terusi | bahan yg berasal drpd tembaga dan berwarna kebiru-biruan (biasanya digunakan utk mengubati penyakit puru dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terusi | sj benda berasal drpd tembaga dan berwarna kebiru-biruan (digunakan utk ubat puru dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tursi | bp terusi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perusi | Jw ark terusi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahi tembaga | karat yg melekat pd tembaga, terusi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahi I | 1. hampas makanan dlm perut (manusia, binatang) yg keluar melalui dubur, najis: ~ anjing; ~ kambing; najis atau ~ itu mengandungi benda-benda yg kasar yg tidak dapat diserap oleh tubuh; 2. berbagai-bagai hampas, karat, kotoran, sisa; 3. ki orang yg ketagihan sesuatu (kerana kebiasaan): ~ judi; ~ air sampah sarap yg mengapung di atas air; ~ angan orang yg suka mengelamun; ~ angin a) awan tipis yg ditiup angin; b) bp borak, obrol, sembang; ~ arak orang yg suka dan kuat minum arak; ~ besi karat pd besi; ~ betina lelaki yg suka berzina; ~ bijih sanga, terak; ~ bintang benda yg kelihatan berkilau spt bintang dan melayang di angkasa utk beberapa ketika; ~ candu a) kotoran yg melekat pd paip penghisap candu; b) orang yg gemar menghisap candu; ~ gergaji serbuk drpd kayu yg digergaji; ~ gigi kotoran yg di celah-celah gigi; ~ hidung hingus kering dlm hidung; ~ ketam sisa kayu yg diketam, tatal; ~ kikir serbuk drpd besi yg dikikir; ~ kuku kotoran hitam di celah-celah kuku; ~ lalat a) tanda hitam bulat pd kulit; b) bintik-bintik hitam pd pakaian; ~ mata kotoran pd mata; ~ minyak a) kerak minyak (kelapa); b) Jh orang yg suka berbohong; ~ rokok orang yg suka (kuat) menghisap rokok; ~ telinga kotoran dlm telinga; ~ tembaga karat yg melekat pd tembaga, terusi; tiada terbuangkan ~ mata dgn empu kaki prb aib sanak saudara kita tentu terpikul oleh kita sendiri juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |