Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ketidakselarasankeadaan tidak selaras;Kamus Dewan Edisi Keempat
janggal Itidak sedap dilihat (didengar), cang­gung, tidak sesuai (tepat), tidak selaras: bunyi­nya agak ~; kekasaran seorang isteri sangat ~ nampaknya kerana makhluk wanita ini sebenarnya serba lembut; menjanggalkan menyebabkan (menjadi­kan) janggal, membuat sesuatu yg janggal, menganggap janggal, mencanggungkan; kejanggalan 1. perihal janggal, kecang­gungan; 2. sesuatu yg janggal: memang ini akan merupakan ~, tetapi lama-kelamaan ini akan menjadi kebiasaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
beku1. pejal, keras (bkn benda cair): di kutub, air laut ~ sepanjang tahun; 2. ki kaku, tidak bergerak: yg ~ dan tidak selaras dgn zaman moden; bahasanya usang dan ~; modal utk membeli barang baru masih ~ di tangan penghutang; 3. ditangguhkan (berlakunya sesuatu), digantung, dilarang bergerak: parti itu perlu diharamkan ataupun dinyatakan ~ sementara; ~ otak = ~ fikiran tidak mudah faham; membeku menjadi beku: darah yg keluar itu sangat lambat mengalir, tetapi ia segera ~; membekukan 1. menjadikan beku, membuat (sesuatu) menjadi beku atau pejal: dlm masa seminggu sahaja, sudah pandai menggunakan pisau toreh dan ~ getah; 2. menghentikan sesuatu amalan (pergerakan, kegiatan, kemudahan, dll) buat sementara: peminjaman wang utk membeli kereta telah dibekukan pd bulan lalu; ~ jawatan menghentikan pengisian jawatan kosong buat sementara waktu; kebekuan perihal (keadaan) beku: keadaan ini boleh membawa kita keluar drpd ~ fikiran;pembekuan perihal atau perbuatan mem beku(kan): batu-batan di negeri-negeri yg berhawa dingin kerap kali pecah oleh ~ air di celah-celahnya; pembeku bahan yg digunakan utk membekukan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
laras I1. nada (muzik, nyanyian, dll), tala; ~ bahasa variasi bahasa berdasarkan peng­gunaannya (mis sbg bahasa klasik, bahasa istana, bahasa sains, dll), ragam bahasa; 2. = keselarasan, kelarasan; selaras sama haluan, secocok, sepadan, sesuai: tawanan perang mestilah dijaga ~ dgn kandungan Perjanjian Geneva; menyelaraskan memadankan, mencocokkan, menyamakan, menyesuaikan: pd masa ini, beberapa percubaan dilakukan utk ~ demokrasi dan sosialisme; keselarasan, kelarasan perihal sama (sesuai, setimbal, dll), kepadanan, kesamaan, kesesuaian: ~ idea antara pereka tarian dan pereka pakaian perlu wujud; kelarasan antara kata dan hal yg diceritakan terdapat pd syair itu; ketidakselarasan keadaan tidak selaras; penyelarasan perihal (tindakan, kerja) menyelaraskan, penyesuaian: ~ kerja; penyelaras orang yg kerjanya (ditugaskan utk) menyelaraskan sesuatu (spt rancangan, projek, dsb), koordinator; melaraskan 1. menyamakan (nada, tala, dll); 2. menyesuaikan, memadankan: salah satu drpd tugas buah pinggang ialah ~ kepekatan atau banyaknya garam dlm darah; terlaras sudah dilaraskan: sistem pengiraan cukai yg ~; pelarasan perihal melaraskan, penyamaan, penyesuaian; ~ nilai penyesuaian harga sesuatu benda; pelaras 1. alat utk melaraskan (memadan­kan, menyesuaikan): skru ~; suis ~; 2. (Eko) orang yg menaksir, menyelaraskan dan menentukan tahap liabiliti sesebuah syarikat insurans terhadap sesuatu kerosakan (kerugian) apabila tuntutan diterima.Kamus Dewan Edisi Keempat
setem II(setém) IB, bp 1. suara pengundi (dlm pilihan raya dll); 2. sama nadanya, selaras, setala; tidak ~ a) tidak sama nadanya; b) tidak sesuai (cocok); menyetem bp 1. membuang undi, mengundi; 2. menyamakan nada (dlm permainan muzik), menala; seteman bp pemungutan suara, pengundian.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengakomodasikanmelakukan penye­suai­­an supaya sesuatu selaras, secocok dsb dgn se­suatu keadaan (keperluan dsb): sbg anggota masyarakat minoriti, mereka tidak dapat tidak terdesak utk ~ budaya ibunda dgn budaya tempatan yg lebih menonjol.Kamus Dewan Edisi Keempat
konsekuen(konsékuen) secocok (sesuai, selaras) dgn kata-kata dll yg terdahulu, sama (tidak bersalahan) dgn yg sudah-sudah: tidak dapat diadakan garis batas antara kedua-dua golongan itu secara ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
konsistenist tidak berbeza antara satu dgn yg lain; mengikut atau selaras dgn yg sebelumnya: Dlm kerja statistik, satu cara yg lazim dan ~ mestilah digunakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
konsistenist tidak berbeza antara satu dgn yg lain; mengikut atau selaras dgn yg sebelumnya: Dlm kerja statistik, satu cara yg lazim dan ~ mestilah digunakan.Kamus Pelajar
tekal1. tidak berubah-ubah halnya atau keadaannya, tetap, konsisten; 2. sesuai, selaras sepanjang masa; 3. ki teguh, tetap berpegang pd pendirian, pendapat, dll;ketekalan keadaan tekal, konsistensi: ~ tiga ilmu yg sudah ada penting utk menentukan penerimaan mendidik generasi muda.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas