Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Pergi ke kedai membeli arang,
     Bawa dapur memasak kerang;
Apa guna harimau garang,
     Kalau tidak memakan orang.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jinak1. tidak liar (buas, garang, galak, dll): binatang yg ~; 2. bp tidak takut-takut (malu-malu, segan-segan, dll), ramah: perempuan yg ~; 3. Id tidak bersemangat, tidak revo­lusioner; ~-~ lalat seseorang yg bercampur dgn orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra; ~-~ merpati perempuan yg ke­lihatannya ramah dan mudah didapat, tetapi apabila didekati menjauhkan diri; berjinak-jinak 1. = berjinak-jinakan be­ramah-tamah, bergaul dgn ramah; 2. ki mengadakan hubungan (pertalian dsb) dgn, bermesra: lambat laun mereka akan mula ~ dgn kedai-kedai lain; semakin hari semakin ramai orang ~ dgn puisi dan madah; menjinaki menegur dgn ramah-tamah, be­ramah-ramah dgn; menjinakkan, memperjinak 1. membuat (melatih dll) supaya jinak: sejak zaman purbakala manusia sudah pandai ~ bina­tang; 2. berusaha supaya menjadi ramah: mereka nampaknya berebut-rebut ~ diri mereka; kejinakan perihal (sifat atau keadaan) jinak: kami leka dgn ~ burung-burung itu; penjinakan perbuatan (usaha dsb) men­jinakkan (binatang): mengikut kajian sejarah, ~ binatang yg ada sekarang ini ke­banyak­annya berlaku di benua Asia dan Eropah; penjinak orang yg menjinakkan binatang.Kamus Dewan Edisi Keempat
perustidak peramah, bengis (garang, kasar), perungus.Kamus Dewan Edisi Keempat
galakmempunyai tabiat suka melawan serta menyerang (bkn binatang); buas dan ganas; garang: ~ benar anjing engkau ini. menggalak menjadi galak atau suka berlawan; menjadi garang: Anjing itu ~ apabila melihat orang yg tidak dikenali menghampiri rumah tuannya. menggalakkan 1 menjadikan galak; membangkitkan kemarahan: ~ ayam sabungan berlaga. 2 memberi semangat atau dorongan supaya terus maju dll: Ibunya ~ dia melanjutkan pelajarannya hingga ke universiti. galakan semangat atau dorongan yg diberikan supaya terus maju dll; sokongan dr segi moral: Salah satu sebabnya anak-anak bangsa kita lemah dlm pelajaran adalah kurang mendapat ~ drpd ibu bapa mereka. penggalak 1 orang yg menggalakkan (memberi semangat atau dorongan); pendorong: Kakaknyalah yg menjadi ~ baginya utk mencapai cita-citanya. 2 bahan kimia, ubat dll yg dpt meninggikan hasil, mempercepat percambahan dll: Mereka menggunakan bahan ~ utk menambah pengeluaran susu getah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
galakmempunyai tabiat suka melawan serta menyerang (bkn binatang); buas dan ganas; garang: ~ benar anjing engkau ini. menggalak menjadi galak atau suka berlawan; menjadi garang:Anjing itu ~ apabila melihat orang yg tidak dikenali menghampiri rumah tuannya. menggalakkan 1. menjadikan galak; membangkitkan kemarahan: ~ ayam sabungan berlaga. 2. memberi semangat atau dorongan supaya terus maju dll: Ibunya ~ dia melanjutkan pelajarannya hingga ke universiti. galakan semangat atau dorongan yg diberikan supaya terus maju dll; sokongan dr segi moral: Salah satu sebabnya anak-anak bangsa kita lemah dlm pelajaran ialah kurang mendapat ~ drpd ibu bapa mereka. penggalak 1. orang yg menggalakkan (memberi semangat atau dorongan); pendorong: Kakaknyalah yg menjadi ~ baginya utk mencapai cita-citanya. 2. bahan kimia, ubat dll yg dpt meninggikan hasil, mempercepat percambahan dll: Mereka menggunakan bahan ~ utk menambah pengeluaran susu getah.Kamus Pelajar
menggalakmenjadi galak atau suka berlawan; menjadi garang: Anjing itu ~ apabila melihat orang yg tidak dikenali menghampiri rumah tuannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bengkeng(béngkéng) bengis, garang, pemarah: guru baru itu ~ orangnya; membengkengi memarahi, mencela; anak sendiri disayangi, anak tiri dibengkengi prb tidak adil (menguntungkan orang yg disayangi);kebengkengan perihal (sifat) bengkeng, kebengisan, kegarangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggalakmenjadi galak atau suka berlawan; menjadi garang: Anjing itu ~ apabila melihat orang yg tidak dikenali menghampiri rumah tuannya.Kamus Pelajar
lembut1. tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit.Kamus Dewan Edisi Keempat
bentuk1. lengkung, lentur: ~ busur panah; pedang ~; 2. penjodoh bilangan utk barang yg melengkung: se~ cincin; 3. bangun, rupa, perawakan: api begitu garang hingga jelas ternampak ~ tubuh orang itu; 4. cara, gaya, corak, susunan: ~ dan gaya penulisan serta bahasa kurang diperhatikan; ~ pemerintahan; membentuk 1. melengkung, melentur: ~ spt kail; 2. menjadikan atau membuat supaya melengkung; 3. menjadikan sesuatu mengikut bentuk yg tertentu, membuat sesuatu dgn bentuk atau rupa yg tertentu; 4. membuat, mendirikan, menubuhkan, menyusun: ~ kata terbitan yg baru; ~ syarikat kerjasama; ~ kabinet baharu;terbentuk dibentuk: batu-batu spt batu kapur dan batu pasir menyebabkan ~nya bukit-bukit; tidak ~ tidak terdidik, tidak terajar;bentukan sesuatu yg sudah dibentuk; kata ~ Id kata terbitan, kata buatan (baru); pembentukan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membentuk: ia berazam utk mengambil peranan dlm ~ masyarakat baru; pembentuk orang atau alat yg membentuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
galak I1. berangsang, ganas, garang, suka melawan: anjing yg ~; 2. kuat dan memuncak (bkn tangisan): ngongoi Mak Esah semakin ~ jadinya: 3. tidak berhenti dan giat (melakukan sesuatu), sangat giat (aktif): kameranya ~ merakam; kegiatan kongsi gelap tidak se~ dulu; 4. Kl gembira, ria; 5. Kd, Pn mempunyai sifat-sifat tidak bermalu (bkn lelaki suka mengusik perempuan dsb, bkn perempuan suka bergaul bebas dgn lelaki dsb), gatal;menggalak menjadi galak (berangsang, ganas, dll), menjadi sangat marah (berani dsb); menggalakkan 1. membangkitkan marah: ~ ayam sabungan; 2. memberi semangat, memberi dorongan: tunangannya ~ dia melanjutkan pelajarannya;galakan dorongan, desakan: ia memberi ~ kpd belia supaya menjadi ahli sukan;penggalakan perihal atau perbuatan menggalakkan: mereka membincangkan ~ industri kecil;penggalak orang yg menggalakkan (memberi semangat, mendorong): raja-raja menjadi penaung, ~ dan peminat bahasa dan kesusasteraan; ~ akar bahan kimia utk membanyakkan akar.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas