sengguk | ; tersengguk 1 kepala bergerak ke depan, ke belakang dsb (spt keadaan orang mengantuk): Aku ~ di atas kerusi kerana terlalu mengantuk. 2 kepala bergerak ke depan dgn tiba-tiba; terhantuk ke depan: Ketika Ali membrek keretanya, kami yg di dlm keretanya semua ~. tersengguk-sengguk bergerak-gerak ke depan, ke belakang dsb (spt orang mengantuk); tersengguk beberapa kali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sengguk I | ; menyengguk 1. mengangguk, meng-angguk-angguk; 2. menghantukkan (kepala dll): dipegangnya kepala budak itu dan di-sengguk-sengguknya di tanah; tersengguk 1. terangguk: brek menjerit dan mereka agak ~ ke muka; 2. terhantuk (ke depan); tersengguk-sengguk terangguk-angguk (orang mengantuk dll): malam telah begitu tua dan ada antara kami yg sudah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersengguk | 1 kepala bergerak ke depan, ke belakang dsb (spt keadaan orang mengantuk): Aku ~ di atas kerusi kerana terlalu mengantuk. 2 kepala bergerak ke depan dgn tiba-tiba; terhantuk ke depan: Ketika Ali membrek keretanya, kami yg di dlm keretanya semua ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tersengguk | 1. terangguk: brek menjerit dan mereka agak ~ ke muka; 2. terhantuk (ke depan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sengguk; tersengguk | 1 kepala bergerak ke depan atau ke belakang (spt keadaan orang mengantuk): Aku ~ di atas kerusi kerana terlalu mengantuk. | Kamus Pelajar |
terangguk-angguk | 1. turun naik (bkn haluan kapal); 2. mengangguk-anggukkan kepala dgn tidak disedari (kerana terlalu mengantuk dsb), tersengguk-sengguk: kepalanya ~ mendengar cakap ibunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angguk | 1. gerakan ke bawah (haluan kapal dll); 2. gerakan menundukkan kepala (tanda bersetuju, kerana mengantuk, dll); ~ bukan, geleng ia prb lain di mulut lain di hati (lain perbuatan lain kehendak); berangguk = mengangguk; berangguk-angguk = mengangguk-angguk, terangguk-angguk; mengangguk menggerakkan kepala ke bawah (tanda menyetujui, mengerti atau memaklumi kata-kata seseorang): ~ mengiakan; mereka ~ bersetuju; mengangguk-angguk 1. turun naik: haluan perahu pun ~; 2. mengangguk berkali-kali: mereka semua ~ tanda setuju; menganggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah: ia ~ kepalanya; mengangguk-anggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah berulang kali: ia ~ kepala sambil ayahnya meneruskan percakapannya; terangguk-angguk 1. turun naik (bkn haluan kapal); 2. mengangguk-anggukkan kepala dgn tidak disedari (kerana terlalu mengantuk dsb), tersengguk-sengguk: kepalanya ~ mendengar cakap ibunya; anggukan gerakan mengangguk: ~ dan gelengan kepala saya tidak dipedulikannya; pengangguk; tali ~ sj tali pd perahu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |