tertib | 1. peraturan yg baik dan telah ditetapkan, aturan (yg harus dipatuhi); tata~ peraturan-peraturan yg mesti dipatuhi; 2. mengikut peraturan, teratur dan rapi: segala sesuatu berjalan dgn ~; 3. dgn sopan santun, dgn majlis, dgn sepatutnya: sangat ~nya barang kelakuannya; ~ acara a) peraturan mengenai segala sesuatu yg bertalian dgn perbincangan dlm mesyuarat dll; b) acara, agenda; ~ hukum Id aturan yg berkaitan dgn undang-undang; ~ nikah aturan dlm nikah; ~ sembahyang aturan dlm sem-bahyang; ~ sopan sopan santun; bertertib mengikut tertib, teratur, sopan: apabila sampai ke rumah Pawang Dolah kau semua hendaklah duduk ~, bersopan santun; menertibkan menjadikan tertib, mengatur, merapikan: kpd tenteralah orang kampung menoleh guna ~ hukum; ketertiban 1. peraturan (dlm masyarakat dll), aturan: atas nama ~ rumah makan ini, engkau kuusir; 2. = adat ~ kelakuan yg baik dlm pergaulan, kesopanan: perbuatan yg kita lakukan demikian adalah melanggar ~ negara timur ini; 3. keadaan yg rapi, kerapian; penertiban perihal menertibkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertib | 1 peraturan yg baik yg patut diturut. 2 mengikut peraturan atau susunan yg telah ditetapkan; teratur dgn rapinya: Segalanya telah berjalan dgn ~. Susun angka ini mengikut ~ nilainya. 3 dgn sopan santun; dgn majlis: Pemuda itu sangat ~ kelakuannya. ~ nikah peraturan dlm nikah. ~ sembahyang peraturan dlm sembahyang. bertertib 1 mengikut peraturan yg ditentukan; teratur. 2 sopan atau santun kelakuannya. menertibkan menjadikan tertib; merapikan. ketertiban 1 peraturan dlm masyarakat dll. 2 kelakuan yg baik; kesopanan. 3 keadaan atau hal tertib. penertiban perbuatan atau hal menertibkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tertib | 1 peraturan dlm masyarakat dll. | Kamus Pelajar |
tertib | 1 mengikut peraturan yg ditentukan; teratur. | Kamus Pelajar |
tertib(order) | 1. Aturan atau giliran unsur dalam suatu siri yang tersusun. 2. Pemberat atau kepentingan yang diberikan kepada suatu kedudukan dalam sistem. 3. Bentuk suatu fungsi matematik. | Kamus Komputer |
tertib | 1 peraturan yg baik yg patut diturut. | Kamus Pelajar |
susila | 1. baik budi bahasanya, beradab, sopan, tertib; 2. = kesusilaan a) adat istiadat yg baik, keadaban, kesopanan: pergaulan aku dgn kau pd ~ bangsaku tidak menjadi kesalahan; b) pengetahuan bkn adab: pendidikan kemasyarakatan dan pendidikan kesusilaan amat erat hubungannya; bersusila bersopan santun, beradab, berakhlak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percakapan | 1 perbuatan atau hal bercakap; perbualan: ~ dan tingkah lakunya sopan dan tertib sekali. 2 apa-apa yg dipercakapkan: ~ mereka melarat dr satu perkara ke satu perkara hingga larut malam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyambut | 1 menerima apa-apa yg diberikan dgn tangan: Dia ~ hadiah itu dgn tertib. 2 menadah atau menangkap apa-apa yg jatuh atau yg dilemparkan: Dia ~ bola itu dgn tenang lalu menyepaknya ke tengah padang. 3 menerima kedatangan pelawat atau tetamu; mengalu-alukan kedatangan orang: Beberapa orang pegawai kanan kerajaan telah pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 4 memberi balasan kpd sesuatu hal (menerima cabaran orang dll): Rakyat telah ~ baik Rancangan Malaysia Kelima. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
percakapan | 1. perbuatan atau hal bercakap; perbualan: ~ dan tingkah lakunya sopan dan tertib sekali. 2. apa-apa yg dipercakapkan: ~ mereka melarat dr satu perkara ke satu perkara hingga larut malam. | Kamus Pelajar |