tilde | lambang (~) spt yg digunakan di dlm sesebuah kamus sbg pengganti kata masukan pd bahagian tertentu sesuatu entri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanda tilde | tanda (~) yg kebanyakannya digunakan dlm kamus utk menggantikan kata masukan yg terdapat dlm contoh penggunaan, gabungan kata dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanda | ~ tilde tanda (~) yg kebanyakannya digunakan dlm kamus utk menggantikan kata masukan terdapat dlm ayat contoh, gabungan kata dll. | Kamus Pelajar |
tanda | 1 = ~ baca lambang atau simbol dlm tulisan spt koma, noktah yg mempunyai erti tertentu; 2 sesuatu yg menunjukkan akan berlakunya sesuatu; alamat: Burung berkicau ~ hari akan siang. 3 sesuatu yg menunjukkan kebenaran sesuatu yg lain; bukti; dalil: Tidak ada ~ yg menunjukkan bahawa dia telah mencuri barang-barang itu. ~ aras ist piawai yg digunakan utk membandingkan prestasi dsb sesebuah organisasi dgn prestasi dsb organisasi pesaing, dgn tujuan utk memperbaik prestasi organisasi tsb. ~ bahagi tanda (÷) yg menunjukkan bahawa sesuatu angka mesti dibahagikan. ~ campur tanda (+) utk menjumlahkan angka (spt 5+13; 4+8). ~ darab (kali) tanda (x) yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka mesti didarabkan. ~ koma tanda (,) utk menunjukkan tempat berhenti sebentar dlm bacaan, utk memisahkan butiran dlm senarai dll. ~ kurung tanda ( ) utk menunjukkan unsur pilihan bagi pembaca, utk menunjukkan keterangan atau penjelasan ttg sesuatu, dsb. ~ lahir tompok yg biasanya berwarna merah atau coklat, pd kulit seseorang sejak lahir. ~ mata hadiah utk kenang-kenangan. ~ panah tanda (®) yg menunjukkan hala, arah dll. ~ pangkat tanda yg menunjukkan pangkat seseorang dlm pasukan tentera dll. ~ seru (seruan) tanda (!) utk tujuan melahirkan rasa sakit, hairan, marah dsb. ~ tanya a. = ~ soal tanda (?) dlm tulisan utk menyatakan soalan. b. hal yg belum terang atau belum jelas lagi. ~ tilde tanda (~) yg kebanyakannya digunakan dlm kamus utk menggantikan kata masukan yg terdapat dlm contoh penggunaan, gabungan kata dll. bertanda ada tandanya; memakai tanda: Kicap buatannya ~ kuda terbang. menandai 1 membubuh tanda pd sesuatu supaya dpt dikenali atau dpt dicamkan: Dia ~ pintu itu dgn tanda pangkah. 2 mencatat supaya diketahui: Tepat pd pukul lapan, beliau mula ~ buku kedatangan. menandakan 1 menyatakan atau menunjukkan sesuatu; menjelaskan: Mukanya masam ~ bahawa dia tidak bersetuju dgn pendapat kami. 2 menjadi alamat atau tanda bahawa: Lima minit kemudian, kapal terbang itu pergi dan semboyan udara berbunyi lagi utk ~ bahawa keadaan sudah selamat. penandaan perihal (perbuatan dsb) menandai atau menandakan. petanda tanda atau alamat yg menunjukkan akan berlakunya sesuatu dll. penanda sesuatu yg digunakan sbg tanda; apa-apa yg menjadi tanda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |