Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Ayam tidur senang di dalam reban,
     musang yang susah beredar sekeliling.

Bermaksud :

Tidak senang melihat kebahagiaan orang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rimas1. berasa tidak enak (tidak nyaman, tidak senang) kerana panas dll: kebanyakan orang muda sekarang kurang gemar lagi memakai pakaian kebangsaan, ~ kata mereka; 2. tidak senang hati, gelisah hati: perkataan itu seolah-olah utk menyenang­kan hatinya sendiri yg berasa ~ bergelap begitu; merimaskan menyebabkan tidak enak (tidak nyaman, tidak senang, dll), meng­ganggu (fikiran), merunsingkan: ia disuruh memakai pakaian yg ~; berita buruk yg diterimanya itu ~ kepalanya; kerimasan perasaan rimas, kegelisahan hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
keki(kéki) Jk 1. berasa tidak senang (tidak gembira) melihat hal atau kelakuan orang lain: saya ~ melihat kelakuannya; 2. (berasa) iri hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
rimas1 (berasa) tidak enak atau tidak senang kerana panas, bersesak-sesak dll. 2 tidak senang hati; (berasa) gelisah. merimaskan menyebabkan atau menimbulkan rasa rimas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyesal1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
keperihan1. kepedihan, kesakitan: setitik air sabun yg masuk ke matanya menyebabkan ~; 2. ki perasaan tidak senang (tidak gembira dll), kepahitan, kepedihan (perasa­an): dia sendiri dapat berasa ~ yg mencengkam hatinya itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
terkilan1. terasa tidak senang hati, tersinggung perasaan: sahabat-sahabatnya ~ dgn kelakuannya yg bongkak sekarang; 2. berasa agak kesal atau tidak senang (kerana belum tercapai hajat, keinginan, dsb), terke­lindan, terbuku: aku makan di kedai terasa ~ kalau barang makanan itu tidak dibawa pulang; dia tidak puas dgn nama Ahmad, dia sudah ~ hendak menjadi Haji Ahmad.Kamus Dewan Edisi Keempat
susah 1 rasa tidak puas hati kerana mengalami kesulitan dll; rasa tidak senang: Jika anakanda ~ tinggal di bandar, pulanglah ke kampung. ~ hati tidak senang hati; sedih; dukacita.Kamus Pelajar
kesal1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel: penduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; katanya ia tidak ~ tentang apa yg berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; 2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel: ia mengisahkan dgn ~ tentang perceraiannya dgn isterinya; mereka berbuat sesuatu dgn tidak berfikir, kemudian timbul pula ~; mengesali berasa kesal (tidak senang) akan: menteri itu ~ sikap setengah-setengah parti pembangkang dlm hal ini; beliau ~ pergaulan bebas pemuda-pemudi; mengesalkan menyebabkan berasa kesal (kecewa, tidak senang hati), menimbulkan (membangkitkan) kesal: hal itu sangat ~ hati mereka berdua; kesalan rasa kesal: raut mukanya yg berkerut-kerut itu menunjukkan ~nya di atas segala-gala yg telah berlaku; kekesalan perihal (perasaan) kesal, keke­cewaan, kesebalan, kejengkelan: mereka yg tidak berjaya kembali dgn penuh ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kilan I; terkilan 1. terasa tidak senang hati, tersinggung perasaan: sahabat-sahabatnya ~ dgn kelakuannya yg bongkak sekarang; 2. berasa agak kesal atau tidak senang (kerana belum tercapai hajat, keinginan, dsb), terke­lindan, terbuku: aku makan di kedai terasa ~ kalau barang makanan itu tidak dibawa pulang; dia tidak puas dgn nama Ahmad, dia sudah ~ hendak menjadi Haji Ahmad.Kamus Dewan Edisi Keempat
sesalperasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah: apabila ia melihat perbuatannya yg kasar itu, ia berasa ~; ~ dahulu pendapatan, ~ kemudian tiada ber­guna prb sebelum mengerjakan atau me­lakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis­habis; bersesal = ~ hati = menyesal; bersesalan, bersesal-sesalan salah-me­nyalahkan; ~ bagai Batak lari prb tuduh­menuduh sesama sendiri; menyesal 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya; menyesali 1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd, mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakan­akan tidak tahu menjalankan tugasnya; sesal-menyesali bersesalan; menyesalkan 1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar ma­nusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya; sesalan 1. perasaan sesal, (sesuatu) yg di­sesalkan: jikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~; air mukanya membayangkan rasa ~nya; 2. penentangan, celaan: keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini; kesesalan perihal sesal, kekesalan: utk mem­buktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dgn pemerintah; penyesalan perihal menyesal(i).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas