berhati walang | tidak sedap hati; khuatir; bimbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
khuatir | Ar agak cemas atau takut akan berlakunya sesuatu, berasa gelisah atau tidak sedap hati (kerana memikirkan sesuatu), bimbang: ia ~ kerana suaminya yg dikasihinya belum pulang-pulang; aku ~ kalau-kalau di tempat ini ada penjahat dan penyamun; mengkhuatiri khuatir (akan sesuatu perkara, atau kejadian atau orang): tingkah laku Esah itu dikhuatirinya akan mempengaruhi jiwa anak-anak gadis yg lain; mereka berjalan lebih cepat kerana ~ pemuda-pemuda yg mengekori mereka; mengkhuatirkan menyebabkan (menimbulkan) rasa khuatir, membimbangkan, menakutkan: orang itu pernah membuat ugutan yg ~nya; tempat ini dikawal, tiada apa yg ~; kekhuatiran perasaan khuatir, kebimbangan, ketakutan: timbul ~ dlm hatinya kalau-kalau anaknya pula yg tertipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ralat II | kesal atau tidak sedap hati (kerana tidak dpt menunaikan hajat dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ralat II | kesal atau tidak sedap hati (kerana tidak dpt menunaikan hajat dll). | Kamus Pelajar |
ralat II | bp berat hati, tidak sedap hati, kesal (kerana tidak dapat membuat sesuatu yg baik atau terpaksa membuat sesuatu yg tidak baik): tidak ~ aku mati apabila telah kulihat anak aku memegang dan membaca buku ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bimbang | 1 (berasa) tidak tetap hati atau ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2 (berasa) gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; (berasa) takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bimbang | berasa gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu atau takut sesuatu yg tidak diingini berlaku, khuatir, risau: perasaan ~nya itu akhirnya bertukar menjadi perasaan takut pula; seluruh keluarganya ~ apabila dia tidak pulang-pulang; tak usah ~, gula di dlm mulut, bila hendak telan, telan prb apa yg dikhuatirkan lagi, benda itu sudah dlm milik kita; berbimbang; ~ hati berasa bimbang (khuatir, risau); membimbangkan menimbulkan rasa bimbang (khuatir, risau), mengkhuatirkan, merisaukan: ugutan perempuan itu ~ hatinya; pandangannya itu ~ Hilmi;kebimbangan perihal bimbang (khuatir, risau), kekhuatiran, kerisauan: setelah kejadian itu, dia tetap dlm ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bimbang | 1. berasa tidak tetap hati atau berasa ragu-ragu: Dia masih ~ ttg kejujuran orang muda itu. 2. berasa gelisah atau berasa tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu; berasa takut akan berlakunya sesuatu: Oleh sebab Muhammad masih juga ~ ttg wahyu yg diterimanya, maka Khadijah memujuknya. berbimbang berasa bimbang. membimbangkan menyebabkan menjadi bimbang; mengkhuatirkan: Kelakuan anaknya itu sungguh-sungguh ~ hatinya. kebimbangan keadaan atau rasa bimbang; keraguan; kecemasan. | Kamus Pelajar |
hati I | 1 organ berwarna perang kemerah-merahan di dlm tubuh yg mengeluarkan hempedu dan membersihkan darah: ~ kambing; ~ lembu. 2 tempat melahirkan segala perasaan; batin: Mereka ketawa kerana suka ~. Rupanya buruk tetapi ~nya baik. 3 bahagian tengah pd sesuatu: ~ kayu; ~ nanas. ~ budi keperibadian seseorang yg tergambar pd tingkah laku, pekerti atau pertuturannya. ~ kecil perasaan yg terkandung dlm batin (hati). berhati mempunyai atau menaruh sesuatu perasaan; berperasaan: ~ keras. ~ batu a. bersifat degil. b. tidak mempunyai belas kasihan. ~ berlian (emas) bersifat sangat baik hati, suka menolong dan membuat kebajikan. ~ binatang bersifat bengis. ~ perut mempunyai perasaan yg halus; bertimbang rasa. ~ pilu bersedih. ~ waja tidak mudah kecewa. ~ walang tidak sedap hati; khuatir; bimbang. sehati sepakat; seia sekata; bersatu hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hati I | 1. organ berwarna perang kemerah-merahan di dlm tubuh yg mengeluarkan hempedu dan membersihkan darah: ~ kambing; ~ lembu. 2. tempat melahirkan segala perasaan; batin: Mereka ketawa kerana suka ~. Rupanya buruk tetapi ~nya baik. 3. bahagian tengah pd sesuatu: ~ kayu; ~ nanas. ~ kecil perasaan yg terkandung dlm batin (hati). berhati mempunyai atau menaruh sesuatu perasaan; berperasaan: ~ keras. ~ batu a. bersifat degil. b. tidak mempunyai belas kasihan. ~ berlian (emas) bersifat sangat baik hati, suka menolong dan membuat kebajikan. ~ binatang bersifat bengis. ~ perut mempunyai perasaan yg halus; bertimbang rasa. ~ pilu bersedih. ~ waja tidak mudah kecewa. ~ walang tidak sedap hati; khuatir; bimbang. sehati sepakat; seia sekata; bersatu hati. | Kamus Pelajar |