Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ternajismenjadi kotor, menjadi cemar, tercemar: hati itulah yg hendak dijaga supaya tidak ~ dan tercemar;Kamus Dewan Edisi Keempat
keselamatan komputer(computer security)Perlindungan yang diberikan dari segi teknikal dan pentadbiran terhadap sistem komputer supaya tidak diceroboh, termusnah, atau tercemar secara sengaja atau tidak.Kamus Komputer
keselamatan data(data security)Perlindungan yang diberikan dari segi teknikal dan pentadbiran terhadap data komputer supaya data tidak diceroboh, termusnah, atau tercemar secara sengaja atau tidak.Kamus Komputer
cemar I1. tidak bersih, kotor; 2. ki tidak mur­ni atau tidak baik (bkn nama, perkataan, dll): nama ayahnya kini sudah ~; membawa ~ datang bulan (haid); bercemar mengotorkan diri; ~-cemar merendahkan (mengotorkan) diri (dgn bercam­pur dgn orang yg lebih hina dll): mengapatah maka Datuk Bendahara hendak ~ dgn si Jebat; ~ duli = ~ (-cemar) kaki sl mencemar duli: silalah tuanku dgn Cik Puan ~ duli ke pantai pasir yg putih lumat itu berjalan-jalan mengambil angin kesihatan; ~ kain datang bulan (haid); mencemar; ~ duli bh (digunakan pd sultan atau raja) sudi datang (pergi) ke: baginda juga pernah ~ duli melawat Kem Tahanan Tanjung Bruas bersama-sama dgn rombongannya; mencemari 1. mengotori: sampah-sarap yg ~ tempat ini; 2. menodai, mencabuli (nama dll): gadis itu ~ kesucian dirinya; mencemarkan 1. menjadikan cemar, mengotorkan; 2. ki memburukkan (nama dll), mengejikan: kau ~ nama keluargamu; berbagai-bagai pengaruh luar mengubah dan kadangkala ~ cerita; tercemar dicemar; kecemaran 1. kekotoran; 2. keburukan (nama dll), kekejian: ia hendak melindungi keluarganya drpd ~ yg dilakukan oleh orang lain; pencemaran perbuatan mencemarkan (me­ngotorkan), pengotoran; ~ alam perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dgn sampah-sarap dsb; ~ bahasa penggunaan bahasa yg tidak betul di kalangan masyarakat; pencemar 1. orang yg mencemari atau mencemarkan maruah (diri, nama keluarga, dll); 2. bahan atau alat yg mencemari atau mencemarkan sesuatu (bahan lain, udara, dll): gas ini, spt ~ yg lain, amat berbahaya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tercemarmenjadi cemar: Namanya ~ oleh kelakuannya yg tidak senonoh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tercemarmenjadi cemar: Namanya ~ oleh kelakuannya yg tidak senonoh. Kamus Pelajar
najis1. kotoran (spt air kencing, tahi) yg membatalkan sembahyang: orang Islam tidak boleh kena air liur anjing, ~; 2. sesuatu yg mencemarkan: awak semua selalu buat kotor dan suka menabur ~ di tengah jalan; ~ besar tahi; ~ kecil air kencing; 3. bp jijik: ~ melihat kelakuannya itu; ~ dadah dadah yg mem­bahayakan orang yg menyalahgunakannya; membasuh ~ dgn mala prb menutup ke­salahan atau rasa malu dgn cara yg lebih menghinakan lagi; bernajis dinodai, dikotori atau dicemari najis: pakaian itu masih ~;menajiskan 1. menjadikan kotor, men­cemar­­­­kan, mengotorkan: ~ benda yg suci; 2. menganggap najis (tidak suci, cemar): jangan dekati barang yg dinajiskan agama; ternajis menjadi kotor, menjadi cemar, tercemar: hati itulah yg hendak dijaga supaya tidak ~ dan tercemar; kenajisan perihal najis, kekotoran, ke­cemar­an.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerbau Isj binatang peliharaan (seakan-akan lembu rupanya tetapi lebih besar dan kulitnya biasanya berwarna kelabu atau kehitam­-hitaman), Bos bubalus; ~ balar kerbau yg berkulit dan berbulu putih; ~ bara api kerbau yg kulitnya kemerah-­merahan; ~ benuang jenis kerbau yg besar dan berkulit hitam; ~ beras = ~ melukut jenis kerbau yg kecil; ~ bintang kerbau yg ber­bintik-bintik pd kulitnya; ~ buluh seruas kerbau yg kuku kakinya bercantum (tidak berbelah); ~ bungkal gantih kerbau yg hujung tanduknya berbungkal (tidak tajam); ~ canggai puteri kerbau yg kuku kakinya kecil dan panjang; ~ denak kerbau pemikat (utk menarik kerbau lain supaya masuk kandang); ~ jalang kerbau hutan (bukan kerbau peli­haraan); ~ kumbang berteduh = ~ sumbat labu kerbau yg ada gumpal daging pd pangkal ekornya; ~ pangkah kening kerbau yg ada tanda putih pd dahinya; ~ pendek bp babi; ~ punca ekornya kerbau yg ada tanda (jalur) putih pd ekornya; ~ sampaian kain kerbau yg tanduknya mendatar (tidak tumbuh ke atas); ~ sinar matahari kerbau yg tanduknya menonjol ke hadapan; ~ sopak kerbau yg mempunyai tanda-tanda putih pd bahagian mulutnya; ~ tepuk lalat kerbau yg hujung ekornya berbungkal; ~ turun berendam lebih kurang pukul 5 petang; ~ berkandang, emas berpura prb sesuatu benda itu hendaklah disimpan pd tempatnya masing-masing supaya selamat; ~ diberi berpelana, kuda diberi berpasangan prb pe­kerjaan yg dibuat tidak dgn selayaknya atau orang yg diletakkan bukan pd tempatnya; ~ jangan dimaling orang, ayam jangan dimusang prb isteri dijaga baik oleh keluarga suaminya supaya tidak dinodai orang; ~ menanduk, ~ pergi prb orang yg bersalah mesti menerima hukumannya; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg berbuat kebaikan atau bersusah payah, orang lain pula yg mendapat kepujian; ~ sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal prb perihal sukarnya menjaga seorang gadis supaya tidak tercemar nama baik; bagai ~ runcing tanduk prb orang yg terkenal kerana jahatnya; bagai ~ terkejut oleh gong prb ter­cengang-cengang kehairanan; bagai jelongak ~ rampung prb orang bodoh yg sombong dan tidak sedarkan dirinya diperbodohkan orang; bagai melulutkan jebat pd ~ prb pemberian yg tidak kena pd tempatnya (tidak berfaedah kpd penerimanya); bermain-main dgn ~, dilontarnya muka dgn ekor prb berkawan dgn orang bodoh (hina) tentu mendatangkan kerugian; jangan buat ~ tanduk panjang prb jangan mencampuri perkara orang lain; jika ~ dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya prb janji mestilah di­tepati; laksana ~, di mana rumput hijau di sana terkam prb orang yg melupakan (tidak menghiraukan) bahaya apabila menemui sesuatu yg digemarinya; mencongak (mendongak) rupa ~ jantan kemudian prb lelaki yg berjalan di belakang isterinya; menghambat ~ melabuh (berlabuh) prb meng­halang (mengganggu) perbuatan orang yg akan mendatangkan kesenangan baginya; menolong ~ ditangkap harimau prb meno­long orang yg membuat kesalahan, akhirnya diri sendiri mendapat kesusahan; seekor ~ berkubang, sekandang kena loloknya = seekor ~ membawa lumpur, semuanya terpalit prb seorang yg melakukan kesalahan semuanya terlibat sama; spt ~ dicucuk hidung prb orang bodoh yg menurut sahaja kemahu­an orang lain; spt ~ menanduk anak, dgn kaparan tanduk, bukan dgn hujungnya prb menghukum anak ialah utk memperbaiki kelakuannya, bukan utk menyeksa; spt ~ tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dilakukan badan sudah besar prb orang yg mendapati sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu peker­jaan; terambu ~ kerana rumput muda prb orang yg mudah tergoda oleh kecantikan perempuan muda; tiada akan rintang ~ oleh tanduknya prb orang yg cekap itu tiada terganggu oleh rintangan dlm mengerjakan sesuatu; berkerbau; ~ seperempat ekor, berkandang sbg orang prb orang miskin yg berlagak spt orang kaya.Kamus Dewan Edisi Keempat
cemar1 tidak bersih; kotor. 2 ki tidak baik (ttg nama); keji. bercemar berbuat sesuatu supaya menjadi cemar. ~ duli mengotorkan kaki (bermaksud sudi mengunjungi sesuatu tempat dan digunakan utk raja-raja saja). mencemari menjadikan cemar; mengotori: Tingkah laku yg tidak sopan telah ~ nama baiknya. mencemarkan 1 menyebab­kan menjadi cemar; mengotorkan: Dia ~ kawasan itu dgn sampah sarap. 2 ki memburukkan (ttg nama); mengeji­kan: Dia ~ nama baik keluarganya dgn melakukan perkara-perkara yg tidak baik. tercemar menjadi cemar: Namanya ~ oleh kelakuannya yg tidak senonoh. pencemaran perihal mencemari atau mencemarkan; pengotoran: Masalah ~ udara sering dihadapi oleh negara-negara yg sedang membangun. ~ alam pencemaran kebersihan alam (udara, air dan daratan) dgn sampah sarap dsb. ~ bahasa penggunaan bahasa yg tidak betul di kalang­an masyarakat. pencemar 1 orang yg mencemarkan. 2 sesuatu atau bahan yg mencemari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jernih1 tidak keruh (bkn air); hening; bening: Air perigi itu sangat ~. 2 manis dan berseri (bkn air muka); tidak muram: Air muka gadis itu ~ saja. 3 bersih drpd sebarang niat jahat dll (bkn hati); suci; ikhlas: hati yg ~. 4 tidak huru-hara (bkn keadaan); aman: Pergolakan itu kembali ~ spt sediakala. menjernihkan menjadikan jernih; mengheningkan: ~ fikiran mengheningkan atau menenangkan fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan menjadi tenang dan tenteram. kejernihan keadaan jernih (bkn air, suasana, hati dsb): ~ air sungai itu telah tercemar akibat pembuangan bahan-bahan kimia dr kilang itu. penjernihan proses atau perbuatan menjernihkan air dsb: sistem ~ air.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas