lincir | licin kerana terdapat minyak dsb, tidak sendat (pergerakan mesin dll), lancar (percakapan dll); ~ lidahnya = ~ mulut a) lancar berkata-kata; b) lepas mulut; melincirkan menjadikan licin, melicinkan (pergerakan mesin dll), melancarkan; pelinciran perihal (tindakan dsb) melincirkan; pelincir sesuatu yg digunakan utk melicinkan (perjalanan mesin dll): minyak jarak digunakan juga sbg minyak ~; minyak ~ unggul utk enjin yg berteknologi tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
galir | 1 tidak ketat atau tidak sendat; mudah digerak-gerakkan; longgar. 2 dpt bergerak dgn tangkas. 3 ki dpt berkata-kata dgn lancar; fasih. menggalirkan menjadikan lincir (ttg pergerakan mesin); melincirkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
galir | 1. tidak ketat atau tidak sendat; mudah digerak-gerakkan; longgar. 2. dpt bergerak dgn tangkas. 3. ki dpt berkata-kata dgn lancar; fasih. menggalirkan menjadikan lincir (ttg pergerakan mesin); melincirkan. | Kamus Pelajar |
galir | 1. longgar kerana haus (bkn kunci, skru), tidak sendat: mesin ini tidak berjalan betul kerana skrunya sudah ~; 2. ki fasih, lancar (bercakap), cepat bergerak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sendat | 1. tidak longgar (cincin dll), ketat, sempit: sampai di rumah, dia melucutkan segala pakaiannya yg serba ~ dan terus merebahkan tubuh ke katil; 2. tidak dapat diisi lagi (karung dll), penuh betul, tumpat: pondok tempat kami berlindung itu terlalu ~ dgn manusia; menyendati memenuhi ruang hingga padat, memadati: dia hilang di celah-celah orang ramai yg ~ lorong itu; menyendatkan menjadikan sendat, menyum-batkan; tersendat 1. tersumbat (saluran dll), ter-ketat, tersekat: negara-negara maju meng-alami keadaan ~ disebabkan birokrasi pen-tadbiran yg berlebih-lebihan; 2. = tersendat-sendat; tersendat-sendat ki tersekat(-sekat), tidak lancar: mereka harus dilatih berbicara dgn tenang, jelas, gramatis, tidak ~ dan tidak berbelit-belit; kesendatan keadaan sendat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
macet | Jk 1. tidak lancar, sendat, serat: satu kali lagi hendak dilepaskan tembakan tapi pistolnya ~; 2. ki terhenti, kandas, terbengkalai: kalau kita ditangkap, usaha kita akan ~; kemacetan hal (keadaan) macet: impian manusia utk keluar drpd ~ hidup yg dirasakan terbelenggu oleh tradisi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sendat | 1 penuh betul dan tidak dpt diisi lagi; tumpat. 2 tidak mudah lalu (bkn cincin dll); ketat. menyendatkan menyebabkan jadi sendat: ~ cincin dgn perca kain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gramatis | (Lin) berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa: mereka harus dilatih berbicara dgn terang, jelas, lancar, ~, tidak tersendat-sendat, dan tidak berbelit-belit; ayat-ayat di bawah ini sebaliknya tidak ~; kegramatisan perihal gramatis, sifat grama-tis, kepatuhan kpd atau ketepatan dgn tatabahasa: asas bahasa Melayu tinggi ditentukan oleh ~ ayat-ayat yg dihasilkan oleh pengguna bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketat | 1 erat melekat hingga susah hendak ditanggalkan (spt keris pd sarungnya); tidak longgar; sendat (spt sumbat pd botol): Ambil sebiji botol yg kosong dan sumbat mulutnya ~-~ dgn gabus. 2 ki keras (peraturan dll); teliti dan rapi (kawalan dll): Tempat-tempat yg penting dikawal ~ siang dan malam. 3 paling ditentang; paling besar: musuh ~. mengetatkan 1 menjadikan ketat (susah hendak dicabut atau ditanggalkan): ~ skru. 2 ki menjadikan keras (peraturan dll); menjadikan rapi (kawalan dll); memperketat menjadikan lebih ketat; mempererat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketat | 1. erat melekat hingga susah hendak ditanggalkan (spt keris pd sarungnya); tidak longgar; sendat (spt sumbat pd botol):Ambil sebiji botol yg kosong dan sumbat mulutnya ~-~ dgn gabus. 2. ki keras (peraturan dll); teliti dan rapi (kawalan dll): Tempat-tempat yg penting dikawal ~ siang dan malam. 3. paling ditentang; paling besar:musuh ~. mengetatkan 1. menjadikan ketat (susah hendak dicabut atau ditanggalkan): ~ skru. 2. ki menjadikan keras (peraturan dll); menjadikan rapi (kawalan dll); memperketat menjadikan lebih ketat; mempererat. | Kamus Pelajar |