langgas | tidak terikat pd sesuatu atau pd orang, bebas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhurai | 1 tidak terikat; bercerai-cerai; berderai. 2 terbuka (spt bunga kelapa, buah padi). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ucul | Jw tidak terikat (terkurung dll), lepas, bebas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hurai | ; berhurai 1 tidak terikat; bercerai-cerai; berderai. 2 terbuka (spt bunga kelapa, buah padi). menghurai menjadi berhurai; kembang terbuka. menghuraikan 1 membuka ikatan sesuatu bungkusan dll supaya berhurai: ~ ikatan. 2 menceritakan atau menerangkan (sesuatu kejadian dll) dgn panjang lebar dan tersusun: Menteri Kewangan telah ~ kedudukan ekonomi negara. 3 mencerai-ceraikan atau mengasingkan bahagian-bahagiannya: ~ ayat menceraikan bahagian-bahagian ayat mengikut jenis kata-katanya. terhurai sudah dihuraikan atau diceraikan; sudah dijelaskan. huraian keterangan atau penjelasan mengenai sesuatu hal atau perkara. penghuraian perbuatan atau hal menghuraikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akhbar merdeka | akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
elektron bebas | elektron yg tidak terikat pd atom atau molekul, dan bebas bergerak di bawah pengaruh medan elektrik atau magnet; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hurai | berhurai 1. tidak terikat; bercerai-cerai; berderai. 2. terbuka (spt mayang, buah padi dll). menghurai menjadi berhurai; kembang terbuka. menghuraikan 1. membuka ikatan sesuatu bungkusan dll supaya berhurai: ~ ikatan. 2. menceritakan atau menerangkan (sesuatu kejadian dll) dgn panjang lebar dan tersusun: Menteri Kewangan telah ~ kedudukan ekonomi negara. 3. mencerai-ceraikan atau mengasingkan bahagian-bahagiannya: ~ ayat menceraikan bahagian-bahagian ayat mengikut jenis kata-katanya. terhurai sudah dihuraikan atau diceraikan; sudah dijelaskan. huraian keterangan atau penjelasan mengenai sesuatu hal atau perkara. penghuraian perbuatan atau hal menghuraikan. | Kamus Pelajar |
berlepas | 1 tidak terikat atau tidak tertambat lagi (bkn binatang). 2 pergi atau berangkat ke sesuatu tempat: Emaknya sudah ~ ke Mekah dgn kapal terbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tergajai | terlepas, tidak terikat lagi, tidak ada sangkut-pautnya: pd suatu waktu sangkutan hatinya ~ dan ia benci melihat anak muda yg pandai bercakap itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tiada bergala lagi | a) bercerai-cerai (tulang dll), tidak terikat erat; b) sl sangat berlebih-lebihan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |