tersalur | dapat disalurkan, (sudah) disalurkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salur | sesuatu (spt pembuluh, parit, dll) yg men-jadi jalan atau laluan utk mengalirkan air dsb; ~ buah pinggang saluran yg membawa air kencing dr buah pinggang ke pundi-pundi kencing; ~ darah saluran (dlm badan) yg menyalurkan darah; ~ halus salur darah dgn salur nadi yg halus, jalan saraf, arteriol; ~ kencing saluran yg menyalirkan air kencing dr pundi kencing ke luar tubuh, uretra; ~ makanan saluran yg membawa makanan dr mulut ke perut; ~ mani saluran tempat mani disimpan dan menjadi matang (dlm buah zakar); ~ nadi saluran yg membawa darah dr jantung ke bahagian-bahagian lain badan, arteri; menyalurkan 1. mengalirkan (sesuatu yg cair dll): air yg kotor itu disalurkan ke laut; 2. menyampaikan (membawa dsb) melalui jalan atau cara tertentu: segala surat-menyurat mesti disalurkan menerusi syarikat kerjasama; tersalur dapat disalurkan, (sudah) disalurkan; saluran 1. salur; 2. ki jalan (perantaraan, cara, dsb) utk melakukan sesuatu: kerajaan boleh digulingkan menerusi ~ perlembagaan; segala bantahan hendaklah disampaikan melalui ~-~ tertentu; 3. jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi utk menyiarkan sesuatu rancangan; penyaluran perbuatan menyalurkan (air, pendapat, dll); penyalur (sesuatu) yg menyalurkan, penyampai, pembawa: bahasa yg berkesanggupan men-jadi alat ~ ilmu dan kebudayaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |