tenggek | /ténggék/; bertenggek, menenggek 1 duduk atau bertinggung di tempat yg agak tinggi (spt burung di dahan); bertengger: Burung-burung itu ~ di dahan. 2 terletak miring (ttg songkok di atas kepala dll). menenggekkan meletakkan sesuatu di tempat yg agak tinggi. tertenggek 1 (dgn) tiba-tiba bertenggek. 2 terletak di tempat yg agak tinggi. 3 terletak miring atau terletak senget sebelah. tenggekan tempat bertenggek. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tenggek I | (ténggék) ; bertenggek, menenggek 1. duduk di tempat yg agak tinggi (burung di atas dahan dll): dia duduk bertenggek di atas anak tangga utk melepaskan lelahnya; 2. terletak miring (topi di kepala dll), teleng, senget: songkok hitam drpd baldu yg mahal harganya menenggek di atas kepalanya; 3. ki sentiasa menumpang dll pd orang lain, menebeng; menenggekkan meletakkan sesuatu di atas tempat yg agak tinggi: balang itu ditenggekkannya di penjuru lambur; tertenggek 1. dgn tiba-tiba bertenggek; 2. terletak di tempat yg tinggi; 3. terletak senget sebelah, terteleng: di kepalanya ~ songkok hitam; tenggekan, penenggek tempat bertenggek, tenggeran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertenggek | 1 (dgn) tiba-tiba bertenggek. 2 terletak di tempat yg agak tinggi. 3 terletak miring atau terletak senget sebelah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tertenggek | 1. dgn tiba-tiba bertenggek; 2. terletak di tempat yg tinggi; 3. terletak senget sebelah, terteleng: di kepalanya ~ songkok hitam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertenggek | 1 dgn tiba-tiba bertenggek; terletak di tempat yg tinggi. | Kamus Pelajar |