tertelan | sudah ditelan; menelan dgn tidak sengaja: Budak itu ~ tulang ikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tertelan | 1. sudah ditelan, dgn tidak sengaja ditelan; 2. dapat ditelan: ubat itu tidak ~ olehnya kerana sangat pahit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertelan | sudah ditelan; menelan dgn tidak sengaja: Budak itu ~ tulang ikan. | Kamus Pelajar |
telan; menelan | tertelan sudah ditelan; menelan dgn tidak sengaja: Budak itu ~ tulang ikan. | Kamus Pelajar |
melembung | menjadi besar kerana berisi angin (air dll): Perut budak yg mati lemas itu ~ kerana banyak tertelan air. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemuntahan | perihal (proses atau perbuatan) memuntahkan: di Malaysia, kaedah ~ yg sela-mat bagi mengeluarkan racun yg tertelan mungkin masih belum dapat dilakukan di rumah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lembung | ; melembung menjadi besar kerana berisi angin (air dll): Perut budak yg mati lemas itu ~ kerana banyak tertelan air. melembungkan mengisi sesuatu dgn angin atau air sehingga melembung; menjadikan melembung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
telan | ; menelan 1 memasukkan sesuatu ke dlm perut melalui kerongkongan: Sebelum ~, kita hendaklah mengunyah makanan lumat-lumat. 2 memakan mangsanya dgn tidak dikunyah (ttg ular dll): Bagai cacing hendak ~ naga. 3 menggunakan banyak-banyak (ttg belanja dll): Pembinaan jambatan itu telah ~ belanja dua juta ringgit. tertelan sudah ditelan; menelan dgn tidak sengaja: Budak itu ~ tulang ikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
muntah | 1. keluar kembali drpd mulut (barang yg dimakan dll): maka terkadang-kadang ~lah ia sebab banyak meminum air masin itu; 2. = muntahan apa-apa yg keluar kembali melalui mulut; 3. turun atau luntur (warna kain); ~ belalah mengeluarkan muntah dgn banyak; ~ berak sering muntah-muntah dan berak (kerana penyakit taun); ~ darah mengeluarkan darah dr mulut; ~ kedarah bk makan; menjilat ~ sendiri prb apa yg telah ditolak (dicacat) diterima lagi; memuntahi mengeluarkan muntah dan mengenai sesuatu: ia ~ katilnya; memuntahkan 1. mengeluarkan muntah (apa yg sudah di dlm perut): ia ~ kembali apa yg telah dimakannya; 2. mengeluarkan apa yg ada di dlm mulut, meluahkan: setelah diku-nyah-kunyah, dimuntahkan kembali sirih itu; 3. ki mengeluarkan banyak-banyak: kedua-dua kapal terbang itu ~ peluru dr mesingannya yg menggerutup menuju sasarannya; ~ isi perut bk mengeluarkan perasaan hati; pemuntahan perihal (proses atau perbuatan) memuntahkan: di Malaysia, kaedah ~ yg sela-mat bagi mengeluarkan racun yg tertelan mungkin masih belum dapat dilakukan di rumah; pemuntah (ubat dsb) yg menyebabkan muntah: agen ~ ialah ubat yg sengaja diberikan supaya pesakit itu muntah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telan | ~ batu prb menyembunyikan rahsia; menelan 1. memasukkan (makanan dll) ke dlm perut melalui kerongkong: makanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah ditelannya; 2. memakan mangsa dll, melulur: ular itu kononnya sangat besar dan boleh ~ seekor kerbau; 3. ki memakai banyak-banyak (perbelanjaan dll), banyak memakan atau menggunakan: utk mengundang manusia seramai itu pun sudah ~ belanja yg besar juga; 4. ki mengambil sesuatu secara gelap atau haram (makan suap dll): sebahagian wang ini ditipu dan ditelan oleh pegawai-pegawai yg bertanggungjawab dlm lapangan sosial; 5. ki menerima sesuatu yg tidak menyenangkan (spt kekalahan dll): walau bagaimanapun orang Melayu terpaksa ~ kecaman yg sebegitu pedas; 6. menguasai (negeri dll), menakluki: dia memberitahu kerajaan bahawa orang asing itu akhirnya akan ~ Jepun; 7. ki menguasai, menghapuskan, melenyapkan: sesungguhnya itu satu lagi warisan budaya yg patut sama-sama dipelihara agar tidak pupus begitu sahaja ditelan zaman; hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar prb berhadapan dgn sesuatu masalah yg sangat sulit, berada dlm keadaan yg serba salah; tertelan 1. sudah ditelan, dgn tidak sengaja ditelan; 2. dapat ditelan: ubat itu tidak ~ olehnya kerana sangat pahit; penelanan perbuatan (proses dsb) menelan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |