alas | sesuatu spt kain, kertas yg digunakan utk melapik atau utk tempat meletakkan sesuatu; lapik. ~ baju lapik baju. ~ bantal kain yg diletakkan di atas bantal yg tidak bersarung. ~ cawan piring. ~ kaki tikar atau bangku tempat meletakkan kaki. ~ meja kain dsb sbg penutup meja. ~ perut a. makanan yg pertama dimakan pd pagi hari supaya perut tidak masuk angin. b. makanan yg sedikit yg dimakan supaya tidak terlalu lapar. ~ tilam kain penutup tilam. beralas memakai alas; berlapik. beralaskan 1 menggunakan sesuatu sbg alas: Meja itu ~ kain putih. 2 ki menggunakan sesuatu sbg asas atau dasar (ketika memberikan pendapat): Tuduhan itu hanya ~ bukti-bukti palsu. mengalas memberi beralas; melapik: Emaknya ~ meja makan dgn sehelai kain putih. mengalasi menjadi sbg alas kpd: Sehelai tikar ~ tilamnya. mengalaskan 1 meletakkan atau menjadikan sesuatu (tikar dll) sbg alas kpd: Dia ~ sehelai tikar di bawah tilam anaknya. 2 mendasarkan pendapat (tindakan dll) pd; menjadikan sesuatu sbg dasar. alasan sebab-sebab yg menjadi pendorong utk membuat sesuatu; keterangan atau bukti yg dijadikan dasar: Apa ~nya maka ia tidak mahu menghadiri majlis itu? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tebal I | 1. tidak tipis (barang yg berkeping-keping atau berhelai-helai, spt kertas, papan, kain, buku, dll): kertas ~; selimut ~; tilam ~; 2. kasar dan jelas kelihatan (garisan, tulisan, dll): garis ~; huruf ~; 3. padat (awan, kabus, dll), tumpat: asap ~; awan ~; 4. lebat lagi banyak tumbuhnya (rambut, janggut, tanam-tanaman, dll): hutan yg ~; rambut ~; rumput di situ amat ~; 5. teguh dan kukuh (iman, kepercayaan, keyakinan, kasih sayang, dll), banyak mengandungi atau berisi dgn (sesuatu), mendalam: ia tahu betapa ~nya cinta suami-nya terhadap dirinya;~ bibir tidak suka bercakap banyak; ~ hati keras hati; ~ jangat = ~ kulit tidak tahu malu, tidak berperasaan; ~ kantung banyak wang (kaya); ~ lidah susah hendak menyebut kata-kata asing, keras lidah; ~ muka = muka ~ tidak tahu malu; ~ telinga a) tidak menghiraukan (ejekan, makian, dll orang); b) tidak tahu malu; menebal menjadi tebal: hujan sudah ber-henti betul, hanya asap sabut yg mula ~ semula; menebalkan 1. menjadikan tebal; 2. mem-perkukuh (iman, hati, kepercayaan, dll), mem-perkuat, memperteguh: lawatan itu diadakan utk ~ persaudaraan antara kedua-dua belah pihak; ~ muka menghilangkan perasaan malu, sanggup menanggung malu; ~ telinga menekan perasaan (kalau dimarahi, diejek, dll);mempertebal menjadikan lebih tebal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lompat I | perbuatan bergerak dgn cepat dgn mengangkat kedua-dua kaki dr tanah terus ke atas atau ke depan, loncat: ~nya jauh; ~ (ber)galah (Suk) acara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn menggunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lombol bergalah; ~ gagak terjengket-jengket (berjalan); ~ jauh (Suk) acara loncat jauh; ~ kangkang lompat sambil membuka kedua-dua kaki; ~ katak sj permainan kanak-kanak (meloncat, melampaui belakang orang); ~ kijang (Suk) a) acara meloncat, melangkah, dan meloncat; b) loncat dgn melangkaui satu loncatan; ~ pagang loncat melampaui gawang; ~ pagar (Suk) perlumbaan melompat pagar oleh pelari, kuda, dll; ~ parti keluar drpd keanggotaan sesebuah parti politik utk menyokong atau menganggotai parti politik yg lain; ~ sehari (dua hari) selang sehari (dua hari), lat sehari (dua hari); ~ tali a) meloncat ke kiri ke kanan tali yg direntang; b) meloncat tali yg diayun dan dipusing (permainan kanak-kanak); ~ tinggi (Suk) acara meloncat melampaui suatu rintangan yg dapat ditinggikan atau direndahkan; se~ hidup, se~ mati prb perihal orang sakit yg hampir maut (entah hidup entah mati); berlompatan, berlompat-lompatan meloncat beramai-ramai, meloncat ke sana sini: budak-budak itu ~ keluar apabila mendengar bunyi kereta; mereka ~ dan saling mengejar; melompat mengangkat kedua-dua kaki drtanah dsb terus ke atas atau ke depan, meloncat: ia ~ turun ke tanah; melompati 1. melompat melampaui, meloncati: ia lari keluar dgn ~ pagar; 2. melompat (keatas) kpd seseorang atau ke sesuatu, menerkam, menerpa: dgn geram, ia ~ musuhnya; melompatkan menyebabkan (membawa) melompat, meloncatkan: ia ~ kudanya ke dlm parit; terlompat 1. tidak sengaja (dgn serta-merta) melompat, terloncat: tiba-tiba satu letupan kuat terdengar dan Datuk Ujang ~; 2. terdorong atau terkeluar (perkataan dll): tetapi tidak pernah rahsia itu ~ drpd mulutnya, walau dlm berhandai-handai sekalipun; perkataannya ~ terlanjur mengatakan sesuatu, terdorong perkataan; terlompat-lompat sl melompat-lompat: maka dua ekor kijang itu datang ke hadapan rumah Seri Rama ~ dan tertari-tari; lompatan 1. tempat melompat; ~ harimau tempat harimau melompati anak air; 2. barang apa yg dilompati (pagar, rintangan, dll); 3. jaraknya (tingginya) melompat: ia menang dgn ~ enam kaki; 4. perihal melompat: berbagai-bagai ~ telah dipertunjukkan di temasya olahraga itu; pelompat orang yg melompat (dlm sukan); sepelompat, sepelompatan jarak satu lompat, sejauh orang dapat melompat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapar I | kayu atau sampah sarap yg hanyut di air: setelah perahu itu pecah, mereka bergantung pd ~-~nya; salangkan bah ~ tak hanyut, inikan pula kemarau panjang prb sedangkan sewaktu ada pencarian tidak sampai sesuatu maksud (yg dihajati), apalagi sewaktu tidak berpencarian; berkaparan terletak (terbaring) di sana sini (tidak tentu arah dll), berserakan: rakyat banyak mati ~; mengaparkan menyerak-nyerakkan, menaburnaburkan (dgn tidak keruan): bantal, tilam, dulang, talam sekalian dikaparkannya di lantai; terkapar terbaring (tidak berketentuan), terlantar: ia ~ di atas rumput; kaparan barang-barang (sampah dll) yg berkaparan di air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
empuk | 1 lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
duduk | 1 meletakkan badan bertumpu pd punggung (bersila, bersimpuh dll): Dia ~ di atas permaidani merah. 2 tinggal; diam: Dia ~ di Melaka lebih kurang lima tahun. 3 letak; tempat: Tudung botol itu tidak betul ~nya, nanti tumpah pula isinya. 4 berada (di sesuatu tempat): Pd hari itu, dia cuma ~ di rumah. 5 berkahwin; bernikah. ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn menjuntaikan kaki. ~ bersila duduk dgn melipatkan kaki dan menyilangkannya. ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang. duduk-duduk (duduk) berehat-rehat sambil mengambil angin: Mereka suka ~ di serambi itu selepas makan. menduduki 1 duduk di: Dia masuk dan terus ~ tempat yg disediakan. 2 bertempat tinggal di; mendiami; menghuni: Tidak seorang pun yg mahu ~ rumah yg dikatakan berhantu itu. 3 memasuki atau mengambil sesuatu peperiksaan atau ujian: Razak baru saja ~ peperiksaan undang-undang. 4 mendapat; menempati: Dia ~ tempat kedua dlm pertandingan itu. 5 menyerang, mengalahkan dan menguasai sesebuah negara; menakluk: Tentera Jepun ~ Tanah Melayu dr tahun 1941 hingga tahun 1945. mendudukkan 1 menempatkan; meletakkan: Dia ~ budak itu di atas tilam. 2 mempersilakan (menyuruh) duduk: Sultan telah ~ puteranya yg bongsu di sisinya. 3 menjadikan bersuami atau beristeri; mengahwinkan; menikahkan: Telah Tun Fatimah besar, maka hendak didudukkan oleh Bendahara Seri Maharaja dgn Tun Ali. terduduk terjatuh duduk; duduk dgn tiba-tiba: Dia tergelincir terus ~ di atas simen yg kotor itu. dudukan tempat letak sesuatu alat dll: ~ spring. kedudukan 1 tempat tinggal; tempat yg didiami: ~ pengganas-pengganas itu masih belum diketahui lagi. 2 tempat letaknya: ~ negeri Sabah dan Sarawak ialah di bahagian utara Pulau Kalimantan. 3 keadaan atau selok-belok sesuatu perkara (hal): Bagaimana ~ masalah itu sekarang? 4 tingkatan taraf (darjah, martabat dll): ~ seseorang menteri dlm masyarakat adalah tinggi. 5 cara (keadaan) sesuatu benda dll diletakkan; cara (keadaan) seseorang duduk, berdiri dll: Bagaimana ~ mereka semasa kamu melawati rumah mereka? sekedudukan sama kedudukannya (bkn taraf, tempat letaknya, tempat tinggal, cara, keadaan dll). bersekedudukan 1 mempunyai kedudukan (taraf, keadaan dll) yg sama. 2 tinggal bersama spt suami isteri tanpa nikah: ditangkap kerana ~. pendudukan perbuatan menakluk sesebuah negara; penaklukan: Dlm masa 12 tahun selepas ~ Jepun, kebanyakan negara di Asia Tenggara telah mendapat kemerdekaan. penduduk orang yg menduduki sesuatu tempat (negeri dll). kependudukan segala hal mengenai penduduk sesuatu tempat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alas | sesuatu spt kain, kertas dsb yg digunakan utk melapik atau utk tempat meletakkan sesuatu; lapik. ~ baju lapik baju. ~ bantal kain yg diletakkan di atas bantal yg tidak bersarung. ~ cawan piring. ~ kaki tikar atau bangku tempat meletakkan kaki. ~ meja kain dsb sbg penutup meja. ~ perut a. makanan yg pertama dimakan pd pagi hari supaya perut tidak masuk angin. b. makanan yg sedikit yg dimakan supaya tidak terlalu lapar. ~ tilam kain penutup tilam. beralas memakai alas; berlapik. beralaskan 1. menggunakan sesuatu sbg alas: Meja itu ~ kain putih. 2. ki menggunakan sesuatu sbg asas atau dasar (ketika memberikan pendapat): Tuduhan itu hanya ~ bukti-bukti palsu. mengalas memberi beralas; melapik: Emaknya ~ meja makan dgn sehelai kain putih. mengalasi menjadi sbg alas kpd: Sehelai tikar ~ tilamnya. mengalaskan 1. meletakkan atau menjadikan sesuatu (tikar dll) sbg alas kpd: Dia ~ sehelai tikar di bawah tilam anaknya. 2. mendasarkan pendapat (tindakan dll) pd; menjadikan sesuatu sbg dasar. alasan sebab-sebab yg menjadi pendorong utk membuat sesuatu; keterangan atau bukti yg dijadikan dasar: Apa ~nya maka ia tidak mahu menghadiri majlis itu? | Kamus Pelajar |
duduk | 1. meletakkan badan bertumpu pd punggung (spt bersila, bersimpuh dll): Dia ~ di atas permaidani merah. 2. tinggal; diam: Dia ~ di Melaka lebih kurang lima tahun. 3. letak; tempat: Tudung botol itu tidak betul ~nya, nanti tumpah pula isinya. 4. berada (di sesuatu tempat): Pd hari itu, dia cuma ~ di rumah. 5. berkahwin; bernikah. ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn menjuntaikan kaki. ~ bersila duduk dgn melipatkan kaki dan menyilangkannya. ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang. duduk-duduk (duduk) berehat-rehat sambil mengambil angin: Mereka suka ~ di serambi itu selepas makan. menduduki 1. duduk di: Dia masuk dan terus ~ tempat yg disediakan. 2. bertempat tinggal di; mendiami; menghuni: Tidak seorang pun yg mahu ~ rumah yg dikatakan berhantu itu. 3. memasuki atau mengambil sesuatu peperiksaan atau ujian:Razak baru saja ~ peperiksaan undang-undang. 4. mendapat; menempati: Dia ~ tempat kedua dlm pertandingan itu. 5. menyerang, mengalahkan dan menguasai sesebuah negara; menaklukkan: Tentera Jepun ~ Tanah Melayu dr tahun 1941 hingga tahun 1945. mendudukkan 1. menempatkan; meletakkan: Dia ~ budak itu di atas tilam. 2. mempersilakan (menyuruh) duduk: Sultan telah ~ puteranya yg bongsu di sisinya. 3. menjadikan bersuami atau beristeri; mengahwinkan; menikahkan:Telah Tun Fatimah besar, maka hendak didudukkan oleh Bendahara Seri Maharaja dgn Tun Ali. terduduk terjatuh duduk; duduk dgn tiba-tiba: Dia tergelincir terus ~ di atas simen yg kotor itu. dudukan tempat letak sesuatu alat dll: ~ spring. kedudukan 1. tempat tinggal; tempat yg didiami: ~ pengganas-pengganas itu masih belum diketahui lagi. 2. tempat letaknya: ~ negeri Sabah dan Sarawak ialah dibahagian utara Pulau Kalimantan. 3. keadaan atau selok-belok sesuatu perkara (hal):Bagaimana ~ masalah itu sekarang? 4. tingkatan taraf (darjah, martabat dll): ~ seseorang menteri dlm masyarakat adalah tinggi. 5. cara (keadaan) sesuatu benda dll diletakkan; cara (keadaan) seseorang duduk, berdiri dll: Bagaimana ~ mereka semasa kamu melawati rumah mereka? sekedudukan sama kedudukannya (bkn taraf, tempat letaknya, tempat tinggal, cara, keadaan dll). bersekedudukan 1. mempunyai kedudukan (taraf, keadaan dll) yg sama. 2. tinggal bersama spt suami isteri tanpa nikah: Mereka ditangkap kerana ~ dan akan dihadapkan ke mahkamah syariah. pendudukan perbuatan menaklukkan sesebuah negara; penaklukan: Dlm masa 12 tahun selepas ~ Jepun, kebanyakan negara di Asia Tenggara telah mendapat kemerdekaan. penduduk orang yg menduduki sesuatu tempat (daerah, negeri dll): Sekarang ~ - ~ kampung sudah mula maju. kependudukan segala hal mengenai penduduk sesuatu tempat. | Kamus Pelajar |
lingkar | 1. gulung (spt ular tidur, tali yg digulung, dll), belit, gelung: di dlm petak jubung, di dlm ~ tali sauh; 2. rim atau birai (pd roda dll), bingkai: ~ roda; 3. lilit (keliling) bulatan; berlingkar 1. berada dlm bulatan kecil yg berpusing-pusing (spt keadaan ular tidur dll), berbelit, bergelung: ular itu ~ spt busut yg besar rupanya; 2. ki berbaring-baring di tempat tidur: aku ~ spt gelugur kering di atas tilam; melingkar 1. dlm keadaan berlingkar (bergelung dll): ular yg diburu semalam didapati ~ kekenyangan di dlm reban ayam; 2. menggulung tali dll supaya berlingkar: ~ rotan; 3. mengikat berlingkar-lingkar, membelit, melilit: seekor ular ~ di badannya; melingkari 1. melingkar pd, melilit pd, membelit pd: sulur pokok memanjat itu ~ dahan nangka; 2. mengelilingi atau melingkungi: ia berjalan ~ rumah; melingkarkan menjadikan berlingkar, melilitkan, menggelungkan: logam ini dilingkarkan beberapa lapis dan berbentuk silinder; terlingkar dlm keadaan berlingkar, tergelung, terlingkung; lingkaran 1. sesuatu yg berlingkar, gelungan: ~ dawai dibuka dan diregangkan; 2. daerah (kawasan, lingkungan, dll) sesuatu kuasa: dunia yg bulat meneruskan gulingan dlm ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |