tersumbat | 1 tertutup dgn sumbat. 2 tertutup atau tersekat sehingga tidak lancar aliran air dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kedip | kelip (bkn mata, lampu, dll), kedipan; berkedip, terkedip tertutup seketika (sesaat) sebelum terbuka semula (bkn mata), berkelip, terkelip; tidak ~ (agak lama) tidak tertutup walau sesaat pun (bkn mata); berkedip-kedip, terkedip-kedip seketika terbuka seketika tertutup (bkn mata), pejam celik dgn pantas (bkn mata), seketika terbuka (terang) seketika padam (bkn lampu), berkelip-kelip, terkelip-kelip: matanya ~ apabila disinari cahaya dr lampu suluh itu; lampu-lampu yg menghiasi kedai itu ~; tidak ~ terbuka sahaja agak lama (bkn mata); mengedipkan menutup (mata) seketika (dan membukanya semula), mengelipkan, mengejapkan (mata); kedipan perihal berkedip (mata, lampu), kelipan (mata dll): pondok kecil itu samar-samar juga menerima cahaya drpd ~ lemah pelita itu; kejip. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertutup | 1 sudah ditutup; terkunci: Tingkapnya ~ saja kerana hari hujan. 2 ki tidak bebas; terhad: Pintu rezeki mereka belum ~ lagi. 3 ki bukan utk umum: sidang ~ sidang mesyuarat utk anggota-anggota saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tertutup | 1. tidak terbuka, terkatup, terkunci: sehari-hari ini pintunya ~ sahaja; 2. ki tidak bebas lagi, tidak terbuka utk mendapat atau menerima sesuatu: malangnya ketika demi-kian, peluang bagi mengisi perut telah ~ bagi mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertutup | 3 ki bukan utk umum: sidang ~ sidang mesyuarat utk anggota-anggota saja. | Kamus Pelajar |
tertutup | 2 ki tidak bebas; terhad: Pintu rezeki mereka belum ~ lagi. | Kamus Pelajar |
tertutup | 1 sudah ditutup; terkunci: Tingkapnya ~ saja kerana hari hujan. | Kamus Pelajar |
dedah | ;mendedahkan 1 membuka sesuatu yg tertutup: Dia ~ hidangan itu. 2 menampakkan atau memperlihatkan sesuatu yg sepatutnya tertutup (terlindung): pakaian yg ~ belakang. 3 memecahkan rahsia atau membentangkan perkara-perkara yg tidak diketahui sebelumnya: Polis telah ~ segala kelakuannya yg tidak baik itu kpd hakim. 4 memperkenalkan (memberitahukan) sesuatu perkara dsb: Kita seharusnya ~ hal-hal dunia luar kpd kanak-kanak. terdedah 1 terbuka (bkn pintu, tingkap dsb): Jangan biarkan pintu depan itu ~, nanti dimasuki pencuri. 2 tidak tertutup (bkn makanan, badan dll): Mengapa hidangan ini ~ saja? 3 dpt dipengaruhi oleh: Apabila hubungan diperluas, sesuatu masyarakat itu ~ kpd perkembangan peradaban dlm masyarakat lain. 4 tidak dilindungi: Tugas yg sulit itu ~ kpd bahaya. pendedahan 1 perbuatan atau hal mendedahkan: ~ betis dan paha sudah menjadi lumrah dan perlu disekat. 2 pengenalan kpd sesuatu perkara: ~ murid-murid sekolah kpd perkembangan bahasa Melayu. dedahan sesuatu yg didedahkan; hasil mendedahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyarikataan tertutup(closed captioning) | Paparan sari kata pada skrin televisyen oleh komputer talian tertutup untuk membolehkan orang yang cacat pendengaran membaca apa yang sedang diperkatakan dalam rancangan televisyen atau untuk memaparkan sari kata terjemahan. | Kamus Komputer |
terkelip | tertutup sesaat sebelum terbuka semula (bkn mata), berkedip, terkedip; tidak ~ tidak tertutup (mata) seketika pun (spt mata orang yg sedang merenung sesuatu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |