tetikus(mouse) | Peranti input komputer yang digunakan sebagai penunjuk untuk mengawal kursor dan untuk memilih objek. Tetikus berbentuk kotak kecil yang biasanya bersambung melalui dawai dengan terminal komputer. Tetikus biasanya mempunyai satu, dua, atau tiga butang pada bahagian kepala tetikus. Butang ini ditekan untuk membuat pilihan objek yang ditunjukkan oleh tetikus pada skrin. | Kamus Komputer |
tetikus optik | tetikus yg menggunakan kaedah optik, spt sinaran inframerah (tidak menggunakan wayar) utk mewujudkan hubungan dgn komputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tetikus optik | sj tetikus yg menggunakan kaedah optik spt sinaran inframerah (tidak dgn menggunakan talian dawai) utk mewujudkan hubungan dgn komputer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyeretan tetikus(mouse dragging) | Tindakan menggerakkan tetikus dari satu kedudukan ke kedudukan yang dikehendaki sambil menekan butang tetikus. | Kamus Komputer |
tetikus optik(optical mouse) | Tetikus yang menggunakan kaedah optik, seperti sinaran inframerah, untuk mewujudkan hubungan dengan komputer, bukan dengan menggunakan talian dawai seperti tetikus biasa. | Kamus Komputer |
penyeretan objek(object dragging) | Pemindahan objek dari satu kedudukan ke kedudukan lain pada skrin yang dilakukan dengan memilih objek tersebut, menekan butang tetikus, dan menggerakkan tetikus ke kedudukan yang dikehendaki. | Kamus Komputer |
butang tetikus(mouse button) | Suis pada tetikus yang ditekan atau diketik untuk memilih objek atau perintah yang perlu dilaksanakan. | Kamus Komputer |
pad tetikus | alas yg digunakan sbg tempat menggerak-gerakkan tetikus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pad tetikus(mouse pad) | Bahan alas yang digunakan sebagai tempat menggerak-gerakkan tetikus. | Kamus Komputer |
fungsi tetikus(mouse function) | Fungsi atur cara yang boleh dilakukan melalui penggunaan tetikus. | Kamus Komputer |