selu-sela | Kl bekerja dgn gopoh-gapah (tidak berhati-hati). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selu | ; ~-sela Kl bekerja dgn gopoh-gapah (tidak berhati-hati). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lelap kemalingan | prb pekerjaan yg dibuat dgn tidak berhati-hati akan mendatangkan kerugian atau bahaya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lalai | 1 tidak berhati-hati atau tidak bersungguh-sungguh melakukan sesuatu: Ketika memandu, janganlah ~, nanti berlanggar. | Kamus Pelajar |
memperkarakan | 1. menjadikan perkara, membawa ke mahkamah supaya diadili: kalau kita tidak berhati-hati dan melanggar undang-undang kita boleh diperkarakan; 2. menjadikan perselisihan (pertengkaran, pergaduhan), mempertengkarkan, mendebatkan: tidak ada gunanya kita ~ hal itu, lebih baik kita lupakan sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengawang | 1. naik tinggi-tinggi (ke udara); melangit. 2. tidak menentu dan bukan-bukan (ttg apa-apa yg ada dlm ingatan dsb): fikirannya ~ memikirkan yg bukan-bukan; berkhayal. 3. tidak berhati-hati (ketika melakukan sesuatu): Kalau menembak, bidiklah baik-baik, jangan ~ saja. | Kamus Pelajar |
lalai | 1. tidak berhati-hati atau tidak bersungguh-sungguh melakukan sesuatu:Ketika memandu, janganlah ~, nanti berlanggar. 2. terlalu asyik akan sesuatu sehingga terlupa atau tidak sedar akan hal-hal lain; leka. berlalai-lalai 1. tidak memperhatikan; tidak menghiraukan. 2. berlengah-lengah dgn sengaja; berlambat-lambat. melalaikan tidak mengambil berat (ttg); tidak menghiraukan:Dia tidak pernah ~ suruhan-suruhan suaminya. memperlalaikan 1. berbuat sesuatu supaya orang lain menjadi lalai (lupa, tidak sedar dsb); menyebabkan orang lain berlalai-lalai:Utk ~ mangsanya, pencuri tsb telah menggunakan ilmu pukau. 2. mengundurkan atau melewatkan sesuatu maksud (niat dsb). 3. menghibur hati. terlalai 1. tidak teringat akan kerja (tugas dll); terbiar. 2. tidak sedar lagi (spt tertidur); nyedar:Anaknya ~ di pangkuannya. kelalaian keadaan atau sifat lalai. pelalai 1. orang yang lalai. 2. jampi atau ubat utk melekakan atau utk memperlalaikan. | Kamus Pelajar |
lelap | 1. nyedar (tidur), lena, nyenyak: tidur tak ~ makan tak kenyang; 2. tidak ada lagi, hilang, lenyap, lesap: harta pusaka yg diwarisinya sekarang telah ~ belaka; 3. tidak dapat ditebus kembali kerana sudah lewat masanya (barang gadaian); 4. beku (minyak); ~ kemalingan prb pekerjaan yg dibuat dgn tidak berhati-hati akan mendatangkan kerugian atau bahaya; melelapkan mengejapkan (mata): baru ia hendak ~ mata, sudah tersentak mendengar suara bising; terlelap tertidur, terlena: kira-kira pukul tiga lewat barulah ia ~ dgn nyenyaknya; pelelap orang yg kuat tidur, penidur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hati II | ; hati-hati berhati-hati; berhati-hati memberi perhatian (pertimbangan dsb) yg teliti (sewaktu melakukan sesuatu), berawas-awas, beringat-ingat, hemat, waspada: haruslah ~ memilih suami; dia sentiasa cermat dan ~; memperhatikan memerhatikan; perhatian perihal menumpukan pandangan (fikiran dsb) pd sesuatu, minat (dan reaksi atau layanan): mereka memberikan sepenuh ~ pd pelajaran; semenjak diterbitkan, buku ini mendapat ~ ahli-ahli bahasa; menarik ~ menimbulkan minat (dan reaksi); mengambil ~ mempedulikan; ~! ~! (seruan) minta supaya diberi perhatian pd apa yg akan dicakapkan (diumumkan dsb); pemerhatian perihal memerhatikan, usaha, dsb memerhatikan atau mengamati sesuatu: setelah diperbuat ~ dan percubaan diketahuilah asal usul penyakit itu; ~ jenis (Tani) pengamatan, dll yg dilakukan utk menentukan hasil baja (yg terbaik dll); pd ~ saya berdasarkan apa yg sudah saya perhatikan atau amati;pemerhati 1. orang yg mengikuti perkembangan sesuatu: ~ politik yg objektif akan menyetujui Perdana Menteri; 2. orang yg menghadiri persidangan dsb tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
awang II | awang-awang, awang-awangan ruang di antara langit dgn bumi; angkasa. mengawang 1. naik tinggi-tinggi (ke udara); melangit. 2. tidak menentu dan bukan-bukan (ttg apa-apa yg ada dlm ingatan dsb): fikirannya ~ memikirkan yg bukan-bukan; berkhayal. 3. tidak berhati-hati (ketika melakukan sesuatu): Kalau menembak, bidiklah baik-baik, jangan ~ saja. | Kamus Pelajar |