Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
senget /séngét/tinggi sebelah letaknya; tidak sama rata letaknya; miring; condong: Songkoknya ~ ke kanan.Kamus Pelajar
senget(séngét) tinggi sebelah (letak atau duduk sesuatu benda), condong, miring, sendeng: ketika perahu itu ~ dipukul ombak, badannya ikut bergolek ke tepi; ~-menget tinggi rendah, tidak sama (per-mukaan); biar ~ jangan tertiarap prb lebih baik rugi sedikit drpd rugi banyak; menyenget menjadi senget (tidak seimbang dll), menyendeng: motokar yg mempunyai spring lembut itu ~ apabila mematah selekoh; menyengetkan meletakkan senget, menyen-dengkan, memiringkan; tersenget miring, sendeng (letak sesuatu).Kamus Dewan Edisi Keempat
senget/séngét/ tinggi sebelah letak­nya; tidak sama rata letaknya; miring; con­dong: Songkoknya ~ ke kanan. menye­nget menjadi senget. menyengetkan me­letakkan (menjadikan dsb) sesuatu senget; memiringkan: Ali ~ badannya ketika lalu di tempat yg sempit itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyengetmenjadi senget (tidak seimbang dll), menyendeng: motokar yg mempunyai spring lembut itu ~ apabila mematah selekoh;Kamus Dewan Edisi Keempat
sendeng(séndéng) 1. tidak tegak letaknya, senget, miring, tidak seimbang (bahu), rendah sebelah; 2. (Mat) sempadan (pd sesebuah segi tiga tepat) yg letaknya bertentangan dgn sudut tepat; 3. bp agak kurang siuman, kurang ingatannya; ~-mendeng terhuyung-huyung (spt hendak jatuh); bersendeng bersandar: dia tidak duduk terus melainkan ~ pd tempat pegangannya sahaja; bersendengan agak miring (condong, senget) letaknya: kalau angin kencang, layar perahu ~; menyendeng senget atau condong letaknya, miring: seseorang penunggang motosikal ~ arah ke dalam apabila menempuh selekoh; menyendengkan meletakkan condong (senget, miring) sedikit, menyengetkan (letak sesuatu); tersendeng-sendeng terhuyung-hayang (spt hendak jatuh).Kamus Dewan Edisi Keempat
imbal I1. tidak tegak betul, senget ke suatu pihak, miring ke sebelah, tidak bulat betul (herot): meja itu ~ kerana kakinya tidak sama panjang; 2. ki berat sebelah, tidak adil (keputusan, hukuman, dll), tidak seimbang: keputusan pertandingan itu ~; mengimbal 1. menjadi imbal (tidak tegak betul, senget, dsb), menyenget, mengherot: tiang itu ~; 2. menjadi imbal (berat sebelah, tidak adil, dsb): pertimbangannya mulai ~; mengimbalkan 1. menjadikan imbal (tidak tegak betul, senget, dsb), menyengetkan, mengherotkan; 2. menjadikan imbal (berat sebelah, tidak adil, dsb); pengimbalan 1. perihal mengimbal atau mengimbalkan, penyengetan, pengherotan; 2. perihal menjadi(kan) berat sebelah, tidak adil dsb; pengimbal alat utk mengimbalkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
condong1. senget (miring) ke sebelah, tidak tegak lurus, cenderung: palung ialah pancur ~ tempat mengalirnya bijih timah; matahari ~ (ke barat) matahari sudah turun; 2. ki suka pd, menyebelahi (memihak) kpd, cenderung: dia ialah sasterawan yg lebih ~ kpd faham kebangsaan tidak fanatik; ~ yg akan menongkat, rebah yg akan menegakkan Mn prb ketua yg akan membantu rakyatnya (anak buahnya) kalau mereka dlm kesusahan; ~ ditumpil, lemah dianduh Mn prb orang yg dlm kesusahan wang (akal dll) diberi pertolongan; ~ yg akan menimpa Mn prb pekerjaan yg mendatangkan celaka; ke mana ~, ke mana rebah Mn prb pekerjaan yg sudah dilakukan sebagaimana yg seharus­nya atau menurut adat; mencondong menjadi condong: meriam besi itu ~ ke arah baruh; mencondongkan memiringkan, menyen­getkan, mencenderungkan: ia ~ badannya ke arah aku; ~ hatinya kpd ki memihak kpd, (menyebelahi) mengarahkan minat (hati) kpd; tercondong condong; kecondongan 1. perihal atau keadaan condong (tidak tegak lurus, senget ke sebelah): ~ tiang elektrik itu semakin teruk; 2. kecen­derungan, minat.Kamus Dewan Edisi Keempat
teleng(téléng) 1. miring ke sebelah letaknya (kepala, topi, dll), tidak tegak lurus, senget: kepalanya masih ~ dan dipukul-pukul dgn tapak tangan kiri; 2. (Sunda, Ph) juling: mata-nya ~; ~ bagai cupak hanyut prb perihal orang yg sombong yg tidak sedarkan ke-kurangan dirinya; menelengkan memiringkan ke sebelah, me­nyen­dengkan, menyengetkan, mencondong-kan: dia ~ kepalanya utk menjengah dan menjenguk orang-orang itu; terteleng dlm keadaan senget atau miring (kapal, perahu, kepala dll); biar ~ asal jangan tertangkup prb tiada mengapa rugi sedikit asal jangan habis semua sekali; terteleng-teleng terteleng berulang kali: kepalanya ~ spt menahan kemarahan yg tidak terperi.Kamus Dewan Edisi Keempat
condong1 tidak tegak betul; senget ke sebelah: Tiang bendera itu ~ sedikit. 2 ki suka (kpd); memihak (kpd); cenderung: Dia lebih ~ kpd permainan drpd pelajaran. mencondongkan membuat supaya condong; menjadikan condong: Dia ~ badannya ke depan. kecondongan keadaan condong: Kedua-dua garis yg telah anda lukis mempunyai ~ yg berbeza. pencondongan perbuatan atau hal mencondongkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
condong1. tidak tegak betul; senget ke sebelah: Tiang bendera itu ~ sedikit. 2. ki suka (kpd); memihak (kpd; cenderung: Dia lebih ~ kpd permainan drpd pelajaran. mencondongkan membuat supaya condong; menjadikan condong: Dia ~ badannya ke depan. kecondongan keadaan condong: Kedua-dua garis yg telah anda lukis mempunyai ~ yg berbeza. pencondongan perbuatan atau hal mencondongkan.Kamus Pelajar
123

Kembali ke atas