gelabah | ark sedih, susah hati, gelisah, tidak tentu arah;menggelabah berada dlm keadaan tidak tentu arah, berasa resah gelisah: ramai yg ~ menunggu arahan utk membayar cukai yg telah ditentukan;kegelabahan keadaan tidak tentu arah, keadaan resah gelisah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pikau I | ; berpikauan menjerit-jerit dgn tidak tentu arah (kerana takut dll); terpikau-pikau kebingungan dan menjerit-jerit dgn tidak tentu arah: maka terkejutlah segala Bugis di dlm kubu itu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacau | 1 tidak tetap fikiran, hati dsb; kacau. 2 tidak tentu arah melakukan atau menyebut sesuatu kerana kebingungan dsb. mencacau menyebut atau melakukan sesuatu dgn tidak tentu arah; meracau. pencacau azimat (doa mantera) utk mengelirukan atau utk membingungkan orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
culak-caling | tidak tentu arah, tidak tentu hala, tidak keruan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
culak II | ; ~-caling tidak tentu arah, tidak tentu hala, tidak keruan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacau | 1. tidak tetap fikiran, hati dsb; kacau. 2. tidak tentu arah melakukan atau menyebut sesuatu kerana kebingungan dsb. mencacau menyebut atau melakukan sesuatu dgn tidak tentu arah; meracau. pencacau azimat (doa mantera) utk mengelirukan atau utk membingungkan orang. | Kamus Pelajar |
bercelaru | tidak tentu arah, tidak beraturan (berketentuan, keruan, dll), kacau-bilau: rancangan kita yg ~ ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celaru | ; bercelaru tidak tentu arah, tidak beraturan (berketentuan, keruan, dll), kacau-bilau: rancangan kita yg ~ ini; mencelarukan menyebabkan celaru, mengacau-bilaukan: ~ fikiran; kecelaruan perihal bercelaru (bkn keadaan, fikiran, dll), keadaan kacau-bilau: ~ yg wujud apabila agama Taoisme, Hindu, dan Islam dianggap sama sudah jelas menunjukkan kejahilan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hala I | arah, tuju: sungainya kecil mengalir ~ ke pantai; mereka mempunyai ~ perjalanan yg berlainan; tidak tentu ~ tidak berketentuan (tidak tentu arah, haru-biru); berhala berarah; menghala menuju, mengarah: terbang ~ ke utara; menghalakan mengarahkan, menujukan: pendekatan ini ~ perhatian pengkaji kpd usaha mencari maklumat tertentu; maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
congkang kelalak | songsang kalak, tidak tentu arah, tidak teratur, lintang-pukang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |