sila I | = silalah, silakan, silakanlah minta dgn hormat supaya ..., jemputlah, sudilah: ~lah, kekanda; menyilakan, mempersilakan meminta (menjemput, mengajak) dgn hormat supaya ...: ibu telah ~ perempuan yg datang itu duduk dekatnya; dia menuangkan air lalu mempersilakan abang sepupunya minum; semua yg berbakat dlm memasak dipersilakan menghantar resepi asli mereka, bersama kupon yg disediakan; tersila terserah (terpulang) kpd. | Kamus Dewan Edisi Keempat |