tersirat | 1 telah disirat (bkn jaring dll). 2 ki terkandung atau tersembunyi; tersimpan: Tiada sesiapa yg tahu akan apa-apa yg ~ dlm hatinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tersirat | 1. telah disirat (jala, rajut, dll), terjalin; 2. ki terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu): rahsia besar yg ~ di hatinya tidak ada seorang pun yg mengetahuinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersirat | 2 ki terkandung atau tersembunyi; tersimpan: Tiada sesiapa yg tahu akan apa-apa yg ~ dlm hatinya. | Kamus Pelajar |
tersirat | 1 telah disirat (bkn jaring dll). | Kamus Pelajar |
perintah tersirat(embedded command) | 1. Perintah khas pemproses kata yang diletakkan di dalam teks untuk melakukan tugas khas, seperti langkau baris, apabila dokumen dicetak. 2. Perintah khas yang dimasukkan ke dalam atur cara dan terselindung daripada pengguna biasa sehingga perintah ini dipanggil oleh pengguna khusus. 3. Perintah sistem pengendalian yang dapat difahami terus oleh sistem kerana perintah telah dimasukkan ke dalam inti sistem pengendalian. | Kamus Komputer |
sirat, = siratan | tersirat | Kamus Pelajar |
kandungan hati | apa-apa yg tersimpan (tersirat) dlm hati; isi hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
logo | lambang khas sesuatu pertubuhan yg tersirat dgn maksud tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
logo | lambang khas sesuatu badan, pertubuhan dsb, yg tersirat dgn maksud tertentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
implisit | (dinyatakan secara) tidak langsung atau tidak terang-terangan, tersirat: hampir separuh sandiwara mengutarakan persoalan nasionalisme, baik secara ~ mahupun eksplisit; mengimplisitkan menjadikan implisit: itulah harapannya yg diimplisitkan dlm karyanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |