landur | ; melandur 1. tidak tegang atau cekang, labuh ke bawah, melandut, kendur; 2. lemah lutut (kerana penat berjalan); melandurkan 1. menyebabkan landur (tidak tegang dsb), melandutkan, mengendurkan; 2. menyebabkan landur (lemah lutut). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kendur | 1. tidak tegang (bkn tali, rantai, dsb yg direntang), tidak regang (bkn kulit pd gendang, tambur dsb), lentur: dawai ampaian itu terlalu ~; bunyi gendang kurang baik kalau kulitnya ~; 2. tidak tegang (bkn kulit atau daging pd muka dsb), lentur, (agak) berkedut: mukanya sudah mulai ~ dan menampakkan kesan drpd usianya; 3. tidak kedap, tidak terik (tegang): jahitan jangan terlampau tegang atau ~; 4. tidak teguh atau erat (ikatan dll), tidak terik, longgar: ikat hamba ~-~; 5. (menjadi) tidak genting (tegang atau mencemaskan, bkn sesuatu keadaan, krisis, dsb): keadaan darurat sekarang sudah ~; ketegangan antara kedua-dua buah negara itu ~ sedikit selepas perundingan; 6. tidak ketat atau keras (bkn peraturan, pemerintahan, pengawasan, dsb), longgar; 7. tidak keras atau kencang lagi (bkn tiupan angin, serangan, dll), menjadi reda, kurang hebat; 8. tidak keras (kuat atau lantang): suaranya ~; 9. lembap, meleset: perniagaan kini ~ dan harga barang jatuh sedikit; berkendur-kendur tidak keras (erat, tegang); mengendur menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dll): debaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih; dawai kabel yg terentang itu ~ sedikit; keadaan tegang yg boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~; mengendurkan menjadikan atau menyebabkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dll): tujuan senaman ini ialah utk ~ urat-urat yg telah menjadi tegang; ~ hutang mengurangkan hutang; ~ ikat pinggang melonggarkan ikat pinggang; ~ keadaan yg tegang menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan; ~ tekanan kikir melemahkan tekanan kikir; ~ radio memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya; ~ syarat-syarat yg dikenakan melonggarkan syarat-syarat; terkendur menjadi atau berada dlm keadaan kendur (tidak tegang dll): dawai itu dipasang ~ sedikit; kekenduran perihal kendur; pengenduran perihal (perbuatan) mengendur atau mengendurkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melandur | 1. tidak tegang atau cekang, labuh ke bawah, melandut, kendur; 2. lemah lutut (kerana penat berjalan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melendut | membengkok ke bawah, tidak tegang, meleding, melengkung: dawai-dawai telefon biasanya mengembang lalu ~ semasa hari panas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lendut | membengkok ke bawah, tidak tegang, meleding, melengkung: dawai-dawai telefon biasanya mengembang lalu ~ semasa hari panas; lendutan perihal lendut; pelendutan perihal atau proses melendut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melandurkan | 1. menyebabkan landur (tidak tegang dsb), melandutkan, mengendurkan; 2. menyebabkan landur (lemah lutut). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkeleweh | melendut ke bawah (tidak tegang rata), tercebik (bkn bibir), terbalik ke bawah tepinya (bkn bibir bawah): Jin tersenyum, ~ bibirnya yg tebal itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkendur | menjadi atau berada dlm keadaan kendur (tidak tegang dll): dawai itu dipasang ~ sedikit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melandut | melengkung ke bawah (tali yg direntang dll), tidak tegang, kendur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjernihkan suasana | menyebabkan suasana atau keadaan jadi tenang (tidak tegang dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |