keras | 1 kuat lagi kukuh dan tidak mudah pecah atau tidak mudah berubah keadaannya: Keluli lebih ~ drpd besi. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn giat; kuat: Dia terpaksa bekerja ~ utk mengumpulkan wang. 3 bersifat memaksa; tidak bertolak ansur (bkn peraturan dll): Merokok di gudang kertas dilarang ~. 4 kuat dan nyaring (bkn suara, bunyi): Dia bercakap dgn suara yg ~ kpd orang-orangnya. 5 dpt memabukkan (bkn minuman dll); sangat kuat kesannya (bkn ubat dll); rangsang (bkn bau dll): Dia mabuk kerana terlalu banyak minum minuman ~. Terlalu ~ bau gas ini. ~ hati tidak mahu mengikut kata orang; degil. ~ kepala tidak mahu mengalah atau tidak mahu menurut. berkeras tidak mahu mengalah atau tidak mahu bertolak ansur; tidak berganjak dr pendiriannya: Dia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah. mengeras menjadi keras: Agar-agar itu ~ apabila disejukkan. mengerasi 1 bertindak keras terhadap; memperlakukan dgn keras: Anaknya terlalu manja kerana tidak pernah dikerasi. 2 menyuruh dgn paksa; memaksa; menggagahi: Dia tidak suka ~ orang-orang bawahannya. mengeraskan 1 menjadikan keras: Mereka ~ tanah liat itu dgn cara pembakaran. 2 menyaringkan suara; menguatkan usaha dll. memperkeras menjadikan lebih atau bertambah keras. kekerasan 1 perbuatan yg keras; kekuatan: Orang-orang yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah ditangkap. 2 keadaan atau sifat keras; kekuatan; kekukuhan: ~ kulitnya menyebabkan buah itu sukar dikupas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keras | 1. kuat lagi kukuh dan tidak mudah pecah atau tidak mudah berubah keadaannya:Keluli lebih ~ drpd besi. 2. dgn sungguh-sungguh; dgn giat; kuat: Dia terpaksa bekerja ~ utk mengumpulkan wang. 3. bersifat memaksa; tidak bertolak ansur (bkn peraturan dll): Merokok di gudang kertas dilarang ~. 4. kuat dan nyaring (bkn suara, bunyi):Dia bercakap dgn suara yg ~ kpd orang-orangnya. 5. dpt memabukkan (bkn minuman dll); sangat kuat kesannya (bkn ubat dll); rangsang (bkn bau dll):Dia mabuk kerana terlalu banyak minum minuman ~. Terlalu ~ bau gas ini. ~ hati tidak mahu mengikut kata orang; degil. ~ kepala tidak mahu mengalah atau tidak mahu menurut. berkeras tidak mahu mengalah atau tidak mahu bertolak ansur; tidak berganjak dr pendiriannya: Dia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah. mengeras menjadi keras: Agar-agar itu ~ apabila disejukkan. mengerasi 1. bertindak keras terhadap; memperlakukan dgn keras:Anaknya terlalu manja kerana tidak pernah dikerasi. 2. menyuruh dgn paksa; memaksa; menggagahi: Dia tidak suka ~ orang-orang bawahannya. mengeraskan 1. menjadikan keras: Mereka ~ tanah liat itu dgn pembakaran. 2. menyaringkan suara; menguatkan usaha dll. memperkeras menjadikan lebih (bertambah) keras. kekerasan 1. perbuatan yg keras; kekuatan:Orang-orang yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah ditangkap. 2. keadaan atau sifat keras; kekuatan; kekukuhan:~ kulitnya menyebabkan buah itu sukar dikupas. | Kamus Pelajar |
kukuh I | 1. kuat dan tegap buatannya atau binaannya (bkn bangunan, empangan, dll), tahan (tidak mudah runtuh, binasa, rosak, dll): utk meruntuhkan kota yg besar dan ~ itu, terpaksa digunakan bahan letupan; cat ini merupakan satu lapisan pelindung yg ~ utk menahan besi itu drpd berkarat; 2. teguh (pendirian dll), tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian dll), cekal (hati): Baba masih ~ dgn pendiriannya tidak mahu bertolak ansur; 3. tidak mudah turun naik (bkn ekonomi, kewangan, harga dsb), kuat, teguh, stabil: ekonomi negara kita masih ~ walaupun sedang dilanda oleh kemelesetan ekonomi dunia; harga pasaran minyak kelapa sawit diramalkan terus ~ pd beberapa tahun akan datang; berkukuh 1. bertahan (pd kedudukan dll), menetap, memperkuat kedudukan dll: mereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka; 2. berpegang teguh pd pendirian (janji dll), berteguh hati; ~ kata berjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir); mengukuh menjadi kukuh (teguh, stabil dsb): ekonomi negara itu didapati semakin ~; mengukuhi 1. memegang (mempertahankan) sungguh-sungguh: ~ pendirian lamanya; 2. meneguhkan dgn: rangka gedung itu dibuat drpd simen yg dikukuhi dgn besi; mengukuhkan menjadikan kukuh (pertahanan, kedudukan, ekonomi, dll), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dll): kerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sbg langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh; pertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam; memperkukuh menjadikan lebih kukuh; kekukuhan kekuatan (binaan, benda, dll), keteguhan (pendirian dll), ketabahan (hati): ~ benteng pertahanan; ~ hati dan ketabahan jiwa utk memelihara akidah dan iman; pengukuhan perihal mengukuhkan (meneguhkan), peneguhan; pidato ~ Id pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan); pengukuh sesuatu yg mengukuhkan atau memperkukuh, penguat: bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua; ~ pendapat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keras I | 1. kuat dan padu serta tidak mudah pecah (patah, bengkok, dll) atau berubah bentuknya, tidak lembut (empuk, lunak): hanya tulang-tulangnya yg ~ sahaja masih tinggal tidak hancur; keluli lebih ~ drpd besi; daging ini sangat ~; pakaian ~ pakaian berkanji dan berseterika; 2. dgn giat atau bersungguh-sungguh, dgn sepenuh tenaga atau usaha, dgn sungguh-sungguh hati (meminta, mendesak, dsb): beberapa orang yg cekap dan sanggup bekerja ~ diperlukan; mereka meminta ~ supaya ia sendiri datang; 3. dgn tidak berganjak atau berubah sikap, teguh, kukuh, kuat: berpegang ~ kpd faham dan kepercayaan kuno; kemahuan yg ~; 4. tidak dgn sikap bertolak ansur (bkn bantahan, tentangan, dsb), tegas: ibunya membantah ~ niatnya hendak mengahwini gadis itu; 5. tidak secara sembarangan atau mahu tidak mahu, rapi (pemeriksaan, kawalan, dll), ketat, sungguh-sungguh: terlalu ~ pemeriksaannya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikira; tempat itu dikawal ~ oleh askar-askar yg bersenjata; 6. berat akibatnya, tidak berdasarkan belas kasihan (bkn tindakan dsb), tegas, tidak berkira-kira: tindakan ~ akan diambil terhadap pegawai dan kakitangan yg curang; 7. dgn sesungguhnya (tanpa sebarang kelonggaran, kekecualian, dsb): dilarang ~ masuk tanpa urusan rasmi; penonton-penonton dilarang ~ merokok; 8. membahayakan dan mungkin membawa maut (bkn penyakit), teruk, berat: terburu-buru ia balik ke kampungnya kerana bapanya sakit ~; 9. kuat (tidak lemah), tidak mudah ditewaskan (dikuasai dsb), hebat: inilah tanda patik membunuh perajurit yg terlalu ~ itu; diberinya oleh raja Siam ketumbukan yg ~; terlalulah banyak orang mati dan sakit kerana gajah itu sangat ~ jembalangnya; 10. kencang, deras (angin dll), sangat lebat (hujan): angin pun bertiup terlalu ~; gajah kenaikan dibawa oleh Laksamana dgn ~nya; hujan amat ~nya; 11. nyaring, kuat (suara, bunyi, dll): kedengaran suara ~ pegawai askar itu memberi perintah kpd orang-orangnya; sesetengahnya tidur berdengkur dgn ~; 12. tidak lemah lembut atau sopan santun (bkn kata-kata), (boleh) menyinggung perasaan: oleh kerana marahnya itu dikeluarkannya kata-kata yg ~; 13. dapat memabukkan (bkn minuman spt bir, wain, wiski, dsb), terasa kesan tembakaunya apabila dihisap (bkn rokok atau cerutu), berat, sangat kuat kesannya (bkn ubat), terasa benar sama ada wangi atau busuk dsb (bkn bau), rangsang (bkn bau): kesihatannya merosot kerana kerap meminum minuman ~; rokok ini agak ~ bagi orang yg belum biasa merokok; terlalu ~ bau gas ini; 14. ketat (sumbat botol dll), tidak mudah dilentur (bkn spring dsb), tegang; 15. tidak baik kerana (kononnya) ada penunggunya, berpuaka, atau berhantu: tempat ini ~ kerana ada puaka; ~ batang leher berpegang teguh pd pendirian atau pendapat sendiri (tidak mahu mengalah) tegar hati, mengotot; ~ genjur keras sekali (bkn sikap, tabiat); ~ hati a) tidak mahu menurut kata orang, (sangat) degil; b) tidak mudah berasa kecewa (terus berusaha bersungguh-sungguh); ~ hidung menurut sesuka hati (sangat sempit fikirannya); ~ kaku = ~ kematu = ~ membatu sangat keras (tidak lunak); ~ kejur tidak dapat dilentukkan (dilenturkan), kejang, kaku; ~ kekung (kelengkung) Kl, Tr sangat keras (spt batu); ~ keng Kl, Tr keras kepala; ~ kepala tidak mahu mengalah atau menurut, degil, tegar; ~-~kerak tidak teguh dan tidak dapat diubah dgn pujukan dsb (bkn kemahuan, ketabahan, dsb seseorang); ~ lidah tidak dapat melafazkan kata-kata asing dgn mudah, susah hendak menyebut sesuatu (tidak pandai berkata-kata); ~-makas = ~-mangkas terlalu keras (bkn buah-buahan dll); ~ mulut a) tidak mahu dan tidak mudah kalah dlm perdebatan (kuat bertengkar); b) tidak mudah dikendalikan (kuda dll); ~ bagai batu, tinggi bagai langit prb tidak mahu menurut perintah orang atasan; ~ ditakik, lunak disudu prb Mn hendaklah diberikan segala perintah dgn bijaksana (dgn lemah lembut kpd yg menurut dan dgn memaksa kpd yg melawan); lunak tak tersudu, ~ tak tertakik prb perkataan orang yg bijaksana baik dgn lemah lembut atau dgn kasar tidak dapat disangkal (dianjak-anjak) kebenarannya; berkeras 1. tidak berganjak drpd pendirian (kemahuan dsb), tidak mahu mengalah (bertolak ansur), mengotot: kalau ia ~ tidak mahu menjual tanahnya kita tidak boleh buat apa-apa; ia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah; 2. bertindak (bersikap) keras: kalau awak hendak berkasar dan ~ kelak keselamatan awak akan binasa; ~ batang leher keras batang leher; ~ hati keras hati; ~ hidung keras hidung; ~ kepala keras kepala; berkeras-kerasan sama-sama enggan berlemah lembut atau bertolak ansur (dlm pertengkaran, perkelahian, dll); bersikeras berkeras, mengotot; mengeras 1. menjadi keras (tidak lembut, tidak lemah lembut, dsb): lama-kelamaan kalsium karbonat yg di lapisan luar ~ dan membentuk batu kapur; sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap melembut dan ~; 2. tidak mahu bertolak ansur, berkeras; mengerasi 1. memaksa, menggagahi: maka dikerasi oleh tuanku Dato’ Batin Alam suruh ia memukat juga; 2. bertindak (bersikap) keras kpd, memperlakukan dgn keras (dgn menggunakan paksaan): Esah cukup berjaga-jaga agar tidak pula tertipu ataupun dikerasi oleh anak muda itu; keras-~ berkeraskerasan; mengeraskan 1. menjadikan keras (tidak lembik): ~ tanah liat menjadi periuk belanga, batu bata, dll; 2. ki menguatkan, menyaringkan (suara), memperhebat (tindakan, sikap, dsb), menggiatkan (usaha), memperteguh (azam, cita-cita, dsb): Cikgu Hashim bertanya dgn suara yg agak dikeraskan; ~ hati menabahkan (memberanikan) hati; 3. memaksa: ia ~ budak itu tinggal bersamanya; memperkeras menjadikan bertambah keras (kuat, teguh, giat, hebat, dll): perasaan malu umumnya diperkeras oleh sesuatu pendidikan atau adat; terkeras terkuat (bkn suara, bunyi), terkasar (bkn tindakan, sikap, dll): suaranya sekali ini agak ~ sedikit; kekerasan perihal (sifat dsb) keras (dlm berbagai-bagai erti spt kekuatan, kekasaran, keazaman, kegiatan, dll), paksaan (dlm sesuatu tindakan): dgn ~ sukar dicapai penyelesaian; kumpulan jahat yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah dapat ditumpaskan; pengerasan perihal mengeraskan atau mengerasi (tindakan keras, pemaksaan, dll); pengeras 1. jampi utk memperkuat diri atau utk menakutkan (memaksa, menundukkan) orang; 2. bayaran kpd pawang kerana berubat atau menuntut ilmu daripadanya; 3. alat utk mengeraskan atau menguatkan (suara dll); 4. sesuatu (spt jarum, duit syiling, dll) yg diberikan kpd tukang urut atau bomoh selepas berurut atau berubat dengannya (sbg imbalan); berpengeraskan menggunakan sesuatu sbg pengeras: dgn hanya ~ duit tujuh sen dan sebatang jarum tembaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahan | 1 tidak mudah rosak (punah, berubah dll); tetap keadaannya walaupun mengalami berbagai-bagai hal: Kereta ini kalau dijaga dgn baik akan ~ bertahun-tahun. 2 sanggup menderita atau sanggup menanggung sesuatu: Siapa yg ~ menanggung seksaan yg sekejam itu? 3 boleh cukup; mencukupi; memadai: Beras ini ~ utk seminggu. ~ air tidak dpt dimasuki air. ~ api tidak dpt terbakar. ~ hati teguh hati; cekal hati. ~ lama tidak lekas rosak atau busuk. ~ lasak a. teguh (bkn pakaian, alat dll); tidak mudah rosak. b. kuat dan cekap bekerja. bertahan 1 tidak berganjak dr tempatnya; tidak berundur: Sekarang tentera Parsi ~ di dlm kubunya saja, tidak mahu keluar. 2 = ~ diri menjaga diri drpd serangan musuh. menahan 1 tidak membiarkan lepas (mengalir, lalu dll); menyekat: Batas ini gunanya utk ~ air drpd mengalir keluar. 2 tidak membenarkan masuk, pergi dll: Kerana kami tidak mempunyai surat kebenaran masuk, pengawal itu telah ~ kami di pintu pagar istana. 3 memberi bersokong supaya tidak roboh (runtuh); menopang. 4 memasukkan ke dlm penjara; memenjarakan: Dia telah ditahan oleh polis selama seminggu. 5 melambai-lambaikan tangan supaya bas (kereta dll) berhenti. ~ jerat a. memasang jerat. b. ki mengenakan atau melakukan tipu muslihat; mencelakakan dgn tipu muslihat. menahankan 1 menjadikan tahan; menjadikan tidak mudah rosak dll. 2 menggunakan sesuatu utk menahan. mempertahankan 1 menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah: ~ adat. 2 menjaga supaya tidak diserang (dikuasai, dirosakkan dll); melindungi: ~ tanah air drpd serangan musuh. tertahan dpt ditahan; tercegah; terhenti; tersekat: Serangan pasukan keselamatan tidak ~ oleh musuh. tertahan-tahan tidak berapa lancar (bkn sesuatu); terputus-putus; terhenti-henti. tahanan 1 orang, barang dll yg ditahan: Kerajaan membantu dan memberi layanan dgn baik kpd anak dan isteri orang-orang ~ politik. 2 tempat menahan orang; penjara: Dia telah dimasukkan ke dlm ~ selama sebulan. 3 tindakan menahan (dlm penjara dll): Beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah suatu masa dahulu. ketahanan sifat atau keadaan tahan; kekuatan. pertahanan 1 perbuatan atau hal bertahan. 2 sesuatu yg digunakan utk mempertahankan atau utk melindungi. penahanan perihal (perbuatan dsb) menahan. penahan orang dll yg menahan; penyekat; penghalang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tahan I | 1. tidak berubah keadaannya, tidak lekas rosak (luntur, berubah, dll): perkakas itu kalau dijaga dgn baik akan ~ bertahun-tahun; 2. sanggup menderita sesuatu, tabah menanggung (kesusahan dll): orang kampung tidak ~ lagi hidup menderita selama-lamanya; 3. dapat menguasai dirinya, betah: mereka hendaklah ~ menyimpan rahsia; 4. tidak mudah jemu (kasihan dll), kuat menguasai perasaan, tidak lekas jijik dll: mana ~ makan ubi tiap-tiap hari; 5. mencukupi, memadai (pd makanan, bekalan, dll): beras ini ~ utk seminggu; 6. tidak roboh (runtuh), kuat: bahagian hadapannya ditopang dgn dua batang kayu besar supaya ~ dan tidak tumbang terus; 7. lebih baik, bertambah baik (drpd sakit), sihat sedikit: semalam Bibah ni demam, ini dah ~ sedikit;~ air tidak dapat dimasuki atau dirosaki air, kalis air, kedap air; ~ api tidak boleh terbakar, kalis api; ~ besi (peluru, tembak) tidak lut senjata, kebal; ~ cuci tidak turun warna (apabila dicuci); ~ gelombang (ombak) dapat belayar dgn baik (tidak oleng); ~ harga tetap harganya (tidak turun harganya); ~ hati cekal atau teguh hati; ~ hina tidak lekas marah apabila dihina; ~ kias tidak lekas menjadi marah apabila disindir; ~ kulit Jh tidak lut senjata; ~ lama tidak lekas rosak atau busuk; ~ lapar kuat berlapar; ~ lasak a) kuat dan cekap membuat kerja; b) teguh, awet (pakaian); ~ palu (pukul) tidak sakit jika dipukul; ~ sabar sabar, tidak pemarah; ~ sesah tidak turun warna; ~ tangan tidak sakit kena pukul; ~ tonggak Mn ditanggung oleh tonggak; ~ uji a) boleh diuji; b) terbukti kebaikannya (keelokannya dll); bertahan 1. tidak berganjak (dr tempat atau kedudukannya), tidak undur: mereka ~ hingga musuh berundur kembali; 2. = ~ diri mempertahankan diri (drpd serangan, ancaman): Folley kelihatan melepaskan tumbukan-tumbukan ringan yg tidak memberi kesan manakala Muhammad Ali ~; 3. tidak mahu mengalah, berteguh hati, berkeras hati: penjudi yg sedang malang nasibnya, kalah dlm perjudian, namun dia ~; Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu pulang, berapa ditahani oleh Bendahara, tiada mahu Makhdum ~; 4. mencukupi (utk beberapa lamanya): kalau kita berhemat, akan ~ juga; 5. sl tersekat, terhambat: barang siapa dapat memanah pohon lontar yg hamba tanam empat puluh itu terus tiada ~ maka hamba berikan Sita Dewi ini; ~ larat = bertahan-tahan larat a) mengurangkan kesukaran yg dideritai; b) mempertahankan supaya tahan lebih lama lagi, melambat-lambatkan habisnya sesuatu, menjimat-jimatkan; menahan 1. tidak membiarkan berlalu (mengalir dll), menghentikan, menyekat: ada sebuah tandup yg ~ air sungai itu utk digunakan di sawah; 2. memberi bersokong supaya jangan rebah (jatuh), menopang, menyangga: mereka sedang mencacak buluh di kaki tebing sungai itu utk ~nya supaya jangan runtuh; 3. melambaikan tangan supaya (bas, kereta sewa, dll) berhenti: aku ~ bas itu; 4. mencegah, mengelakkan atau menjauhkan (penyakit dll): ~ diri drpd diperdaya; 5. melawan dan memukul mundur (musuh), menangkis (serangan): dia pun menyuruhlah membuat beberapa kubu sepanjang-panjang sungai itu akan ~ angkatan dr Sabukit; 6. menguasai perasaan (hawa nafsu dll), mengekang: saya akan mencuba ~ nafsu muda sehingga pengajian saya di universiti tamat; 7. tidak memanjangkan (permohonan dll) kpd yg lebih tinggi, tidak disampaikan kpd: surat permohonannya telah ditahan oleh ketua bahagian; 8. tidak membiarkan pergi, tidak membenarkan (masuk, pergi, dll): kami bertiga telah ditahan di luar dan Said Abu Bakar seorang sahaja yg disuruh masuk; 9. memasukkan dlm penjara (utk sementara sahaja), memenjarakan, mengurung: polis ada kuasa ~ seseorang yg disyaki selama empat belas hari; 10. menyekat sesuatu drpd sampai kpd yg berhak, tidak memberikan sesuatu kpd yg berhak: permintaan isteri utk membeli itu dan ini dan perbelanjaan anak-anak ditahan sedikit; 11. menyimpan (utk persediaan dll): dua karung beras ditahan utk bekalan dlm pelayaran; 12. menguatkan diri supaya sanggup menderita dll, menderita: dia kelihatan terkial-kial ~ kesakitan; menahani tidak membenarkan (melakukan sesuatu), menegah, mengekang, merintangi: barang kehendak kamu tiada aku tahani; maka Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu dia pulang, berapa ditahani oleh Bendahara tiada mahu Makhdum bertahan; menahankan 1. menjadikan tahan; 2. menggunakan sesuatu utk menahan, menahan dgn: maka oleh orang tua itu dilambung-lambung lembing itu, ditahankannya belakangnya maka lembing itu mengambul jatuh ke tanah; 3. menguatkan diri supaya tahan, menahan: Nor Hamidah tidak dapat ~ tangisnya; 4. menggalang, menyekat, merintangi, menahan: tidak boleh ditahankan kehendak raja; mempertahankan 1. mengikhtiarkan supaya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal): kaum tua mahu tetap ~ adat yg mendapat kritikan paling hebat drpd kaum muda; 2. tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh: kemerdekaan yg dicapai itu mesti dipertahankan; 3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dll), melindungi, membela: jika kompeni menyerang Bonjol, serahkan pd kami ~ negeri; ~ diri; tertahan 1. dapat ditahan, tercegah, terhambat, terhenti, tersekat: maka dilakukan serangan terus-menerus yg tiada ~ oleh musuh; lama dia membiarkan nafasnya ~; 2. = tertahani sanggup mengekang atau mengawal (perasaan dll), sanggup menanggung (kesakitan dll), sabar: segala rakyat itu tiada lagi terderita, tiada lagi ~; tiadalah boleh ~ lagi hati saya lalu tertawa besarlah saya; tiadalah patik ~ hawa nafsu segala wujud patik ini; tertahan-tahan tidak lancar (langsung), terhenti-henti, terputus-putus: beliau terus bercerita dgn suara yg ~; tahanan 1. sesuatu yg menahan, halangan, rintangan: benda itu bergerak terus kerana tidak ada ~; 2. simpanan utk masa depan, cadangan, persediaan; 3. sesuatu yg ditahan (orang, barang, dll): kerajaan sepatutnya membantu dan memberi layanan baik kpd anak dan isteri orang ~ politik; 4. tempat menahan orang, penjara: saya telah dilemparkan ke dlm ~ selama lapan puluh enam hari; 5. perihal menahan (dlm penjara dll): beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah di Kahirah dahulu; ketahanan keadaan tahan (kuat), sifat tahan atau keupayaan menanggung (menderita dll) sesuatu, kebetahan (hati), kekuatan (hati); pertahanan 1. hal mempertahankan (menjaga supaya selamat dll): hak ~ tubuh dan harta; 2. perihal membela, pembelaan: sekarang, dgn tidak menerima ~ diriku, engkau usir aku dr rumahmu; 3. sesuatu (spt kubu atau benteng) yg digunakan utk mempertahankan diri dll drpd serangan, perihal menjaga keselamatan negeri dll: kekuatan ~ awam Malaysia akan diperbesar; memperkukuh ~ negara; penahanan 1. perbuatan menahan (menangkis), penangkisan; 2. perbuatan menahan (mengekang), pengekangan: ~ hawa nafsu; 3. perbuatan (tindakan) menahan (permohonan dll); 4. perbuatan (tindakan) menahan orang (drpd memasuki sesuatu kawasan dsb); 5. perbuatan (tindakan) menahan (mengurung, memenjarakan, dsb utk sementara sahaja), pemenjaraan, pengurungan: ~ mereka dianggap tidak sah; penahan orang dll yg menahan, penyekat, perintang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |