Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1. sampai (di), datang: apabila kereta api ~ di stesen itu ramai penumpang yg turun; mereka sedia menerima sebarang bahaya yg akan ~; 2. sudah sampai (waktu dll), sudah mulai: setelah ~lah masanya; kalau ~ musim lada itu bukan buatan ramainya orang berjual beli; setiba sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba: ~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangun­an UMNO; ketibaan perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di Madinah disambut dgn sangat meriahnya. tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka, dgn men-dadak, sekonyong-konyong: sebuah kereta berhenti dgn ~ di hadapan mereka; hujan turun dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1 sampai di sesuatu tempat: Rombongan itu ~ di Bandung pd pukul tiga petang. 2 sudah sampai musimnya, waktunya dll: Musim kemarau sudah ~. ketibaan hal sampai atau hal tiba di: ~ baginda disambut dgn penuh istiadat. setiba sebaik-baik tiba di; seketika selepas tiba; sesampai: ~nya di hotel, dia pun menelefon abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : ; tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka; sekonyong-konyong: Ia melo­long dgn ~ spt orang ketakutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiba (kata kerja)
Bersinonim dengan sampai, datang, mari, muncul, timbul, terpacul, terjengul;,
Kata Terbitan : setibanya, ketibaan,

Puisi
 

Orang pulang ke negeri China,
     Tiba di luar air ditimba;
Dagang di rantau terbaring merana,
     Menunggu maut menjemput tiba.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tersimbur1. tersimbah (tersembur) dgn tiba­tiba, tiba-tiba menyimbur, terpercik: tergeger kena rebas, ~ kena percik; 2. ki tersirap (darah), naik marah, dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
top-topbp alih-alih, sekonyong-konyong, tiba-tiba; ~ kena roboh tiba-tiba kena roboh.Kamus Dewan Edisi Keempat
kena cederaMn a) didatangi musuh dgn tiba-tiba, digeledah dgn tiba-tiba; b) dianiayai (dicelakakan) orang; c) menderita kerana pekerjaan berat dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
munculkeluar tiba-tiba, datang menampakkan diri, terbit, timbul: tiba-tiba ketika itu ~ Dang Kenanga membawa sehidangan kopi; bermunculan muncul dgn banyak: di langit bersih ~lah bintang-bintang; memunculkan menampakkan, menerbit­kan, menimbulkan: matahari belum ~ diri dr selimut mendung; kemunculan perihal muncul: ~nya di dlm majlis itu memeranjatkan mereka; pemunculan proses menjadikan sesuatu, penjelmaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sentap; menyentap menarik kuat-kuat dgn tiba-tiba; menyentak. sentapan tarikan yg kuat dan tiba-tiba; sentakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terpandang1 dpt dilihat; kelihatan; tampak: Tiba-tiba ~ olehku ular sawa melulur kambing. 2 tidak sengaja atau tiba-tiba saja memandang: Apabila keluar dr biliknya, ia ~ akan seorang gadis yg cantik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dadak I; mendadak (dgn) tiba-tiba, (dgn) tidak disangka-sangka, (dgn) serta-merta: ia ber­angkat dgn ~; perubahan ~; ~ sontak sangat tiba-tiba, serta-merta.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyergap1. menyerang (menyer­bu, menerpa, dll) dgn tiba-tiba dan meme-ranjatkan: musuh yg hendak ~; 2. mendatangi dgn tiba-tiba dan memeranjatkan (utk me-nangkap dll), menyerbu: tempat judi itu disergap polis; 3. menyergah;Kamus Dewan Edisi Keempat
perang gerilapeperangan tidak rasmi yg dilakukan secara tiba-tiba dan bersembunyi-sembunyi. 2 orang yg menjalankan peperangan tidak rasmi secara tiba-tiba dan bersembunyi-sembunyi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sergap; menyergap 1. menyerang (menyer­bu, menerpa, dll) dgn tiba-tiba dan meme-ranjatkan: musuh yg hendak ~; 2. mendatangi dgn tiba-tiba dan memeranjatkan (utk me-nangkap dll), menyerbu: tempat judi itu disergap polis; 3. menyergah;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas