Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terung I

Puisi
 

Terung ini terung di Jeddah,
     Tiada bercabang cantik lagi;
Tenung ini tenung penyudah,
     Tiadakan balik lagi.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Terung buah bergantung,
     lobak buah berlindung.

Bermaksud :

Ada orang yang menampakkan kekayaannya dan ada pula orang yang menyembunyikannya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terungbeberapa jenis pokok renek atau buahnya (buahnya boleh dimasak sbg sayur), <i>Solanum spp.. i>Kamus Pelajar
pacerimasakan berempah bercampur nanas atau terung dsb yg dibubuhi kerisik dan gula sedikit.Kamus Pelajar
dalcanama sj masakan (gulai daging dsb yg bercampur kacang dal, terung, pisang, kentang dll).Kamus Pelajar
merampai1 membuat bermacam-macam latihan sekolah dll: <i>Sesudah ~ murid-murid disuruh menyemak kerja masing-masing.i> 2 mencampurkan (berbagai-bagai) sayur ke dlm sesuatu masakan:<i> Dia ~ gulai ikan dgn terung, kacang panjang dan buah tamato.i>Kamus Pelajar
rampaicampuran yg berbagai-bagai:<i> bungai> ~ campuran berbagai-bagai bunga dan daun yg harum baunya. merampai 1 membuat bermacam-macam latihan sekolah dll:<i> Sesudah ~ murid-murid disuruh menyemak kerja masing-masing.i> 2 mencampurkan (berbagai-bagai) sayur ke dlm sesuatu masakan:<i> Dia ~ gulai ikan dgn terung, kacang panjang dan buah tamato.i> merampaikan 1 mencampurkan berbagai-bagai bunga. 2 menjadikan (berbagai-bagai jenis) sayur sbg campuran dlm sesuatu masakan. rampaian 1 campuran pelbagai macam (benda). 2 latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah. perampai (berbagai-bagai jenis) sayur yg dicampurkan ke dlm sesuatu masakan.Kamus Pelajar
batas1. bahagian sawah yg ditambak mengelilingi sesuatu petak utk menakung air dan juga tempat berjalan: <i>Ketika orang ramai sibuk menanam padi, kami bermain berlari-larian di atas ~.i> 2. bahagian kebun yg ditambak dan digemburkan tempat pokok-pokok ditanam. <i>Di belakang rumah Ahmad, ada empat baris ~ tempat ia menanam terung, lada, kacang dan bayam.i> 3. garis atau tempat yg menjadi sempadan sesuatu kawasan: <i>Sungai Endau ini menjadi ~ negeri Pahang dgn negeri Johor.i> berbatas ada batasnya; mempunyai batas. berbataskan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg batas; bersempadankan. membatasi 1. menentukan atau menandai batas sesuatu:<i>Ia ~ kawasan rumahnya dgn pagar berduri.i> 2. memisahkan antara satu dgn yg lain; mengantarai: <i>Sungai Bernam ~ negeri Perak dgn negeri Selangor.i> 3. menetapkan banyaknya (jumlahnya); mengehadkan:<i>Kerajaan telah ~ jumlah kereta yg diimport.i> terbatas tidak boleh lebih drpd yg telah ditetapkan; tidak bebas; terhad: <i>Wang perbelanjaan saya ~ pd RM10/- tiap-tiap bulan.i> batasan 1. batas; sempadan. 2. had; sekatan. berbatasan 1. ada atau mempunyai batasan. 2. mempunyai batas (sempadan) yg sama: <i>Rumah saya ~ dgn rumahnya.i> perbatasan batas sempadan: <i>Sepasukan tentera telah dihantar ke ~ Malaysia-Thailand.i> pembatasan perbuatan atau hal membatasi. pembatas sesuatu yg menjadi batas.Kamus Pelajar

Kembali ke atas