tersembunyi-sembunyi | dgn diam-diam (berse-lindung), tersorok-sorok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersembunyi | tidak kelihatan, terlindung, dirahsiakan: apakah yg ~ di sebalik kebaikan hatinya itu?; tujuan yg ~ dan kemahuan nafsu yg terpendam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersembunyi | tidak dpt dilihat atau tidak dpt diketahui; terlindung; tersorok: Mereka menggunakan tongkat besi yg tajam utk mencari telur yg ~ itu. | Kamus Pelajar |
sulit | 1. dirahsiakan, tersembunyi, rahsia: segala perkara yg didapati drpd penyiasatan itu dianggap sbg perkara ~; 2. tidak terangterangan, tersembunyi, gelap: pembunuhan itu terjadi dgn pertolongan secara ~ seorang menteri Jepun; 3. gelap (perkumpulan dll), haram; kumpulan ~ kumpulan penjahat (secara gelap); pasar ~ pasar haram (di sisi undang-undang); 4. jarang terdapat atau diketemui, susah dicari; perkataan yg ~-~ perkataan yg jarang-jarang ditemui; 5. sukar, payah, susah: pertanyaan itu ~ utk dijawab; 6. sukar, gawat, rumit, ruwet: perkara ini menjadi bertambah ~ lagi kerana adanya dlm sastera Melayu kebiasaan menyalin atau menyadur; menyulitkan 1. menjadikan sulit (rumit), menyukarkan, menyusahkan: soal wang selalu ~; 2. menjadikan sulit (tersembunyi), merahsiakan; mempersulit menjadikan lebih sulit; kesulitan perihal sulit, kesukaran, kesusahan, kerumitan: saudara harus berani menghadapi segala ~; ~ wang kesukaran berwang, kesukaran mendapatkan wang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ghaib | 1. tidak dapat dilihat, tersembunyi; ilmu ~ a) ilmu bkn kekuatan dll yg tersembunyi; b) ilmu suluk (tasawuf); kuasa ~ tenaga yg tidak kelihatan; 2. hilang, lenyap: setelah sudah berkata-kata, suara itu pun ~lah; badannya ~ tiada berketahuan; 3. sl meninggal, mangkat: baginda yg telah ~; 4. ajaib, aneh (keadaan dll): peristiwa yg ~; mengghaibkan menghilangkan, menjadikan tidak nampak; ~ diri menghilangkan diri; keghaiban perihal atau keadaan ghaib. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berada-ada | = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab, maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serang hendap | tindakan menyerang atau menyerbu secara tiba-tiba terhadap musuh setelah menunggu dan menghendapnya di tempat yg tersembunyi: lanun itu tidak menyangka sama sekali ia terkena ~; menyerang hendap menyerang seseorang (musuh, lawan dsb) dgn tiba-tiba setelah menghendap dan menunggu beberapa ketika di tempat tersembunyi: pasukan keselamatan telah mengatur rancangan utk ~ pihak musuh; serangan hendap serang hendap; penyerang hendap pihak (orang atau kum-pulan) yg melakukan serang hendap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cukai tersembunyi | cukai tak langsung yg dibayar oleh pengguna dgn menaikkan harga barang yg dijual tanpa pengetahuan pengguna; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbuni | tersembunyi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersorok | 1. tersembunyi: buku itu kuletakkan di atas rak kopiah ~ ke sebelah dalam; 2. ki jauh dr yg lain, terpencil: tentera Jepun dan Siam selalu sahaja sampai ke kampung yg ~ spt Kampung Sulung itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |