berharga | 1. mempunyai harga, harganya: kereta barunya ~ RM28 000; 2. berfaedah, bermanfaat, tinggi nilainya, penting: pokok jati menghasilkan kayu yg sangat ~; tidak ~ tidak berguna (tidak penting); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sempelah | 1. hampas, keladak, semperah: ~ kelapa; ~ tebu; 2. ki tidak berguna (orang), sampah masyarakat; anak ~ anak yg tidak berguna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lahabau | bk kata makian yg bermaksud tidak berguna, tidak boleh diharap, haprak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sia-sia | 1. tidak berguna, tidak bermanfaat, tidak mendapat apa-apa hasil, percuma, sesia: membuang wang dgn ~; ~ berbuat baik kpd orang yg tidak berbudi; dia tidak membuang masanya dgn ~; 2. kurang berhati-hati (ketika melakukan sesuatu), dgn sembarangan sahaja: menuduh orang dgn ~ sahaja; ~ hutang tumbuh prb jika terlalu berani membuat sesuatu, akhirnya hutang akan bertimbun; ~ negeri alah prb pekerjaan yg dilakukan dgn kurang hati-hati itu akan mendatangkan bahaya dan kerugian; bersia-sia tidak berguna, percuma; mensia-siakan 1. menjadikan (menganggap) sia-sia, tidak mahu mempergunakan, menganggap enteng, membuang-buang (wang, tenaga, dll) dgn percuma: sayang hari mudamu kausia-siakan dgn menunggu orang yg telah meninggalkan engkau; mereka sanggup ~ umur kerana mencari-cari guru atau imam yg maksum; 2. tidak mengendahkan atau mempedulikan (janji, kewajiban, dll), mengecewakan (harapan dll), mengabaikan: aku tidak akan ~ kau apabila kau jadi isteriku; ~ hidup merosakkan hidup; ~ nyawa a) membuang nyawa dgn sia-sia; b) merosakkan hidup; ~ umur menjadi tua dgn tidak menghasilkan apa-apa; tersia-sia tidak berguna: kerana tidak mendapat pelajaran dan latihan yg sempurna, banyak anak muda kita yg ~ hidup mereka; kesia-siaan hal yg sia-sia: sudah ngeri hamba mengira-ngirakan ~ hamba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampah | 1 benda-benda yg dibuang (kerana tidak digunakan lagi) atau yg tidak dikehendaki (spt kertas kotor, daun kering). ~ sarap bermacam-macam jenis sampah. 2 sesuatu yg tidak berharga atau yg tidak berguna. ~ dunia (masyarakat) orang yg hina dan tidak berguna kpd masyarakat. menyampah 1 spt sampah rupanya kerana terlalu banyak atau tidak berguna. 2 ki berasa benci atau meluat: Pergi engkau dr sini, ~ aku melihat mukamu. persampahan tempat membuang sampah; timbunan sampah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sampah(garbage) | 1. Maklumat dalam simpanan ingatan yang tidak lagi bermakna atau dikehendaki. 2. Jawapan salah atau hasil yang tidak berguna daripada pengerjaan sesuatu atur cara. Sampah ini mungkin terhasil kerana kegagalan perkakasan atau kerana terdapat pepijat dalam atur cara. 3. Data yang tidak berguna, seperti nilai sementara yang tersimpan dalam ingatan utama, yang dihasilkan oleh atur cara ketika pemprosesan. | Kamus Komputer |
bersia-sia | tidak berguna, percuma; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lancut II | tidak berguna, sia-sia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cabuk | 1 buruk; tidak berguna. 2 nama sj penyakit kulit; pekung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendaun kunyit | ki tidak berguna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |