enggan | tidak mahu; tidak sudi; tidak suka: Pd ketika itu, Raja Parsi ~ menerima seruan Nabi Muhammad SAW. mengenggankan menolak sesuatu kerana tidak suka; tidak setuju dgn. keengganan hal tidak menyetujui atau tidak menyukai; ketidaksudian: Dia hairan memikirkan ~ orang itu menerima pemberiannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketidaksudian | keadaan tidak sudi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lenggana | sl tidak sudi, enggan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enggan | tidak mahu; tidak sudi; tidak suka: Pd ketika itu, Raja Parsi ~ menerima seruan Nabi Muhammad s.a.w.. mengenggankan menolak sesuatu kerana tidak suka; tidak setuju dgn. keengganan hal tidak menyetujui atau tidak menyukai; ketidaksudian: Dia hairan memikirkan ~ orang itu menerima pemberiannya. | Kamus Pelajar |
menyedekahi | 1. memberi sedekah kpd: aku tidak sudi ~ orang pemalas; 2. mengadakan kenduri utk: ia ~ arwah anaknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbesan | menjadi besan, berhubungan sbg besan: dia tidak sudi ~ dgn saya yg miskin ini; belum beranak sudah ~ prb membahagi-bahagi keuntungan yg belum lagi di tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saja | 3 usahkan (jangankan) … malah; pun: Usahkan menegur, melihat ~ dia tidak sudi. | Kamus Pelajar |
malas I | 1. tidak mahu berbuat apa-apa (bekerja dll), segan, lwn rajin: aku tidak mahu menolong orang yg ~ bekerja spt kamu ini; 2. tidak sudi, tidak suka, enggan, segan: kalau di tempat orang, jangan ~ bertanya; bermalas-malas duduk dgn tidak membuat sesuatu apa pun, duduk berehat-rehat, lengah: selepas makan, dia duduk di bawah pohon itu ~; memalaskan menjadikan malas: ia sengaja hendak ~ suaminya; kemalasan perihal malas: ia dicaci orang kerana ~nya; pemalasorang yg malas, penyegan: ia ~ dan penyegan tetapi penjudi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malahan | 1 lebih drpd itu; bahkan juga; semakin bertambah: Selepas minum ubat, ~ menjadi-jadi sakitnya. Usahkan menegur, ~ memandangnya pun aku tidak sudi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketidak…an | perihal atau keadaan tidak...: Ketidakbakuan keadaan tidak baku; ketidakpuasan keadaan tidak puas; ketidakseimbangan keadaan tidak seimbang; ketidaksudian keadaan tidak sudi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |