vital | penting atau perlu sekali utk hidup, tidak dapat tidak mesti ada, yg amat penting atau amat diperlukan: perusahaan ~ perusahaan yg sangat penting utk orang ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selela-lelanya | sekehendak hatinya, sesuka hatinya: jika dibiarkannya sahaja segala perasaan itu dgn ~, tidak dapat tidak ia memekik-mekik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lela I | (léla) 1. sl tingkah laku yg elok, gerakgeri (tangan dll) yg elok: mereka bersuka ria dgn tepuk tari dan ~; 2. elok (tingkah laku), cegak, lagak, ragam, segak; banyak ~ banyak ragam; muda ~ muda dan segak; ~ bangsawan segak lagi berbangsa; ~ remaja muda lela; selela-lelanya sekehendak hatinya, sesuka hatinya: jika dibiarkannya sahaja segala perasaan itu dgn ~, tidak dapat tidak ia memekik-mekik; berlela berlagak, bergaya, bertingkah; amak ~ amak berupa berbagai-bagai gaya dan rupa; melela menggerak-gerakkan tangan, memperlagakkan diri, menunjuk-nunjuk: maka laksamana pun bangkit berdiri, seraya ~ di hadapan Hang Jebat tertitar-titar; melelakan menggerak-gerakkan (pedang, badan, dll) dgn elok, mempertunjukkan (sikap, gaya, dll) dgn elok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjawab | dapat dijawab; tidak ~ tidak dapat dijawab, tidak dapat diberikan jawabannya atau penjelasannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkaji | dapat diselidiki (diperiksa, diduga); tidak ~ tidak dapat diselidiki, tidak terduga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebal I | 1. tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll), tidak lut: mereka ~, tidak lut oleh senjata; kereta ~; ilmu ~ ilmu yg membuat seseorang itu tidak luka oleh senjata tajam dan tidak dapat ditembusi peluru; 2. tidak boleh didakwa (dituntut) dlm mahkamah: ahli Parlimen ~ selama bersidang di Parlimen; 3. Id tidak dapat dihinggapi penyakit; ~ daging tidak lut; ~ katak puru = ~ kulit nangka kebal kerana kulit menjadi sangat keras; ~ pakan kebal kerana tidak dapat dikenai senjata dll; ~ penimbul (raksa) kebal kerana telah dimasukkan raksa ke dlm badan (dgn dijampi); ~ simpul kebal kerana tidak pecah tembuni ketika dilahirkan; mengebal menjadi kebal; mengebalkan menjadikan kebal; kekebalan 1. perihal tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll): ~ seorang pendekar; 2. (Udg) perihal boleh dilindungi atau dikecualikan drpd sesuatu pendakwaan (hukuman, tindakan dsb), imuniti: mahkamah itu memutuskan bahawa perlembagaan Amerika tidak memberikan apa-apa ~ kpd seorang presiden; ~ raja-raja; ~ diplomatik kebebasan yg diberikan kpd diplomat asing drpd didakwa di mahkamah; ~ raja konsep yg menyatakan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh dibawa terhadap raja kecuali di bawah Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalis I | 1. tidak berkilat atau bersinar (bkn kaca, barang logam, dll, kerana berselaput sesuatu dll), pudar, suram; 2. tidak dapat dimasuki (diserapi) sesuatu (spt air dll): ~ air; ~ gas; 3. tidak dapat (boleh) kena penyakit; ~ air tidak dapat dimasuki air; ~ api tidak boleh terbakar atau dijilat api (bkn pakaian, pintu dsb); ~ bunyi tidak boleh ditembusi bunyi (bkn bilik dsb); ~ cuaca tidak mudah rosak apabila terdedah kpd cuaca (bkn cat dsb); ~ debu tidak boleh dimasuki atau dilekati debu (bkn bilik, peralatan elektronik dsb); ~ gas tidak dapat dimasuki gas; ~ jais tidak dapat menerima ajaran atau nasihat; ~ karat tidak dapat dimakan karat, biasanya disaluti bahan pencegah karat; ~ peluru tidak boleh ditembusi peluru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mungkir | 1. tidak mengakui, tidak mengiakan, menafikan, menyangkal, ingkar: ia tidak dapat ~ kerana perbuatannya diketahui orang; 2. tidak setia, tidak patuh, tidak taat: ia tidak ~ dan tidak ingkar perintah Mem-pawah; 3. tidak menepati (janji dll), menolak perjanjian: sekali kita ~ janji maka orang tidak akan mudah mempercayai kita lagi; 4. salah, keliru; tidak ~ a) tidak salah, tidak keliru; b) manjur (ubat dll), mujarab; memungkiri 1. tidak mengiakan, menyangkal, mengingkari: kalau saya ~nya maka saya akan menerima kutukan daripadanya; 2. tidak mematuhi, tidak mentaati: maka ter-ingat olehnya titah permaisuri, maka takut ia ~nya; 3. tidak menepati (janji dll): kalau roboh kota Melaka barulah aku ~ janji; 4. menjauhkan diri drpd (perbuatan yg keji dll); kemungkiran perihal (perbuatan) mungkir: ~ dlm menunaikan janji-janjinya; pemungkiran perihal atau perbuatan memungkiri; pemungkir orang yg memungkiri janji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkuasai | ; tidak ~ tidak dapat dikuasai (dikendalikan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkuasa | ; tidak ~ tidak dapat dikuasai (dikendalikan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |