tersembunyi-sembunyi | dgn diam-diam (berse-lindung), tersorok-sorok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sembunyi | ; main ~ sj permainan menyorok dan mencari, main cari-carian; ~ tuma kepala tersorok ekor kelihatan prb menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; lempar batu ~ tangan prb berbuat se-suatu kejahatan dan kemudian berpura-pura tidak tahu-menahu; sembunyi-sembunyi dgn tidak diketahui orang, (secara) diam-diam, (secara) senyap-senyap: dia masuk pertandingan nyanyian secara ~ kerana tidak direstui oleh keluarganya; dgn ~ dgn diam-diam: mereka meninggalkan tempat itu dgn ~; ~ puyuh prb a) menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; b) tidak mahu tahu akan perkara yg benar-benar berlaku; sembunyi-sembunyian, bersembunyi-sembunyian bermain menyorok dan mencari-cari; bersembunyi 1. berlindung (diri) supaya tidak kelihatan, menyorok: mereka masuk ~ di dlm rumah Menteri Besar yg telah kosong itu; 2. tidak mengatakan (memberitahukan) dgn sebenarnya, berahsia: jangan kamu ~ lagi, katakan sahaja dgn terus terang; menyembunyikan 1. melindungkan (menutup dll) supaya tidak kelihatan, menyorok-kan: maka Pak Lebai pun sampailah di tempat anjing itu ~ dirinya; di situlah tempat ia ~ hartanya yg baik-baik; 2. tidak mencerita-kan (sesuatu), merahsiakan: ia tidak dapat ~ perasaan hatinya; kerani itu juga mungkin bersubahat ~ rahsia ini; spt harimau ~ kuku-nya prb orang yg hendak menyorok-nyorok-kan kelebihan dirinya; tersembunyi tidak kelihatan, terlindung, dirahsiakan: apakah yg ~ di sebalik kebaikan hatinya itu?; tujuan yg ~ dan kemahuan nafsu yg terpendam; tersembunyi-sembunyi dgn diam-diam (berse-lindung), tersorok-sorok; persembunyian tempat bersembunyi (menyembunyikan): lima bilah pedang telah dijumpai di tempat ~ samseng-samseng di Lorong Pudu; penyembunyian perbuatan menyembunyikan; penyembunyi orang yg menyembunyikan sesuatu: ~ harta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sembunyi; bersembunyi | tersembunyi tidak dpt dilihat atau tidak dpt diketahui; terlindung; tersorok: Mereka menggunakan tongkat besi yg tajam utk mencari telur yg ~ itu. | Kamus Pelajar |
buni II | sembunyi; membunikan menyembunyikan; terbuni tersembunyi; bunian; orang ~ orang halus (dlm hutan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sorok I | ; sorok-sorokan, bersorok-sorokan bermain sembunyi, bermain cari-carian; menyorok 1. masuk ke dlm sesuatu dgn merangkak (membongkok), menyusup atau menyelodok dgn membongkok; 2. ki menyembunyikan diri, bersembunyi; ~ di balik lumbung prb menyembunyikan sesuatu hal yg mudah atau sudah diketahui orang; ~ hilang-hilang, memakan habis-habis prb jika mengerjakan sesuatu pekerjaan rahsia hendaklah pandai-pandai benar menyimpannya; sementara ~, ekor habis prb perihal seseorang yg malang nasibnya; menyoroki menyusup (menyelodok) ke, menyorok ke; menyorokkan 1. memasukkan ke bawah (ke dlm, ke belakang) sesuatu, menyusupkan (menyelodokkan): ia masih lagi ~ mukanya di bawah bantal; 2. ki menyimpan (menutup dll) supaya tidak kelihatan, menyembunyikan: tak usahlah engkau ~ perkara yg seharusnya ibu tahu itu; tersorok 1. tersembunyi: buku itu kuletakkan di atas rak kopiah ~ ke sebelah dalam; 2. ki jauh dr yg lain, terpencil: tentera Jepun dan Siam selalu sahaja sampai ke kampung yg ~ spt Kampung Sulung itu; sorokan 1. sesuatu yg disembunyikan atau disorokkan; 2. tempat bersembunyi (menyembunyikan), persembunyian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lindung I | ; berlindung 1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpd orang), bersembunyi: Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dlm belukar itu; 2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang lain: ramai penduduk negeri itu yg telah lari ~ diri ke negeri Normandy; 3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak berselindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang-terangan hanya secara ~ sahaja; berlindungkan sl menyelamatkan atau menaungkan (diri), melindungkan: maka Sultan Zainal Abidin pun larilah berperahu kecil lalu ia ke Melaka, ~ dirinya pd Sultan Mansor Shah; melindungi 1. menudung supaya tidak kelihatan (jangan terkena sesuatu dll): pondok saya tidak nampak dr sini kerana dilindungi belukar; 2. memberi pertolongan (bantuan dll), membela, memberi naungan: mahkamah bertanggungjawab ~ masyarakat drpd malapetaka jenayah; beberapa ekor kambing biasanya dipelihara bersama-sama biri-biri utk ~ biri-biri drpd serangan binatang buas; 3. tidak memperlihatkan (secara terang-terangan) atau mendedahkan sesuatu, menyelimuti kebenaran (kejahatan dll), menyelubungi: mereka sangat bijak ~ hasrat yg hendak disampaikan; lindung-melindungi saling melindungi; melindungkan 1. menaruh sesuatu supaya jangan kelihatan, menyembunyikan, menyorokkan: dilindungkannya benda itu di balik semak-semak itu; maka puteri itu pun ~ dirinya di balik pohon kelapa; tiap-tiap orang yg menggunakan perkataan spt ini semata-mata utk ~ perasaan dan fikiran masing-masing; 2. menggunakan utk melindungi: jerami itu dilindungkan pd semaian; memperlindungkan menaungkan, memberi pertolongan kpd, menyelamatkan: ia terpaksa berkhidmat ~ Tanah Brunei drpd serangan musuh; terlindung 1. tersorok, tersembunyi: perbuatan yg tidak ikhlas dan jujur ini tidak akan ~ selama-lamanya; 2. dapat diselamatkan (drpd bahaya dll), terselamat; lindungan 1. yg terlindung oleh, yg dilindungi: manusia ~ Tuhan; 2. = perlindungan; kelindungan 1. terlindung atau tertutup (tidak kelihatan, terkena sesuatu, dll); 2. ark kelampauan (melampaui, melanggar adat, dll); perlindungan 1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan,dll): pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; pelindungan ark bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~; pelindung 1. sesuatu (atap, dinding, dll) yg melindungi: atap yg tugasnya sbg ~ dr hujan dan panas, tidak memenuhi syaratnya; 2. orang yg memberi perlindungan (bantuan, pertolongan, dll): laki-laki yg sedang terkurung di rumahnya itu ialah ~nya, bukan musuhnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khalwat | Ar 1. perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri (kerana menenangkan fikiran, bertafakur, dll); 2. hal berdua-duaan di tempat yg terpencil atau tersembunyi, antara lelaki dgn perempuan yg bukan mahram dan bukan pula suami isteri, sehingga boleh menimbulkan fitnah dan dianggap sbg suatu perbuatan yg sumbang: kejadian-kejadian ~ yg menjadi-jadi sekarang menunjukkan kemerosotan moral pemuda-pemudi zaman moden; berkhalwat 1. mengasingkan (memencilkan diri di tempat yg sunyi (kerana bertafakur, beribadat, dll): Tun Kesturi pun bertemu dgn Laksamana di dlm rumah ~ tiada dapat berkata-kata dgn seorang jua pun; 2. berada berdua-duaan dlm keadaan yg sumbang di tempat yg terpencil atau tersembunyi (bkn lelaki dan perempuan yg bukan muhrim dan bukan pula suami isteri): seorang isteri yg mempunyai anak dituduh ~ dgn seorang teruna di dlm sebuah bilik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
samar-samar | 1. kurang jelas (pd pelihatan), agak kabur: ketika itu wajah ayahnya terbayang samar-samar; di dlm cahaya yg samar-samar itu mata mereka bertentang tepat; 2. kurang terang (sesuatu kenyataan, keterangan, bukti, dll), masih ter-sembunyi, tidak nyata: sebab-sebab mengapa ia dibunuh masih samar-samar lagi; 3. tidak dgn terang-terang, tersembunyi: dia datang itu dgn maksud yg ~; (waktu) ~ muka = (waktu) samar-samar daun waktu petang benar (daun atau muka orang tidak jelas kelihatan lagi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
samar | = samar-samar 1. kurang jelas (pd pelihatan), agak kabur: ketika itu wajah ayahnya terbayang samar-samar; di dlm cahaya yg samar-samar itu mata mereka bertentang tepat; 2. kurang terang (sesuatu kenyataan, keterangan, bukti, dll), masih ter-sembunyi, tidak nyata: sebab-sebab mengapa ia dibunuh masih samar-samar lagi; 3. tidak dgn terang-terang, tersembunyi: dia datang itu dgn maksud yg ~; (waktu) ~ muka = (waktu) samar-samar daun waktu petang benar (daun atau muka orang tidak jelas kelihatan lagi); menyamar 1. mengubah rupa atau pakaian (supaya tidak dikenal orang): kerja mereka ialah ~ spt nelayan biasa; 2. masuk ke dlm kalangan musuh dll (dgn tidak dikenali): setelah ia datang ke mari ~, maka diben-canainya menteri hamba yg besar empat orang; 3. tidak dgn memperlihatkan yg sebenarnya: terlalu elok barang kelakuan, disamar dgn perkataan lain supaya jangan jadi ketahuan; menyamarkan 1. menjadikan kurang terang (cahaya), mengaburkan: lampu-lampu merah dan biru yg sengaja disamarkan sudah terpasang; 2. menjadik | Kamus Dewan Edisi Keempat |