Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kelabu1. warna spt abu; 2. ki suram, tidak ceria: perasaannya tetap ~; mengelabui = ~ mata ki menyelindungkan keburukan (kecurangan dll) drpd pengeta­huan umum, mengelirukan atau menyesatkan perhatian orang (dgn menggunakan mus­lihat), mengabui (mata), memperdaya, me­nipu: memang ada cara-cara utk ~ orang-orang asing sehingga mereka tidak dapat menangkap apa yg dimaksudkan; mengelabukan menjadikan berwarna kelabu, mewarnai dgn warna kelabu; kekelabuan keadaan kelabu; kekelabu-kelabuan seakan-akan warna ke­labu, agak kelabu: cerobong asap berwarna coklat tua dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
ceria I1. bersih dan cantik (indah) (ruang atau kawasan tertentu): ruang pejabat kelihatan ~ setelah dihiasi dgn pokok bunga; 2. riang, gembira (perwatakan): dia begitu ~ hari ini setelah lulus dgn cemerlang dlm peperiksaan tersebut; 3. menarik (pakaian dll): pakaian yg dipakainya kelihatan ~ sesuai dgn tubuh badannya yg langsing; 4. sl tidak bernoda, suci, murni; menceriakan 1. menjadikan sesuatu (ruang atau kawasan tertentu) ceria, membersihkan dan mencantikkan (mengindahkan): para pelajar diarah ~ bilik darjah semasa kempen kebersihan berlangsung; 2. menyebabkan seseorang kelihatan ceria, meriangkan, meng­gembirakan: kelahiran anak sulungnya ~ kehidupan pasangan yg baru berumah tangga itu; 3. menjadikan sesuatu kelihatan menarik: pakaian para peserta yg beraneka warna ~ pesta kebudayaan yg gilang-gemilang itu; 4. memurnikan, menyucikan; keceriaan perihal (keadaan, sifat) ceria: ~ bilik pejabat; penceriaan proses (perbuatan) menceriakan sesuatu atau seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerah l1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas