untung ada tuah tiada | ada pendapatan tetapi tidak kaya (kaya tetapi tidak pula terkenal); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tetapi | 1 kata yg digunakan utk menyatakan hal yg berlawanan atau bertentangan: Budak itu pandai ~ malas. 2 namun: Sungguhpun dia tua ~ masih kuat bekerja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tetapi | = akan ~ 1. kata penghubung utk menyatakan hal-hal yg agak berlawanan (bertentangan): budak itu pandai ~ pemalas; dia pemarah ~ hatinya baik; 2. (sungguhpun ...) namun: walaupun tua ~ ia masih kuat berjalan lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liat | 1 lembut tetapi tidak mudah patah atau putus; dpt dilenturkan tetapi tidak patah: ~ betul daging ayam tua ini. 2 likat atau pekat: tanah ~. 3 ist sukar mengeluarkan buih dgn sabun kerana terdapat garam kalsium atau garam magnesium yg larut di dlmnya (bkn air): air ~. keliatan keadaan atau hal liat. ~ air ist keadaan air yg tidak mudah berbuih dgn sabun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelanduk I | sj binatang spt kancil tetapi lebih besar saiznya; jenis-jenisnya: ~ angin, ~ bulu, ~ sendau, dll; ~ dua serupa prb dua orang yg seakan-akan sama rupanya; (bagai) ~ di dlm cerang = ~ dicerang rimba prb gelisah kerana ketakutan (kesusahan); ~(lah) melupakan jerat tetapi jerat tidak melupakan ~ prb orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam; spt ~ terlepas drpd jerat prb perihal terlepas drpd sengsara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tituler | (titulér) IB mempunyai gelaran tetapi tidak menjalankan tugas yg terkandung dlm gelaran tersebut; jenderal ~ bergelar jenderal tetapi bukan pegawai dlm tentera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpaut tidak bertali | a) terikat tetapi tidak dgn tali; b) ki masih belum selesai (sesuatu perkara); c) ki perempuan yg sudah diceraikan tetapi belum menerima surat cerainya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sunat I | mendapat pahala jika dilakukan tetapi tidak berdosa jika ditinggalkan (bkn perbuatan dr segi agama Islam): puasa ~; sembahyang ~. disunatkan digalakkan melakukannya tetapi tidak diwajibkan: Ketika pergi ke masjid, kita ~ memakai bau-bauan yg harum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aktif | 1 giat bekerja atau berusaha: Dahulu dia memang ~ dlm bidang politik, tetapi sekarang sudah bosan agaknya. 2 kuat; bertenaga: Sungguhpun ayahnya sudah berumur tujuh puluh tahun, tetapi masih ~. mengaktifkan membuat supaya menjadi aktif; menggiatkan. keaktifan keadaan atau hal aktif. pengaktifan perbuatan atau hal mengaktifkan. pengaktif sesuatu (bahan dsb) yg mengaktifkan: ~ enzim. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bisul | bengkak yg bernanah dan bermata pd kulit. ~ lada bisul yg kecil tetapi amat sakit. ~ sabut sj bisul yg besar lagi banyak matanya. ~ selinap bisul yg tidak memecah tetapi akan kecut dgn sendirinya. membisul menjadi bisul. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |