tersorong-sorong | tersua-sua, terdorong-dorong, tersodor-sodor (diri dll); hidung tak mancung pipi ~ prb a) suka ikut campur dlm urusan orang lain; b) suka menonjol-nonjolkan diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mancung I | makin kecil ke hujung, lancip, runcing; hidung ~ hidung yg lancip; hidung tak ~ pipi tersorong-sorong prb suka ikut campur dlm urusan orang lain; kemancungan perihal mancung atau lancip (hidung). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sorong | 1. = sorongan gerakan (bergeser) ke hadapan; kotak ~ (sorong-sorong, sorongan) laci meja; 2. tolak (ke hadapan), dorong: maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung menolak air dgn dayung, melais; air ~ buih air pasang turun; angin ~ buritan angin yg bertiup dr belakang perahu; kereta ~ kereta yg beroda dan ditolak dr belakang; 3. rasuah, sogok; kena ~ menerima rasuah; tahan jerat ~ kepala prb hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka; menyorong, menyorongkan 1. menolak (menolakkan) ke hadapan, mendorong: terdengar kerusi disorong tarik; maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung menolak air dgn dayung, melais; 2. memberikan, mengunjukkan, menghulurkan: Wan Derus mengajak gurunya duduk sambil ~ tepak sirih; ~ tangan menghulurkan; 3. memberi rasuah, menyogok: segala saudagar itu ~, ada yg seratus, ada yg dua ratus; 4. mengajak, mempelawa, menganjurkan: ~ damai; 5. memberikan dgn paksa, memaksa-maksakan, menyodorkan; 6. bk menyetubuhi; 7. mulai (pasang atau surut): air telah mulai ~ pasang; tersorong 1. dapat disorong, terdorong, tertolak: maka disuruh baginda sorong, empat lima puluh orang tiada ~; 2. Mn terlanjur atau terlepas (kata dll); bajak sudah ~ ke bencah prb sudah tidak dapat ditarik kembali; tersorong-sorong tersua-sua, terdorong-dorong, tersodor-sodor (diri dll); hidung tak mancung pipi ~ prb a) suka ikut campur dlm urusan orang lain; b) suka menonjol-nonjolkan diri; sorongan 1. dorongan, tolakan: di satu selekoh, ia terpaksa melambatkan ~ basikalnya; 2. yg disorong (disorongkan); 3. pemberian, hadiah: pengemis itu menyambut ~ itu dgn penuh syukur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidung | 1. bahagian badan utk mencium atau menyedut udara (terdapat pd bahagian muka atas sedikit drpd mulut): kita bernafas melalui ~ siang dan malam; batang ~ a) tulang yg membina hidung; b) ki kelibat (imbasan) seseorang atau sesuatu; kena batang ~ ki (bkn kecaman, sindiran, dsb) tepat mengenai seseorang; lubang ~ bahagian yg berlubang pd hidung utk membolehkan kita mencium, menyedut udara, dsb; sekat ~ bahagian antara kedua-dua lubang hidung; tidak nampak batang ~ = tidak nampak muka ~ ki tidak kelihatan langsung rupa seseorang kerana tidak hadir, tidak pernah muncul (di kalangan orang, kawan, dsb); 2. ki bahagian depan sesuatu benda, muncung: ~ kapal terbang; ~ belang (putih) ki (bkn lelaki) yg sangat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi ki sombong dan megah; ~ dicium, pipi digigit prb kasih sayang yg pura-pura sahaja; ~ sudah rampung diatur prb orang bodoh yg sombong tidak sedar dirinya dibodohkan orang; ~ tak mancung pipi tersorong-sorong prb orang yg tidak turut campur yg menjadi susah, yg patut bersusahan berdiam diri; beroleh (mendapat) ~ panjang prb mendapat malu; menguak-nguak bagai ~ gajah prb bernafas terngah-ngah; potong ~ rosak muka prb orang yg berlaku kurang baik terhadap keluarganya sendiri akan mendapat malu juga; rasa tak mengapa ~ dikeluani prb orang yg membiarkan dirinya dibodohkan orang; spt beranak besar ~ prb orang yg gemar memperlihatkan barangnya yg baru; spt kerbau dicucuk (diatur) ~nya prb orang bodoh yg menurut perintah orang; berhidung mempunyai hidung; ~ belang mempunyai sifat suka mengganggu orang perempuan; ~ tinggi a) mempunyai hidung yg tinggi (mancung); b) mempunyai sifat sombong dan megah; menghidung 1. = kehidung-hidungan mengucapkan sesuatu dgn sengau; 2. selalu menurut saja (kemahuan orang dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersorong | 1. dapat disorong, terdorong, tertolak: maka disuruh baginda sorong, empat lima puluh orang tiada ~; 2. Mn terlanjur atau terlepas (kata dll); bajak sudah ~ ke bencah prb sudah tidak dapat ditarik kembali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |