tersangkut-sangkut | terputus-putus, tertahan-tahan, gagap (percakapan dll): aku bertanya dlm bahasa Inggeris dgn cara yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melangsung | tidak tersangkut-sangkut atau terhenti-henti (perjalanan dll), terus-menerus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melangsung-langsung | tidak tersangkut-sangkut atau terhenti-henti (perjalanan dll), terus-menerus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lancar | 2 tidak tersangkut-sangkut (bkn pergerakan dll); cepat dan licin. | Kamus Pelajar |
tertekan-tekan | tidak lancar (perjalanan sesuatu), tersangkut-sangkut: Konah menceritakan lagi dgn suara yg agak ~ pula keluarnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersekat-sekat | terputus-putus (suara dll), tersangkut-sangkut: suaranya itu ~ sedikit keluarnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merangkak-rangkak | tidak maju-maju; tidak lancar (ketika membaca dll); tersangkut-sangkut: Ada yg tidak dpt membaca sama sekali dan ada pula yg ~. Kereta kami ~ mendaki jalan ke Bukit Fraser. | Kamus Pelajar |
merangkak-rangkak | ki tidak maju-maju; tidak lancar (ketika membaca dll); tersangkut-sangkut: Ada yg tidak dpt membaca sama sekali dan ada pula yg ~. Kereta kami ~ mendaki jalan ke Bukit Fraser. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lancar I | terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut: bacaannya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; ~ kaji kerana diulang prb kepandaian dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih; selancar, berselancar 1. bermain lancang-lancang; 2. meluncur di atas air (dgn papan dll); melancar 1. bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggalkan tempat itu; 2. menghafaz, selalu mengulangi pelajaran: engkau bukan tidak pandai, tetapi engkau malas ~ di rumah; melancarkan 1. memulakan (menggerakkan) sesuatu dgn cepat, meluncurkan: Rusia telah ~ sebuah kapal angkasa lepas yg memuatkan tiga orang angkasawannya; 2. menyebabkan berjalan dgn cepat (licin), melicinkan (sesuatu usaha dll): pengakuan ejaan ini akan ~ perhubungan dan pertukaran fikiran; 3. melakukan atau mengadakan sesuatu (serangan, tindakan, dll): pd mulanya mereka teragak-agak juga hendak ~ peperangan ke atas orang Islam; gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan akan dilancarkan tidak lama lagi; bagai pucuk dilancarkan prb pergerakan yg terlalu cepat; memperlancar membuat supaya lebih lancar; memperlancarkan menjadikan lebih lancar: urutlah bahagian yg kejang utk ~ oksigen; terlancar-lancar sl (dgn) terlalu cepat, tergesa-gesa: adapun kita sekalian berjalan jangan ~ dahulu kerana negerinya sudah hampir; kelancaran 1. kecepatan (melakukan sesuatu, berkata-kata dll), kepantasan, kelancangan: barangkali abangnya akan memarahi dia kerana ~ mulutnya itu; 2. kelicinan (dlm mengusahakan atau membuat sesuatu): konfrontasi tidak sedikit pun menyentuh kepesatan dan ~ kita utk membangun; pelancaran perihal atau perbuatan melancarkan (memulakan sesuatu gerakan, rancangan, dll): ~ kempen kebersihan oleh Perdana Menteri; pelancar alat utk melancarkan sesuatu objek, spt roket dan projektil, supaya bergerak dgn pantas ke udara: ~ roket. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lancar | 1 fasih dan hafaz benar (bkn pertuturan atau bacaan): Dia membaca buku dgn ~ sekali. 2 tidak tersangkut-sangkut (bkn pergerakan dll); cepat dan licin. melancar 1 bergerak atau berjalan dgn lancar; maju dgn cepat: Keretanya ~ dgn kencangnya. 2 mengulang pelajaran supaya mahir; menghafaz: Kamu hendaklah ~ pelajaranmu di rumah. melancarkan 1 menggerakkan sesuatu dgn cepat; meluncurkan: Rusia berjaya ~ bulan rekaan ke angkasa. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu (serangan, tindakan dll): Mereka telah ~ serangan ke atas pengganas-pengganas itu. 3 menjadikan lancar (bkn pergerakan, pelajaran, usaha dll); melicinkan: Jika tidak cukup petugas, bagaimana kami dpt ~ pekerjaan ini? 4 memulakan sesuatu aktiviti, usaha dsb: ~ kempen antidadah. 5 memperkenalkan produk baru, terbitan baru dsb kpd masyarakat buat kali pertamanya: Proton ~ model barunya. ~ buku kanak-kanak. kelancaran 1 sifat atau hal lancar; kefasihan atau kecepatan (berkata-kata, membuat sesuatu dll). 2 keadaan lancar; kelicinan mengusahakan atau membuat sesuatu. pelancaran perbuatan melancarkan (memulakan sesuatu gerakan dll): ~ “Sputnik” dan “Explorer” telah disusuli oleh beberapa jenis bulan rekaan lagi. pelancar alat utk melancarkan sesuatu objek, spt roket, peluru supaya objek tsb bergerak dgn pantas ke udara: ~ roket. selancar 1 permainan melayangkan anak-anak batu pd paras permukaan air (supaya batu terlompat-lompat). 2 permainan meluncur di atas permukaan air dgn berdiri dsb di atas papan. berselancar 1 bermain lancang-lancang. 2 bermain meluncur di atas air. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |