mungkin | boleh jadi; dpt terjadi; tidak mustahil: Emaknya ~ datang ke rumahnya hari ini. secepat (selekas) ~ secepat yg dpt; secepat-cepatnya. memungkinkan 1 menjadikan mungkin. 2 membolehkan sesuatu berlaku: Peraturan itu ~ pekerja-pekerja menjalankan tugas dgn cekap dan teratur. 3 menganggap mungkin atau menganggap tidak mustahil. kemungkinan 1 keadaan mungkin. 2 sesuatu yg mungkin berlaku: Syarikat tsb mempunyai ~ besar utk maju. berkemungkinan mempunyai kemungkinan; ada kemungkinannya: Usaha itu ~ akan menghadapi rintangan kerana ada pihak yg kurang senang terhadap pelaksanaannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sampai akal | dpt diterima akal; tidak mustahil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mungkin | boleh jadi; dpt terjadi; tidak mustahil: Emaknya ~ datang ke rumahnya hari ini. secepat (selekas) ~ secepat yg dpt; secepat-cepatnya. memungkinkan 1 menjadikan mungkin. 2 membolehkan sesuatu berlaku: Peraturan itu ~ pekerja-pekerja menjalankan kerja dgn c | Kamus Pelajar |
sampai akal | boleh diterima oleh fikiran, tidak mustahil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemunasabahan | perihal munasabah (sesuai, berpatutan, masuk akal, tidak mustahil): ~ matlamat, ancaman, dan ugutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masuk akal | dapat diterima oleh akal (fikiran), tidak mustahil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampai | ~ akal dpt diterima akal; tidak mustahil. | Kamus Pelajar |
harus | 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib: kita mempunyai kepentingan sendiri yg ~ dijaga; engkau ~ berlaku adil dan saksama; 2. boleh jadi, mungkin: padinya ~ tidak menjadi disebabkan kekurangan air; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb), mungkin: ~ seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan; 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan, jaiz, mubah: mandi tiga kali sehari adalah ~ hukumnya di sisi agama Islam; seharusnya sepatutnya, semestinya: sudah ~lah kita memelihara diri drpd kekejian; mengharuskan 1. memandang mustahak, (perlu, patut), memestikan, mewajibkan: penuntut-penuntut sekolah diharuskan memakai pakaian seragam; 2. membolehkan, membenarkan, mengizinkan: pd bait ketiga ulangan suara itu kurang sesuai, tah diharuskan bersajak dgn ta; agama Islam ~ perceraian; keharusan 1. sesuatu yg harus (patut dll) dilakukan atau sesuatu yg mesti terjadi, kemestian, kewajiban: membela maruah orang tuanya memang suatu ~; 2. sesuatu yg boleh berlaku atau mungkin berlaku (terjadi), kemungkinan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mungkin | tidak mustahil, boleh jadi, harus: apa yg dikatakan oleh orang itu memang ~ ter-jadi; secepat (selekas) ~ (dgn) secepat yg boleh, (dgn) secepat-cepatnya; sedapat ~ sedapat-dapatnya; memungkinkan 1. menyebabkan mungkin, menjadikan mungkin, mengharuskan: ke-matian mereka ~ terjadinya sesuatu yg tidak diingini oleh manusia; 2. memberi kesempatan (kpd), membolehkan (melakukan sesuatu): ini tidak ~ si pengarang dapat mengata-kan dia sudah banyak membaca; 3. menganggap mungkin (boleh jadi), memandang tidak mustahil; kemungkinan perihal mungkin, keharusan: beberapa orang pakar sejarah sedang me-nyelidiki ~ agama Islam dibawa dr negeri China; berkemungkinan mempunyai kemungkinan, ada kemungkinannya: dgn ini bererti masih ada sistem planet di bintang lain yg ~ lebih tua usianya drpd planet bumi; ketidakmungkinan perihal tidak boleh terjadi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
munasabah | 1 sesuai; berpatutan: Ia memberikan pendapat yg ~. 2 dpt diterima akal; tidak mustahil: Cerita itu tidak ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |