Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tetap;

Puisi
 

Raja Sultan bersarung kuda,
     Buku siap bermain kilarnak;
Anjung yang tetap menjadi legar,
     Dipandang laut berombak tidak.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(75)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tetap3 membuat supaya tetap; menjadikan tetap; mengekalkan.Kamus Pelajar
mantap1. tabah hati, tetap hati (fikiran), tetap setia: orang ~; 2. tidak berubah-ubah, tetap, stabil: langkahnya perlahan dan ~; bahasa kita masih belum mencapai taraf yg ~, masih dlm pembentukan; memantapkan menjadikan mantap (tidak berubah), menjadikan tetap, menstabilkan: penerbitan kamus istilah juga akan ~ isti-lah-istilah yg dicipta; penulis perlu ~ ideanya dlm penulisan karya mereka; kemantapan perihal mantap (tidak berubah, tetap, stabil), kestabilan: satu lagi hakikat yg asas dlm demokrasi di Malaysia ialah wujudnya idea kompromi yg sama menyum-bang ke arah ~ demokrasi itu sendiri; pemantapan perihal (perbuatan, usaha, dsb) memantapkan, proses menjadikan mantap, penstabilan: dlm pd itu, tentu berlaku ~ dan pengayaan, sejajar dgn berkembangnya ba-hasa itu; pemantap sesuatu yg digunakan utk mene­tapkan (menstabilkan) letak sesuatu benda: palang ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
menetapkan3 membuat supaya tetap; menjadikan tetap; mengekalkan.Kamus Pelajar
menetapkan1. membuat supaya tetap (tidak goyah dll), menjadikan tetap (kekal, lestari, dll), mengekalkan: mereka hendak ~ apa yg telah ada; 2. menjadikan tetap (tidak utk sementara), melantik (menerima) sbg pegawai tetap: setelah berkhidmat selama satu tahun, Hamidah telah ditetapkan dlm jawatannya; 3. memberi kepastian (ketentu­an), memastikan, menentukan: harinya mesti­lah ditetapkan utk membicarakan kes itu; 4. membuat keputusan, memutuskan: kami ~ hendak memberi bantuan kpd dua orang murid sahaja; 5. menjadikan tetap (tidak berubah-ubah keadaannya dsb): ~ harga; 6. memilih (melantik, mengangkat) jadi: mesyuarat telah ~ dia jadi wakil rom­bongan tersebut; 7. meneguhkan (hati, janji, dll): oleh itu ia telah ~ hatinya sedia hendak menghadapi untung nasib; 8. memperkuat, memperkukuh: fakir itu tinggal di negeri Samudera ~ akan agama Islam isi negeri itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
langgan; berlanggan membuat pembelian secara tetap (surat khabar, majalah, dll): kami ~ tiga buah surat khabar; berlangganan membeli dgn tetap; mereka sudah lama ~ dgn Wim tentang barang­-barang seludupan; melanggan membeli secara tetap (surat khabar, majalah, dll): boleh dikatakan semua majalah keluaran tanah air dilanggannya; langganan 1. = pelanggan; 2. penjual yg tetap; 3. hubungan jual beli atau urus niaga yg tetap (antara seseorang penjual dgn pembeli yg selalu membeli daripadanya); 4. = wang ~ pembayaran yg tetap (kerana berlanggan); pelanggan 1. pembeli (surat khabar, majalah, dll) yg tetap: makin bertambah ramailah ~nya dan kedainya pun bertambah besar pula; 2. orang (syarikat) dsb yg membayar kpd seseorang spt peguam (pembina dsb) utk mendapatkan atau melakukan sesuatu bagi pihaknya.Kamus Dewan Edisi Keempat
gajiupah yg tetap, bayaran yg tetap utk pekerjaan;hari ~ hari pembayaran gaji; makan ~ bekerja utk mendapat gaji; orang ~ pembantu rumah tangga yg diberi gaji, pembantu rumah, amah; ~ bulan (minggu, hari) upah kerja yg dibayar setiap bulan (minggu, hari); ~ buta gaji yg diterima tanpa bekerja (keras); ~ mati gaji yg telah mencapai tahap terakhir (maksimum) dlm tangga gaji seseorang pekerja: sbg pemimpin persatuan, dia ingin melihat pekerja sektor perkilangan mendapat ~ mati lebih drpd RM1000 sebulan; ~ pokok gaji yg menjadi dasar dgn tiada tambahan elaun dsb; bergaji mendapat gaji: ~ besar;menggaji memberi (membayar) gaji, mengambil sbg pekerja: ia ~ penolongnya sangat rendah; orang-orang Cina lebih suka mengambil saudara-saudara mereka bekerja drpd ~ orang luar;gajian; orang ~ a) hamba, bujang, babu; b) orang pinjaman atau sewaan (dgn kontrak dll); hari ~ hari gaji;penggajian urusan menggaji: majikan perlu mengemukakan permohonan kpd Urusetia P~ Pekerja Asing di kementerian itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
teguh3 tidak berubah imannya dsb; tetap: Dia tetap berpegang ~ pd janji-janjinya.Kamus Pelajar
teguh1 tidak mudah rosak; tahan lama; kuat; kukuh: Barang itu ~ buatannya. 2 tidak mudah terbuka (ttg ikatan); kukuh; erat: Ikatannya tidak begitu ~. 3 tidak berubah imannya dsb; tetap: Dia tetap berpegang ~ pd janji-janjinya. 4 erat (bkn tali persahabatan dsb); rapat: tali persahabatan yg ~. berteguh menguatkan diri: ~ hati dgn teguh hati; menguatkan hati; ~ janji saling berjanji akan menepati sesuatu yg telah dikata­kan. meneguhkan 1 menjadikan te­­­­guh; menguatkan; mengukuhkan: ~ ekonomi negara. 2 memenuhi janji; menepati janji. memperteguh men­jadikan lebih teguh. keteguhan hal atau keadaan teguh; kekukuhan; kekuatan. peneguhan hal atau perbuatan mene­guhkan; pengukuhan. peneguh se­suatu yg meneguhkan: Anak ialah ~ ikatan perkahwinan dlm sesuatu rumah tangga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
langganan1. = pelanggan; 2. penjual yg tetap; 3. hubungan jual beli atau urus niaga yg tetap (antara seseorang penjual dgn pembeli yg selalu membeli daripadanya); 4. = wang ~ pembayaran yg tetap (kerana berlanggan);Kamus Dewan Edisi Keempat
titik tetap(fixed point)Sistem nombor yang mewakili nombor dengan satu set digit yang mempunyai titik asas yang berkedudukan tetap. Misalnya, 679.345 merupakan nombor perpuluhan yang mempunyai titik perpuluhannya di tempat yang tetap.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas