regang | tidak kendur, kencang, tegang (tali yg ditarik, kain yg direntangkan, dll); beregang-regang 1. merentang-rentangkan anggota badan utk bersiap-siap (hendak bertumbuk dll); 2. = berseregang, bersiregang berkeras-kerasan, bertegang-tegangan, berkelahi; berseregang mulut bertengkar, berbantah keras; meregang 1. menjadi tegang (tidak kendur): dawai telefon mengendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk; bengkak ~; 2. merebut dgn paksa, menarik, menyentak, merenggut; merebut ~ merebut dgn paksa; ~ badan menarik-narik badan (hampir mati); ~ diri menegang-negangkan diri (kerana kesakitan dll); ~ hidupnya sengsara hidupnya; ~ jiwa (nyawa) hampir-hampir mati; ~ telinga menarik (memilin) telinga; meregangkan menjadikan regang, menarik supaya regang, menegangkan (tali dll), membentangkan (kain dll) tegang-tegang, menghulurkan (kaki, tangan) tegang-tegang: dia ~ kedua-dua belah tangannya; teregang diregangkan, menjadi regang: dawai yg ~ di dlm kamar; regangan sesuatu yg regang, tegangan; keregangan keadaan regang, ketegangan; peregangan perihal (perbuatan) meregangkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
regang | tidak kendur (bkn tali yg ditarik atau kain yg direntangkan dll); tegang. meregang menjadi regang atau tegang. Dawai telefon mengendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk. meregangkan menarik supaya regang; membentangkan tegang-tegang; menghulurkan tegang-tegang (bkn kaki atau tangan): Ia ~ kedua-dua belah tangannya. regangan sesuatu yg diregangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
regang | tidak kendur (bkn tali yg ditarik atau kain yg direntangkan dll); tegang. meregang menjadi regang atau tegang. Dawai telefon mengendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk. meregangkan menarik supaya regang; membentangkan tegang-tegang; menghulurkan tegang-tegang (bkn kaki atau tangan): Ia ~ kedua-dua belah tangannya. regangan sesuatu yg diregangkan. | Kamus Pelajar |
kencang | 1 tidak kendur (bkn tali dll yg diregangkan); tegang; terik: Tali itu direntangkan ~-~. 2 laju (bkn ribut dll); cepat: Angin bertiup ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meregang | 1. menjadi tegang (tidak kendur): dawai telefon mengendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk; bengkak ~; 2. merebut dgn paksa, menarik, menyentak, merenggut; merebut ~ merebut dgn paksa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kencang | 1. tidak kendur (bkn tali dll yg diregangkan); tegang; terik: Tali itu direntangkan ~-~. 2. laju (bkn ribut dll); cepat: Angin bertiup ~. | Kamus Pelajar |
sering I | 2 tidak kendur (bkn tali yg diregangkan, kulit dll); tegang. | Kamus Pelajar |
kencang I | 1. tegang (spt tali yg direntang), tidak kendur; angin ~ kelat angin yg keras tiupannya (hingga mempertegang tali kelat); 2. cepat, pantas, deras, laju: larinya kian ~ dan kian jauh pula ia meninggalkan orang yg mengikutinya; 3. erat-erat, kuat-kuat, teguh: dipeluknya ~; mengencang menjadi kencang (deras, pantas, laju, dsb): hembusan angin semakin ~; kereta kian ~; mengencangkan 1. menjadikan kencang, menegangkan, mengeratkan (ikatan dll), menguatkan (bunyi dll): bunyi radio itu semakin dikencangkan; 2. mencepatkan, melekaskan, melancarkan (perundingan dll); memperkencang 1. memperkuat (bunyi dll), mempererat (ikatan dll); 2. mempercepat, menjadikan lebih lancar (perundingan dll); kekencangan 1. ketegangan; 2. kecepatan, kederasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegang | 1 tidak kendur (bkn tali yg diregangkan dsb); sering; cekang: Wayar telefon kelihatan kendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk. | Kamus Pelajar |
sering I | 1 kemas lagi keras pintalannya (bkn tali, benang dll); kemas lagi rapat tenunannya. 2 tidak kendur (bkn tali yg diregangkan, kulit dll); tegang. menyering 1 memintal tali dll hingga sering. 2 menegangkan sesuatu yg dianyam dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |