singkap | ; menyingkap, menyingkapkan 1.membuka (selubung, pakaian, penutup, dll), menyelak: ia ~ selimut yg menutup kepala anaknya; ada yg menengok dr kisi-kisi, ada yg menengok dr tingkap, ada yg ~ atap; 2. ki membongkar atau membuka (rahsia dll), mendedahkan (sesuatu): beliau telah ~ rahsia menteri-menteri pusat yg tidak disukai; sajak-sajak A. Wahab Ali ada yg boleh diterima sbg panduan hidup kerana ia telah menyingkapkan rahsia hidup yg sebenarnya; 3. ki menceritakan kembali (perkara yg telah lalu, sejarah, dll): perbuatan mereka kali ini tidak lagi setakat ~-nyingkap sejarah pendek yg telah lalu; singkap daun, ambil isi prb berkata-kata dgn terus terang (tidak berbelitbelit); tersingkap 1. terbuka, terselak: maka tirai pedati Sumirah pun ~; 2. ki terbongkar (rahsia dll); ~ hati ki suka (senang) hati; penyingkapan perbuatan menyingkap(kan), pendedahan: ~ dgn bersandarkan pengetahuan yg lalu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tajalli | Ar 1. tersingkap atau terbuka hijab (bkn sufi, tasawuf); 2. jelas dan nyata (sesuatu yg ghaib), sudah terang, tidak tersembunyi; 3. kebenaran yg diperlihatkan Tuhan, wahyu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersingkap | 1. terbuka, terselak: maka tirai pedati Sumirah pun ~; 2. ki terbongkar (rahsia dll); ~ hati ki suka (senang) hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersingit | 1. terselak sedikit (kain selimut dll), terbuka, tersingkap; 2. kelihatan sedikit (bulan dll), terserlah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
singit | Mn; menyingit 1. menyelak (membuka, menyingkap) sedikit; 2. tampak (kelihatan) sedikit; tersingit 1. terselak sedikit (kain selimut dll), terbuka, tersingkap; 2. kelihatan sedikit (bulan dll), terserlah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
singkap | ; menyingkap 1 membuka sesuatu yg menutupi; menyelak: Dia ~ kelambunya. 2 menceritakan kembali apa-apa yg telah berlaku dsb; membuka rahsia dsb. tersingkap terbuka atau terangkat penutupnya; terselak: Langsir tingkap di biliknya ~ sedikit. penyingkapan perbuatan atau perihal menyingkap: ~ kisah lama membawa kenangannya kembali ke zaman kanak-kanak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
simbah II | Mn; bersimbah ditarik ke atas supaya pendek (kain, lengan baju, dll), disiah(kan), disingsingkan: ada yg berlari sambil ~ kain; menyimbah, menyimbahkan 1. menyingsingkan (kain, baju, dll); 2. menyelak, menyingkap: ~ kelambu; tersimbah tersingsing, terselak, tersingkap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selak | (sélak); menyelak 1. menyingkap (tudung, selubung, dll), membuka, menyingsingkan: kain yg menutupi betisnya diselak hingga ke paras lutut; Tun Tuah pun segera ~ pen-duanya; 2. menyebak (buku dll), membuka: buku itu diselaknya lepas semuka ke semuka; menyelak-nyelak menyelak (buku, majalah, dll) dgn cepat tanpa membaca atau melihatnya dgn teliti: dia masih asyik ~ majalah, mem-baca tajuk, dan melihat gambar; menyelakkan menyelak utk; terselak tersingkap (kain, selubung, tudung, dll), terbuka, tersebak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |